Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 27, 2010

UMNO perlukan bantuan guru-guru pulak!


Wakakaa!

Ini kompom wajib dibaca sebagai 'arahan berpolitik' bukan 'kebenaran berpolitik'!
Sebabnya? setiap guru siswazah yang mahu berpolitik diwajibkan dapat kebenaran bertulis daripada Ketua SU Kementerian Pelajaran dulu!!

Wakakakak!
Gila apa cikgu-cikgu tu nak mohon kebenaran nak berpolitik dan sertai PAS? PKR? DAP?
wakakakak! baik serah tengkok dan bagi pedang jee..

hmmm.. boleh baca dah arahan-arahan jenis macam ni..

Apa hal pulak nak kena surat kebenaran berpolitik daripada KSU pulak?
Sukahatila cikgu-cikgu tu nak berpolitik..
Ini demokrasi Malaysia ke demokrasi Korea Utara?
sunsnake 27072010

Guru siswazah dibenarkan berpolitik semula
Jul 27, 10 11:28am

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. "Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya. Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan. Dibawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu. "Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek. Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik. Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. - Bernama

Kerajaan Selangor - Betul salah, hukum!


Sebagai membuktikan yang Kerajaan PR ini benar-benar bukan fotostat UMNO-BN..
Wajib mamat ahli majlis ini dihukum dengan seberat-beratnya!
Kalau idak.. serupa tak payahlah pimpinan PR nak bercakap pasal integriti..
serupa tak payahlah Anwar nak berceramah hal rasuah UMNO..
serupa tak payahlah Azmin Ali nak kutuk Mahathir mahupun Najib hal integriti..
serupa tak payahlah Hassan Ali nak bersyarah hal dosa rasuah!
serupa tak payahlah Kit Siang dan Karpal nak bercakap hal ketelusan!!
Serupa tak payah!!!

Isu macam ni kena clearkan betul-betul..
Isu macam kes pasir tu dah boleh buat tak tau sebab UMNO melalak tanpa bukti pun!

yang si Ronnie Liu apahal no komen?
Apa masalah?

Harap-harap jangan ada syndrome of denials kali ni..
Menyampah gak sebenarnya...

sunsnake 27072010

MB berang siasatan ahli majlis 'bocor'

Jul 27, 10
2:45pm

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui bahawa kerajaan negeri itu sedang menyiasat kes melibatkan seorang ahli majlis yang menyalah-gunakan surat rasmi exco kerajaan untuk mendapatkan kontrak bagi kroninya.

Khalid berkata siasatan dalaman telahpun dijalankan sejak "dua atau tiga minggu lalu." Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid (kiri, tengah) juga berkata beliau berasa malu kerana hasil siasatan itu telah dibocorkan.

Beliau mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang menyebut, ahli majlis daripada parti DAP itu juga merupakan seorang pemimpin veteran dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan parti negeri. Ahli majlis berkenaan didakwa telah mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarganya dengan menulis surat sokongan menggunakan surat rasmi seorang anggota exco.

Dilaporkan, ahli majlis berkenaan yang telah dilantik selama tiga penggal itu berjaya mendapatkan beberapa projek melalui kegiatan itu.

Berita Penuh

Maslan - Ketua Kegelapan UMNO Malaysia?


Debat? Kecut Tel*r.. Depan Media Berani Konon...

Aduyai!!! Bro Maslan..
Apsal la jadi macam ni Ketua Penerangan UMNO Malaysia nih!!
Nama pun Ketua Penerangan!! Patutnya berani la 'menerangkang'!!
Kalau dah takut nak 'terangkan'.. Jangan panggil Ketua Penerangan..
Jadilah Ketua Kegelapan!!! Wakakakaa!

Maklumlah.. Mana ada yang cerah kat UMNO la ni..
So, tak logik kalau Maslan ni dinamakan Ketua Penerangan..

Hari tu Mazlan Aliman ajak debatkan?
Siap bagi invitation letter by hand lagik!!
Direct dari Mazlan Aliman ke tangan Bro Maslan lagik!!
Tak nak la pulakk!!
La ni.. sibuk berkokok depan media... media UMNO pulak tuh!
aduyaiii.. 100% kompom! Maslan ni Ketua Kegelapan UMNO Malaysia!
sunsnake 27072010

'Cukai RM1.3b bukti Felda tak bankrap'
Jul 26, 10 6:34pm

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membayar cukai berjumlah RM1,303.18 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh empat tahun bermula 2004, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata pengumuman data yang pertama kali dibuat itu bertujuan menepis isu Felda bankrap yang masih dimainkan pembangkang.
"Data ini adalah kali pertama diumumkan. Tujuan diumumkan adalah untuk membuktikan dakwaan bahawa Felda bankrap adalah tidak benar. "Ini (cukai) adalah usaha Felda untuk membantu kerajaan dan rakyat. Cukai ini boleh digunakan kerajaan untuk membantu rakyat secara keseluruhan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurus Felda dan Pelancaran Manual Pengurusan Rancangan (MPR) Felda di Dewan Perdana Felda, di Kuala Lumpur, hari ini.
Berita Penuh

Surah Yaasin bikinan UMNO!

UMNO pun.. takyah sampai cetak Yaasin!!! aduyaii..
salah ayat pulak tuh!!!!

Kemerdekaan Malaya - Bukan UMNO!

Sejarah Yang Hilang....







Monday, July 26, 2010

Apalah sangat RM15 juta dibanding dengan nilai RTM!


UMNO menyatakan tindakan Kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk program penerangan kerajaan negeri sebagai membazirkan duit rakyat. Dinyatakan secara terus oleh Ketua Penerangan UMNO Selangor juga yang kononnya Kerajaan Negeri 'goyang' dengan kempen UMNO Selangor yang diberi nama 'Selamatkan Selangor'!

Pada teman, apalah nilainya RM15 juta itu jika dibandingkan dengan 'pembaziran' yang dilakukan oleh UMNO selama umur Radio & Televisyen Malaysia diwujudkan! Semua orang tahu bahawa UMNO-BN telah menggunakan RTM seolah-olah ianya adalah kepunyaan milik mutlak UMNO-BN walhal pembiayaan RTM dibawah naungan Kementerian Penerangan sebelum ini adalah hasil daripada cukai yang dikutip dari titik peluh kesemua rakyat Malaysia tidak kira apa partinya!

Adakah RM15 juta itu sebanding dengan nilai RTM? Jika itulah konteks yang UMNO lihat sebagai pembaziran, terlalu jauh nilai pembaziran dan penyalahgunaan oleh UMNO terhadap fungsi dan kegunaan sebenar RTM selama ini!

RTM digunakan oleh UMNO sebagai media utama mereka menyampaikan segala macam agenda propaganda UMNO. Tidak cukup dengan itu, media swasta yang sebenarnya juga dimiliki oleh kroni-kroni UMNO seperti Kumpulan Media Prima dan ASTRO digunakan semahu-mahunya hinggakan boleh dikatakan hampir tiada ruang kepada parti-parti pembangkang muncul menyampaikan agenda!

Jika UMNO-BN tidak menyelewengkan RTM, pastinya Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu memperuntukan sejumlah itu untuk membuat penerangan kepada rakyatnya sendiri!
Hinggakan UMNO tergamak melarang Selangor FM menyiarkan ucapan daripada Menteri Besar Selangor sendiri! Menteri Besar tidak boleh bercakap di ruang udara negerinya sendiri!

Dan dalam masa yang sama, permohonan oleh Parti-parti pembangkang mengadakan saluran media baik televisyen mahupun radio dihalang dengan menggunakan pelbagai akta dan kuasa seperti oleh Kementerian Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri. Masihkah kita ingat dengan permohonan PAS kepada Kerajaan Malaysia untuk menerbitkan akhbar harian "Purnama"suatu masa dahulu? Apa agaknya khabar permohonan tersebut?

Rakyat Malaysia kini semakin bijak dan cerdik maklumat. Buktinya, kemenangan UMNO-BN pada PRU 2008 adalah sangat-sangat bergantung kepada undi daripada masyarakat luar bandar. Contohnya di Negeri Selangor, hampir 100% kerusi DUN yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah di kawasan bandar seperti Shah Alam, Selayang, Kepong, Damansara, Petaling Jaya dan sekitarnya. UMNO hanya menang di kawasan yang jauh dari bandar dan berkepadatan melayu seperti di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan sekitarnya.

Ingin teman berpesan kepada Kerajaan Negeri Selangor, jika boleh lebihkan peruntukan RM15 juta tersebut kepada aktiviti penerangan di kawasan luar bandar tersebut. Cerahkanlah mata masyarakat disitu akan apa yang telah Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan sejak selepas kemenangan rakyat yang cukup bersejarah pada 8 Mac 2008 dahulu!
sunsnake 26072010

Umno: K'jaan S'gor 'seperti cacing kepanasan'
Jul 26, 10 3:42pm

Umno menyifatkan tindakan kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk program penerangan, menunjukkan ianya seperti 'cacing kepanasan' ekoran kempen 'Selamatkan Selangor' yang digerakkan Umno negeri sekarang.

Ketua penerangan Umno negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, kempen tersebut mula menampakkan kesan sehingga kerajaan negeri itu sanggup menggunakan duit rakyat untuk program penyampaian maklumatnya. Kempen 'Selamatkan Selangor' yang dilancarkan oleh Umno negeri Jumaat lalu dan turut menurunkan bekas pemimpin PKR Ezam Mohd Nor, akan berlangsung selama tiga minggu sehingga 8 Ogos depan.

Abdul Shukor berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor memperuntukkan RM15 juta oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak.
Berita Penuh