Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, October 5, 2010

Kembara Ijtima' Tarbawi Hari-2

Kuliah Subuh Tuan Guru Haji Hadi - Tafsir Surah Al-Hujuraat.. Sangat hebat!



Masjid penuh! Dianggarkan lebih 3 ribu Pemuda PAS memenuhi ruang dalam masjid!
Tak termasuk yang diluar!


Kelibat Pemuda PAS Selangor di dewan dalam masjid! Awal betul syeikh!




Hotel 5 bintang bagi para pejuang! Allahuakbar!!
Bak kata Ust Ridhuan Md Nor
"Tertirap kita makan pasir, terlentang kita makan embun!"

Dalam masa yang sama semakin ramai peserta baru mendaftarkan diri termasuk Nisa'..



Suasana pagi di Pantai Rusila.. Tempat yang sangat bersejarah bagi Parti Islam Se-Malaysia!


Kediaman 'mewah' Tuan Guru Haji Hadi.. Sama nilai tak dengan Mahligai RM24 juta Khir Toyo?





Lagenda Murrobbi, Tuan Guru Hj Yahya Othman sangat bersemangat menyampaikan amanatnya..
Jelas faktor usia dan keuzuran bukanlah penghalang Tokoh Pejuang Islam ini untuk berkongsi pengalaman dan ilmunya.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan buat Ayahanda..



Dibangku inilah teman melepaskan lelah sambil menelaah buku '1Malaysia, Kemana Arahnya" tulisan Tuan Guru Haji Hadi Awang.. syok! membaca sambil dihembus angin laut!


Bersama rakan DPPKHS makan tengah hari di restoran tepi laut! Perghhh!!


Ini rezeki teman hari tu.. heh heh heh.. Ayang percik wehh!!


Pokok atas pokok?? Pelik??


Selepas Zohor, YB Salahuddin Ayub menyampaikan ceramahnya..
Kisah pengalaman beliau diawal perjuangannya sangat sedih dan penuh liku-liku..
Allahuakbar! Hinggakan teman sendiri sebak dan mengalirkan airmata!
"Perjuangan ini bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya!"




Hotel 5 bintang pemuda PAS Pulau Pinang! huhuhuhu


Bilik Mandi khas bertaraf 10 bintang buat para pejuang!!
Nak Selesa joint UMNO la weii!! wakakaka!


Amboi! Sambil depa tangan KP bagi tazkirah... sambil kunyah kopok lekor! wakakaka!


Indahnya ciptaan-Mu Ya Rabbi!



Kuliah dan Bacaan Al-Ma'thurat dipimpin oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah,
Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu


Pentas Pidato Tarbawi di luar masjid! hebat!


Terserempak dengan YB Mahfuz yang sibuk beramah mesra dengan peniaga.. Sempat jugak yang ingin bergambar kenangan dengan beliau..
Jangan jadi Saiful Bukhari sudahlah.. Gila bergambar dengan kenamaan! Wakakaka!


Gerai sticker yang telah berjaya 'mencuri' duit teman dengan kuantiti yang agak banyak!! waaa!



Ustaz Tantawi sedang berceramah.. sangat bersemangat dan penuh pengisian!



Ucapan Tuan Guru Nik Aziz.. Seperti biasa.. penuh dengan ilmu dan hikmah!
Sesekali diselitkan dengan sindiran yang sangat berisi dan disambut denga ketawa hadirin..
Walaupun hakikatnya muka Tok Guru sedang serius!


Tok Guru kesayangan kami terpaksa pulang segera... Dia perlu banyak berehat!


Pekena Mee Kari Rusila di depan masjid.. Perghhh!! Sedap dan murah!!!

tunggu siri ketiga ye!

sunsnake@rusila

Biawak Mengaku Tak Makan Telur?

Kalau mamat atas ni ngaku tak nak jelir lidah nak caye tak?


Wakakakaka!
Ni spesis biawak tua!
Dah banyak kali dia ngaku tak makan telur..
Tapi dah banyak kali jugak dia makan telur!
Telur Tuan dia pun dia makan!!
Kalau RPK balik.. kompom mamat ni makan telur RPK!

Wakakakak!

Ada sesapa nak percaya UMNO lagi ke??
Kalau ada sila angkat tangan..
dan sila hantukkan kepala ke divider jalan!
Sebab tiada gunanya otak anda itu!
Sebab tidak digunakan langsung!!!

Wakakaka!

sunsnake 05102010

Nazri: Malaysia bukan ‘banana republic’, RPK selamat jika balik

October 04, 2010

SHAH ALAM, 4 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberi jaminan kepada penulis blog Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa beliau akan selamat jika kembali ke Malaysia.

“Malaysia bukan ‘banana republic’ sehingga tidak dapat memberi jaminan keselamatan terhadap seorang saksi bagi satu kes. Saya lebih suka jika Raja Petra balik ke Malaysia dan hadapi dakwaan terhadapnya, dan bertindak mengikut peraturan,” katanya yang menghadiri forum mengenai kebebasan bersuara dengan para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini hari ini.

Nazri berkata terpulang kepada orang ramai untuk mengadili sama ada apa yang ditulis Raja Petra, betul atau sebaliknya, tapi beliau berpendapat bahawa penulis blog yang sedang melarikan diri itu tidak sepatutnya menjadikan masalah lebih rumit bagi pihak berkuasa untuk menjalankan tugas.

“Ada kebaikan juga dengan (apa yang ditulis Raja Petra dalam blog) kerana sekurang-kurangnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) boleh bertindak ke atasnya jika ia benar.

“Tapi jika ia dibuat seperti ini, orang ramai akan keliru dan ini akan menyebabkan SPRM sukar menjalankan tugas,” katanya.

Berita Penuh

Kembara Ijtima' Tarbawi Hari-1



Sedikit 'briefing' dan Doa sebelum memulakan perjalanan dari Masjid Nurul Iman Rawang selepas Solat Subuh Jumaat 1 Oktober 2010..


Pimpinan Tertinggi DPPHS.. Allahuakbar!


Bunting yang menyambut ketibaan kami di Rusila!


Dan deretan panji Islam hampir 2 kilometer sebelum dan selepas Masjid Rusila!


Pantai di belakang tempat kami berehat!


Err... nak kata bendera PAS.. warna lain.. ke warna dah luntur?? wakakaka!


Sempat berkunjung ke rumah mentua sahabat di Manir,
keluarganya sudi menyediakan Nasi Dagang Asli buat kami! Jazakallah!

Pintu Gerbang Masjid dihiasi dengan nama Ijtima'.. Allahuakbar!


Kaunter pendaftaran Muslimin..





Tidak ketinggalan.. ahli-ahli Nisa' yang berpakaian serba hijau..
Inilah Srikandi Islam!


KP diiringi AJK IT DPPKHS mendaftarkan kehadiran kami..
"Cukup ke duitnye KP?"



Aturcara aktiviti sepanjang 3 hari disini.. Jelas dan terang!


Perghh!! Mai pekena sop semangkuk dua dulu syeikh!!


Berpeluh dahi beb! Panas,pedas dan seddaaappp!! Alhamdulillah..


Pentas utama Ijtima' dihias indah..


Antara yang sempat dibeli..
Kitab tafsir Surah Al-Hujuraat dan Buku 1Malaysia,Kemana Arahnya?
Button dan pamplet Ijtima' tu free daaa..


"Ikon Demonstrasi Anak Muda' Ustaz Ridhuan Md Noor memulakan...


Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi dan Exco Ustaz Nik Abduh!


Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi..


Antara peserta di belakang teman..
Lawa janggut syeikh?? hehehe


Ketibaan Tuan Guru Tuan Haji Ibrahim Tuan Man untuk kuliah Maghrib!
Waktu ni, teman ambik kesempatan mandi dan bersiap untuk Solat Maghrib..


Sekembalinya teman di Masjid, Subhanallah!! Dah penuh dahh!
Takde peluang nak menyelinap duk depan pentas!!Ni pandangan dari luar masjid.


Ni pandangan kat dalam! Kompom! Takde ruang dan peluang!!
Tu laa.. sapa suruh keluar tadi!! aduhhhh!


Makan malam... Sapa suruh jadi pemuda PAS.. kan dah kena makan mencangkung..
Makan nasi kawah..makan gulai kawah...
Kalau pemuda UMNO, kompom dah angkat kaki dah nih!! Wakakaka!


Ada yang masih berbaris mengambil makanan! Indahnya berjemaah!


Peserta dari DPPKHS sedang menantikan acara perasmian bermula...
kekenyangan selepas makan sup ayam kawah tadi!



Kehadiran Lagenda Murrobbi! Tuan Guru Haji Yahya Othman benar-benar menaikkan semangat kami! Allahuakbar!


Yang dok atas tangga pun ada.. pun jaddik!


hari pertama berakhir kira-kira jam 12 malam..

sunsnake@rusila

Penasihat Tak Nak Bagi Nasihat Dah!

Suda talak mau Gelak la itu Gelakan!


Penasihat PAS adalah Mursyidul Am iaitu Tuan Guru Nik Aziz..
Penasihat PKR adalah De' Facto Leader iaitu Anwar Ibrahim..

Penasihat Gerakan adalah.. yang Tak nak bagi Nasihat dahh!!

Wakakakaka!

Kata parti dalam Pakatan Rakyat yang nak pecah??

Aikk?? Gerakan yang terburai!!
Eh? Ada lagi rupanya Gerakan nih!
Ingatkan dah tak bergerak!!

Dulu masa Tsu Koon ni jadi KM Penang..
dialah yang paling wangi!
Apsal tiba-tiba dia jadi paling busuk??
Sebab dah tak dapat bagi projek ke Tun?

wakakaka!

sunsnake 05102010

Kecewa dengan Koh, Lim letak jawatan penasihat

Penasihat dan bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik akan menulis memaklumkan kepada parti itu berhubung keputusannya.Katanya, beliau kecewa dengan cara presiden parti itu sekarang, Tan Sri Koh Tsu Koon menangani konflik yang melanda parti berkenaan.

"Beliau seseorang yang tidak suka campur tangan dalam menyelesaikan konflik kerana bimbang akan menyentuh perasaan orang lain,” katanya ketika menghadiri konvokesyen Universiti Terbuka Wawasan di Kuala Lumpur hari ini. Menurut Lim, sikap Koh yang sentiasa 'melepaskan tangan' telah mendatangkan banyak masalah dalam parti.

Beliau berkata, surat peletakan jawatannya itu akan diserahkan kepada ibu pejabat parti Gerakan, esok.

Berita Penuh

Jerat UMNO Tak Pernah Lupakan Ku Li!


Heheheh..
Teman semacam dapat menghidu ada 'benda' yang tersorok dalam tajuk-tajuk berita berkaitan hal ni..

Sejak Muhyiddin kata Ku Li dilantik ketuai PRK Galas ni..
Sampai la Tengku Adnan(tengku?) pulak sibuk keluarkan statement yang nak meyakinkan...

Masalahnya.. takde seurat perkataan pun yang Ku Li keluarkan setakat ni!

Membaca tajuk di Malaysian Inside ni teman ingatkan Ku Li yang berkata setuju!
Walhal rupanya Adnan ni yang mengaku Ku Li dah setuju!

Nampaknya Pelanduk Tak Pernah melupakan jerat..
Sekali lagi UMNO nak mempermainkan maruah Ku LI sebagai 'Gurkha UMNO'...

Jawab Ku Li jangan tak jawab! wakakakak!

sunsnake 04102010

DUN Galas: Ku Li setuju ketuai jentera BN, kata Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ketua Umno Gua Musang Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas, demikian menurut Setiauasaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata Tengku Razaleigh telah menyatakan persetujuan walaupun surat rasmi pelantikan rasmi belum lagi diserahkan kepada beliau.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah pun menandatangani surat pelantikan Tengku Razaleigh.

“Surat itu ada dengan saya sekarang,” kata beliau ketika ditemui pemberita di Putrajaya.

Berita Penuh