Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, June 16, 2010

Bahasa Arab? Pendidikan Islam pun dah hancus!


Tanpa menafikan akan kepentingan bahasa Arab, teman rasa ada baiknya kerajaan meletakkan subjek Pendidikan Islam di tempat yang tertinggi dalam kasta pendidikan negara!

Pendidikan Islam la ni dah jadi macam elektif.. Setaraf dengan Pendidikan Moral sahaja lagaknya.. Kalau failed pun takpe..
Kira kalau budak-budak Islam nak study.. time study untuk Pendidikan Islam ni buat seminggu sekali sudahh!!
sunsnake 16062010

Wajibkan juga pembelajaran Bahasa Arab

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kerajaan disyorkan turut menjadikan Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran wajib kepada pelajar-pelajar di semua peringkat pengajian.

Ketika membuat syor itu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Abdul Aziz Hussein berkata, langkah itu penting bagi memastikan pelajar Islam dapat menghayati bahasa itu sekali gus memberi pemahaman kepada mereka dalam melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam.

"Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran, oleh itu adalah penting bagi pelajar Islam menguasainya supaya mereka boleh memahami kitab suci berkenaan dan faham apa yang dibaca ketika solat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan, kerajaan akan mewajibkan penyediaan guru-guru Bahasa Mandarin dan Tamil di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajarannya dapat dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.

Sambil mengalu-alukan langkah kerajaan itu, Abdul Aziz pada masa yang sama meminta kerajaan mempertimbangkan cadangannya berhubung Bahasa Arab tersebut.

Tiup takpe jangan bakar kerusi stadium sudahh!


jangan marah ye awe-awe Kelate!
sunsnake 16062010

Piala Dunia cetus kegilaan vuvuzela


VUVUZELA mampu menghasilkan bunyi sekuat 144 desibel yang bersamaan dengan bunyi letupan mercun.

JOHANNESBURG - Ketika ramai penonton televisyen di seluruh dunia merungut mengenai bunyi bingit vuvuzela sepanjang perlawanan Piala Dunia 2010, serunai tradisi masyarakat Afrika Selatan itu mulai popular di seluruh dunia.

Jualan serunai panjang yang mampu membuat bising 144 decibel atau menyamai bunyi mercun itu semakin laris selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam menolak gesaan mengharamkan vuvuzela di dalam stadium.

Berita Penuh

Ada Bookie Halal ka?


Mesti menyirap pemimpin-pemimpin UMNO baca berita kat bawah nie..
Kalaulah rakyat yang diterajui oleh PAS tak buat demo hari tu, kompom angka-angka pertaruhan tu dah masuk gantung Vincent Tan.. secara otomatiknya masuk kantung pilihanraya UMNO!

hmmm...
UMNO merancang...
Allah SWT pun merancang..
Perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan!
sunsnake 16062010

Bookie haram Piala Dunia 2010 ditahan
Jun 16, 10 10:51am

Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun, yang disyaki menjadi bookie menguruskan pertaruhan haram bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010, di sebuah kedai makan di Jalan Raja Uda di Butterworth, Pulau Pinang, malam semalam. "Ketika ditahan, suspek dipercayai mengendalikan pertaruhan secara online bagi beberapa perlawanan yang berlangsung semalam," kata Ketua Operasi Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Bukit Aman, Superintendan Maszely Minhat kepada pemberita, semalam. Beliau berkata suspek ditahan yang dipercayai pekerja premis itu, ditahan di kaunter bayaran jam 1.15 pagi dan polis merampas wang tunai berjumlah RM15,675.00 dipercayai wang pertaruhan, sebuah komputer riba yang mempunyai sistem pertaruhan, beberapa resit kosong serta empat bateri komputer.

Berita Penuh

APCO+Kroni+UMNO=Kem Sg Besi bakal digadai!


Memang suatu kombinasi yang sangat-sangat menarik!
Yakinlah! Kalau tidak ada sesuatu tindakan yang benar-benar keras daripada rakyat dan NGO..
kompom tanah Kem TUDM Sungai Besi ini akan tergadai!

Sama gak macam kes Judi Bola..
Kalaulah takdirnya hari tu tidak ada apa-apa gerakan menentang dek PR dan rakyat, kompom la ni dah bersusun rakyat Malaysia di kaunter-kaunter Sport Toto untuk betting!

Kalau tak dek kerana usha keras daripada wakil penduduk Kampung baru KL.. dah kompom la ni tengah ada aktiviti menolak ranap semua rumah-rumah Melayu di tengah-tengah KL tuh!

Akhirnya.. dengan keizinan dan bantuan daripada Allah SWT.. segala perancangan munafik UMNO ini berjaya dihalang mahupun diperlahankan!!

Sementara menantikan usaha rakyat menolak sejauh-jauhnya UMNO-BN di PRU yang akan datang! InsyaAllah..

Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!
sunsnake 16062010

PAS: Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara
Jun 16, 10 10:00am

Rancangan kerajaan untuk mengadakan projek pembangunan di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi akan membahayakan negara kerana ia bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Tindakan itu akan menyebabkan negara kehilangan sebuah pangkalan pertahanan di tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada pertahanan nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh. "Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di kebanyakan negara maju," katanya yang dipetik oleh Harakah Daily.

Berita Penuh

Panjangnya lidah awek UMNO!


Itu tengah ramai tuh! Kalau dok berdua je mau lagi panjang lidah pompuan tuh!
Hidup Melayu! Hidup UMNO! Hidup BN!

sunsnake 16062010

sumber - PERAKIANonline

World Cup - Tak banyak gol, macam Friendly pulak?

Apase susah benor nak skor ni wehh!! Kata Player Afrika Selatan ni gamaknya..

Hmm.. teman belum nampak mana-mana game yang menarik pun!
Punya la boring masa layan Italy-Paraguay via streaming kat internet malam semalam..
Teman siap tertido lagik!!! haduh!!

Ingat malam ni nak layan Ronaldo shoot sebijik dua.. Idakpun Drogba kot-kot dapat main..
Hampeh gakk!!! Abang Do langsung takleh jalan.. ada la 2-3 biji try termasuk direct freekick..
tapi hampeh gak!

so, apa masalahnya ye?

Adakah sebabkan dek penangan bola Adidas 'Jabulani' tuh?
Tapi game Jerman hari tu pakai bola Nike ke?

Atau tahap humidity yang agak tinggi di Afrika Selatan buat player-player Eropah sengal hidung?

Atau player kepenatan lepas habiskan season masing-masing dengan kelab?

apa pun teman berpendapat.. kita tunggu team masing-masing main untuk 2nd game nanti!!
Kompom ada perbezaan!!! Ole!

sunsnake 16062010

Goals come slowly in South Africa

JOHANNESBURG, June 15 – Slovakia and New Zealand drew 1-1 today in a clash of the outsiders which did little to remedy a worrying goals shortage at Africa’s first World Cup. New Zealand’s last gasp equaliser from Winston Reid in chilly Rustenburg gave both the All Whites and Slovakia – making their maiden appearance as an independent nation – their first points in a World Cup.

While South Africans continue to exude pride and excitement at hosting the tournament, this has so far failed to be matched on the pitch with only 20 goals from 12 games, an average of 1.67 compared to 2.30 in the whole of Germany 2006 and higher figures in previous years.

Only the German side has shown real World Cup class so far with a 4-0 drubbing of Australia that will strike fear into their big name rivals.

There was tragic news from elsewhere on the continent when residents of anarchic Somalia said Islamic militants had killed two people and arrested 35 for breaking their strict ban on watching the tournament on television.

Spectators will be looking to five-time champions Brazil to correct the dearth of goals later today when they meet World Cup hermits and lowest-ranked team North Korea.

But the Samba Boys have struggled recently against the kind of packed defence North Korea is likely to play, which can stifle their open game.

Berita Penuh