Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, June 14, 2010

UMNO tak nampak ayat larang judi dalam Quran?

hmmmm... comelnya! ..Jambul! Wakakaa!

PAS menolak judi sukan ini bukan kerana manusia..
jauh sekali kerana takutkan Vincent Tan!

Tetapi kerana ianya jelas haram didalam Al-Quran!

Malangnya UMNO Johor yang diketuai oleh Ghani Othman tolak judi sukan ni sebab maklumblas daripada rakyat Johor??
aduhhh!! Makin keliru dibuatnya!!
sunsnake 14062010

Umno Johor tolak pertaruhan sukan
Jun 13, 10 4:10pm

Umno Johor hari ini menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Abdul Ghani Othman. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan hari ini, Abdul Ghani berkata pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini. "Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan. "Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu," katanya.

Berita Penuh

Nik Aziz sekolahkan Hishamuddin!


Kang kalau kita maki lebih-lebih marah lak pencacai UMNO!
Inilah akibatnya apabila hanya belajar ilmu politik orang putih!
Padahal suri teladan oleh Rasulullah SAW adalah yang terbaik!

hmmm... mengapa la imam kampung teman masih tak bukak mata?
dok sokong la si Zambry Kadir tuh!!
sunsnake 14062010

Nik Aziz: Perlu bergantung pada bukan Islam


"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan. Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini. Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu.

Berita Penuh

Hishammuddin Ragui Tindakan Benarkan Bukan Islam Guna Simbol PAS

PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sangsi dengan langkah PAS membenarkan, secara bersyarat, calon bukan Islam menggunakan simbol parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau yakin langkah itu tidak akan berjaya "kerana seseorang itu akan hanya memutuskan (untuk bertanding) berdasarkan pertimbangan politik jangka pendek." "Rakyat mengetahui rekod PAS.

Saturday, June 12, 2010

Pendakwaraya tu Pengkhianat Bangsa, Agama & Negara!!!


Habis la mamat pendakwaraya tuh!!
Pagi-pagi esok penuh la dengan panglima-panglima PERKASA memenuhi laman rumah dia!!
Idak pun laman pejabat dia!!

Apsal boleh salah pulak sampai Karpal Singh terlepas daripada tuduhan!!
Aduhhhh!!

Memang Pendakwaraya tu pengkhianat agama, bangsa dan negara!!

sunsnake 12062010

Karpal bebas tuduhan hasutan terhadap Sultan Perak


KUALA LUMPUR, 11 Jun — Pengerusi DAP Karpal Singh bebas daripada tuduhan tanpa diminta membela diri hari ini berhubung pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak pada sidang akhbar di pejabatnya 6 Feb 2009.

Mahkamah Tinggi mendapati pendakwa raya telah gagal membuktikan kes tersebut Karpal.

Hakim Azman Abdullah memutuskan pemberita-pemberita, saksi utama dan polis tidak faham maksud hasutan dalam bahasa Inggeris.

Akhir bulan lalu, Mahkamah Tinggi menetapkan hari ini untuk memutuskan sama ada peguam itu perlu membela diri atau tidak di atas pertuduhan tersebut.

Seramai 19 saksi memberi keterangan pada perbicaraan kes itu termasuk Timbalan Pengarah Berita TV RTM Roslan Ariffin dan wartawan Utusan Nizam Mohd Yatim.

Berita Penuh

Betul kata Hishamuddin tu!


Errr.. Sedap ke air cap sauh tu Dato'?? wakakakaka!
Malas teman nak komen.. untuk info aje la buat kawan-kawan...

sunsnake 12062010

Hishammuddin Ragui Tindakan Benarkan Bukan Islam Guna Simbol PAS

PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sangsi dengan langkah PAS membenarkan, secara bersyarat, calon bukan Islam menggunakan simbol parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau yakin langkah itu tidak akan berjaya "kerana seseorang itu akan hanya memutuskan (untuk bertanding) berdasarkan pertimbangan politik jangka pendek." "Rakyat mengetahui rekod PAS.

Individu yang membuat cadangan itu kini adalah individu yang sama yang dahulunya tidak pernah termimpi untuk berbuat demikian.

Mereka akan berdepan dengan masalah dalam parti mereka sendiri.

"Langkah tidak konsisten, semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik, tidak akan membantu PAS dalam jangka panjang. (Dalam kes) BN, Umno, baik atau buruk, sekurang-kurangnya kita konsisten," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Logo-logo Rasmi Bolasepak Piala Dunia

1. 1930 - Uruguay

2. 1934 - Italy

3. 1938 - France

4. 1950 - Brasil

5. 1954 - Switzerland

6. 1958 - Sweden

7. 1962 - Chile

8. 1966 - England

9. 1970 - Mexico

10. 1974 - Germany

11. 1978 - Argentina

12. 1982 - Spain

13. 1986 - Mexico

14. 1990 - Italy

15. 1994 - USA

16. 1998 - France

17. 2002 - Korea/Japan

18. 2006 - Germany
19. 2010 - South Africa

Elehh!! Patut Mexico dah menang tadi!



Full Time Result - South Africa 1 - 1 Mexico

Chaitt!! Clear giler-giler bola tu masuk!!
Dan scorer Mexico tu tak off-side!!
Kan ada player South Africa kat atas line gol tuh??

aduhhh!! Linesman tu confident giler angkat flag offside!!

dah macam Saiful Bukhari pulak linesman tuh!! menipu!!

wakakakaka!!

Kompom linesman dah kena vodoo dengan bomoh-bomoh afrika nih!! wakakaka!

sunsnake 12062010