Monday, September 27, 2010
PRK Dun Galas - Ujian buat banyak pihak?
Dan moga segala perjuangannya didalam PAS diterima oleh Allah SWT...
Selepas ni mungkin akan ada PRK buat kesekian kalinya selepas PRU12 pada 2008 dahulu.
1. Tuan Guru Nik Aziz
- Pelbagai isu yang melanda bukan sahaja Kerajaan Islam Kelantan malahan batang tubuh Tok Guru sendiri seperti isu Menantu dan blogger Kickdefella benar-benar menguji ketabahan beliau.
Bagaimanakah agaknya pengundi Dun Galas menilainya?
2. Tengku Razaleigh (Ku Li)
- Galas ini adalah salah sebuah DUN didalam Parlimen beliau dan akhir-akhir ini beliau jelas telah berseteru dengan Presiden UMNO Najib Tun Razak. Kesanggupan beliau menjadi calon dalam pertandingan Presiden UMNO suatu ketika dahulu menentang Najib dan pendapatnya yang memihak kepada Kerajaan Kelantan dalam isu royalti minyak malahan sanggup menjadi ketua kaukus di Parlimen Malaysia dalam isu yang sama! Mungkinkah Ku Li akan membantu calon BN didalam PRK kali ini atau hanya mengambil sikap berdiam diri?
Bagaimanakah agaknya pengundi Dun Galas menilainya?
3. Najib Tun Razak
- terlalu ramai pemimpin UMNO yang telah di'kubur'kan di Kelantan ini dan didalam suasana sekarang, sesiapa jua yang tercalon sebagai calon BN pastinya akan berhadapan dengan situasi 'menang jadi Abu, kalah jadi Arang'! Lihatlah Dr Awang Adek yang mendabik dada bakal Menjadi Menteri Besar Kelantan sekiranya UMNO memenangi majoriti Dun di PRU12!!
Akhirnya kini terpaksa mencacai di negeri sendiri! Sehinggakan sanggup berkompromi dengan syarikat judi didalam isu 'judi bola' baru-baru ini.
Bagaimanakah agaknya pengundi Dun Galas menilainya?
4. Muhyiddin Yaasin
- Kekalahan BN di PRK Manek Urai tempoh hari masih diyakini terlalu pedih untuk ditanggung oleh beliau, didalam PRK tersebut jelas beliau telah berhempas-pulas dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang dimiliki namun tetap gagal hinggakan tergamak membuat janji 'jambatan' kepada pengundi-pengudi Manek Urai! Akhirnya calon BN kalah ditangan Abe Uji yang hanya berlatar belakangkan peraih ikan.
Bagaimanakah agaknya pengundi Dun Galas menilainya?
Sekadar coretan teman di tengah-tengah hujan nih!
sunsnake 27092010
PKR Tak Matang - Zaid... Sokong!
Memang sebahagian besar pimpinan peringkat pusat adalah mereka yang sangat-sangat berkaliber mengambil contoh seperti Saifuddin,Mustaffa Kamil,Zaid Ibrahim, Latifah Koya, Zuraida, Nurul Izzah, Eli Wong, Gwo Burne, Azmin Ali malahan DS Anwar sendiri..
Tetapi dari segi kekuatan ahli dan keakrabannya masih terlalu banyak yang perlu dipersoal dan dilakukan kerja bagi menyatukannya..
Biasalah tu sebagai parti muda walaupun tidak semuda Makkal Sakhti!
Teman masih berharap agar PKR tidak sombong dan angkuh untuk bertanya dan menjadikan PAS dan DAP sebagai 'Tok Guru' dalam ilmu-ilmu menguatkan parti nih!
sunsnake 27092010
| Isu kesetiaan: PKR belum matang, kata Zaid |
Keadaan itu, kata beliau yang juga ketua PKR Wilayah Persekutuan, antara lain, boleh dilihat apabila terdapat kalangan pemimpin yang bergabung untuk menentang beliau dalam kempen kali ini. "Jika anda kata ini adalah parti terbuka (dengan) proses yang demokratik, kenapa ada pemimpin yang berkempen menentang saya?
Berita Penuh
BudakBalun: PM Tipu, Guna Wang Judi Bayar Gaji Cikgu Kementerian!

Kalau Azhar sengal ni boleh cakap macam tu..
Teman budakbalun pun leh cakap macam ni..
Apa ada hal??
Dah memang kenyataan..
Tak tau la kalau Perbendaharaan Malaysia boleh asingkan semua duit-duit masuk termasuk cukai-cukai judi daripada digunakan untuk membayar duit gaji kakitangan kerajaan pusat termasuk segala pengeluaran wang untuk projek-projek pembangunan!
ke duit hasil ckai judi dan arak hanya digunakan untuk pilihanraya?
Patutlah macam terasa 'haram' je Kerajaan yang memerintah Malaysia nih!!
sunsnake 27092010
| Azhar: Lim tipu, guna wang judi bayar warga emas |
Azhar berkata Ketua Menteri, Lim Guan Eng seringkali 'memutar-belitkan katan-kata' sehingga bukti dikemukakan. Katanya, apabila ketua penerangan Umno negeri itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican memberikan bukti bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber perjudian untuk program membasmi kemiskinan, Lim secara tergesa-gesa mengakuinya tetapi mendakwa wang berkenaan hanya disalurkan kepada penduduk bukan Melayu.
Berita Penuh
Adun Galas (PAS) Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Allahyarham..
Dah lama Allahyarham menanggung penyakit kanser ini..
Semoga Segala amalannya.. perjuangannya.. kehidupannya..
Diterima oleh Allah SWT sebagai pahala dan menjadi punca mendapat KeredhaanNya..
Amin!
sunsnake 27092010
Adun Galas kembali ke rahmatullah
| Wartawan Kita |
| KOTA BHARU, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini. Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu. Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang. Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China. Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong. Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang. Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti. Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di China. |
SB bakal sibuk balik!!

Hmm..
Selalunya yang jadi pemantau UMNO dalam aktiviti PR ni adalah SB..
Bagi kami dalam PAS ni lagilah dah lali dengan 'lakonan' SB nih!
Silap-silap dalam PAS sendiri ada SB yang menyangkakan dia tidak diketahui!
Walhal.. dia pulak yang sedang dimonitor sebenarnya!
So, eloklah UMNO hantar SB-SB ni..
sebab bukan sedikit SB-SB yang masuk PAS kemudiannya..
maklumlah.. terpaksa lebih rajin turun ceramah daripada ahli-ahli PAS itu sendiri!
Lepas ni..
kalau SB cina.. kompom lastly masuk DAP atau PKR! dan tak mustahil PAS!
Kalau SB melayu.. kompom masuk PAS atau PKR.. mungkin jugak masuk DAP!
Maklumlah... kami di PR ni bukan berasaskan bangsa!
boleh joint mana-mana parti kami..
Apa ada hal!
Yang terbaik masuk PAS laaa..
Tapi kena buang la perangai-perangai buruk UMNO tu dulu!
Nak tips gi tanya Kapten Zahar kat PJ Selatan!
sunsnake 27092010
Umno mahu pantau ceramah pembangkang kesan isu rasis
Kata beliau, langkah itu akan diambil untuk mengetahui sama ada himpunan anjuran mereka menyentuh isu-isu perkauman yang sensitif.
“Kami akan memantau ceramah pembangkang dalam bahasa-bahasa bukan Bahasa Malaysia.
“Saya tidak pasti sama ada ceramah-ceramah dalam Mandarin atau Tamil ada mencetuskan isu-isu perkauman,” kata beliau kepada pemberita selepas bercakap pada majlis dialog anjuran Puteri Umno.
BTN? Biasaklaaahhh!!
Dan yang paling pelik..
Siapa yang kata bukan melayu akan terajui negara?
Cuba bagi komen berdasarkan Perlembagan negara skit?
Lagipun.. teman lebih rela yang memerintah tu
cina macam Idham Lim tu.
india macam Farid Ravi tu..
india macam Muhammad Fitri tu..
cina macam Lim Jooi Soon tu..
daripada melayu macam Najib!!
daripada melayu macam Muhyiddin!!
daripada melayu macam Ahmad maslan!!
lebih-lebih lagi
melayu macam Armand PERKASA!!
apatah lagi
melayu macam Ibrahim Ali!!!
wakakakaka!
UMNO dah nak mati ni..
semua ditariknya sekali..
dengan BTN pun kena keluar statement!
nak kenal siapa cina dan india diatas? sila tanya lebai google!
jangan tanya Ustad Kamalanathan!!
sunsnake 27092010
Melayu mesti terajui negara ini, wakil BTN beritahu Puteri Umno
KUALA LUMPUR, 27 Sept — Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin berkata orang Melayu mempunyai mandat penuh untuk memerintah negara ini dan oleh itu mereka harus bersatu menghadapi sebarang ancaman.
Baru-baru ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu akan hilang kuasa jika penguasaan Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat.
“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno di sini hari ini.
“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.


