UMNO menyatakan tindakan Kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk program penerangan kerajaan negeri sebagai membazirkan duit rakyat. Dinyatakan secara terus oleh Ketua Penerangan UMNO Selangor juga yang kononnya Kerajaan Negeri 'goyang' dengan kempen UMNO Selangor yang diberi nama 'Selamatkan Selangor'!
Pada teman, apalah nilainya RM15 juta itu jika dibandingkan dengan 'pembaziran' yang dilakukan oleh UMNO selama umur Radio & Televisyen Malaysia diwujudkan! Semua orang tahu bahawa UMNO-BN telah menggunakan RTM seolah-olah ianya adalah kepunyaan milik mutlak UMNO-BN walhal pembiayaan RTM dibawah naungan Kementerian Penerangan sebelum ini adalah hasil daripada cukai yang dikutip dari titik peluh kesemua rakyat Malaysia tidak kira apa partinya!
Adakah RM15 juta itu sebanding dengan nilai RTM? Jika itulah konteks yang UMNO lihat sebagai pembaziran, terlalu jauh nilai pembaziran dan penyalahgunaan oleh UMNO terhadap fungsi dan kegunaan sebenar RTM selama ini!
RTM digunakan oleh UMNO sebagai media utama mereka menyampaikan segala macam agenda propaganda UMNO. Tidak cukup dengan itu, media swasta yang sebenarnya juga dimiliki oleh kroni-kroni UMNO seperti Kumpulan Media Prima dan ASTRO digunakan semahu-mahunya hinggakan boleh dikatakan hampir tiada ruang kepada parti-parti pembangkang muncul menyampaikan agenda!
Jika UMNO-BN tidak menyelewengkan RTM, pastinya Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu memperuntukan sejumlah itu untuk membuat penerangan kepada rakyatnya sendiri!
Hinggakan UMNO tergamak melarang Selangor FM menyiarkan ucapan daripada Menteri Besar Selangor sendiri! Menteri Besar tidak boleh bercakap di ruang udara negerinya sendiri!
Dan dalam masa yang sama, permohonan oleh Parti-parti pembangkang mengadakan saluran media baik televisyen mahupun radio dihalang dengan menggunakan pelbagai akta dan kuasa seperti oleh Kementerian Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri. Masihkah kita ingat dengan permohonan PAS kepada Kerajaan Malaysia untuk menerbitkan akhbar harian "Purnama"suatu masa dahulu? Apa agaknya khabar permohonan tersebut?
Rakyat Malaysia kini semakin bijak dan cerdik maklumat. Buktinya, kemenangan UMNO-BN pada PRU 2008 adalah sangat-sangat bergantung kepada undi daripada masyarakat luar bandar. Contohnya di Negeri Selangor, hampir 100% kerusi DUN yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah di kawasan bandar seperti Shah Alam, Selayang, Kepong, Damansara, Petaling Jaya dan sekitarnya. UMNO hanya menang di kawasan yang jauh dari bandar dan berkepadatan melayu seperti di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan sekitarnya.
Ingin teman berpesan kepada Kerajaan Negeri Selangor, jika boleh lebihkan peruntukan RM15 juta tersebut kepada aktiviti penerangan di kawasan luar bandar tersebut. Cerahkanlah mata masyarakat disitu akan apa yang telah Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan sejak selepas kemenangan rakyat yang cukup bersejarah pada 8 Mac 2008 dahulu!
sunsnake 26072010
Umno: K'jaan S'gor 'seperti cacing kepanasan' | |
|
Umno menyifatkan tindakan kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk program penerangan, menunjukkan ianya seperti 'cacing kepanasan' ekoran kempen 'Selamatkan Selangor' yang digerakkan Umno negeri sekarang.
Ketua penerangan Umno negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, kempen tersebut mula menampakkan kesan sehingga kerajaan negeri itu sanggup menggunakan duit rakyat untuk program penyampaian maklumatnya. Kempen 'Selamatkan Selangor' yang dilancarkan oleh Umno negeri Jumaat lalu dan turut menurunkan bekas pemimpin PKR Ezam Mohd Nor, akan berlangsung selama tiga minggu sehingga 8 Ogos depan.
Abdul Shukor berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor memperuntukkan RM15 juta oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment