Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, May 30, 2010

Kalau bodoh jangan bagitahu orang lain!


Kalau duit takde.. jangan banyak enjoy..
Bila banyak enjoy.. banyak pakai duit..
Bila banyak pakai duit.. elaun jadi tak cukup..
bila elaun tak cukup pula, cari 'luar' elaun..
Bila dah nak kantoi.. dah tersepit... mula menggagau cari pelampung!

Pelampung kena la yang boley 'kawtim' mahkamah!
Lantak pi la nak jadi apa pun!
Janji selamat dunia..
Akhirat? elehhh.. Allah tu kan Maha Pengampun?

chaiisss!!
sunsnake 30052010

Mohd Fairus dakwa PKR tunggu masa 'karam'
Mei 30, 10 12:02pm

Bekas timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin berkata krisis dalaman PKR kini kian meruncing dan parti itu hanya menunggu masa untuk "karam".


"Jika dulu Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tohmahan bahawa 'kapal Umno' akan menerima nasib seperti 'Titanic' tapi hakikatnya kini, itulah nasib yang akan dialami PKR tidak lama lagi," katanya ketika ditemui Bernama selepas Ceramah Perdana Program Juara Rakyat anjuran Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, di Kampung Sungai Tengas, dekat Kulim malam tadi.

Tu la.. Berani sangat!!!


panjang umur sungguh si Samy Vellu nih!

Baru je teman nasihat si SU Agung MIC tu jangan berani sangat..
tup-tup dah kena pecat dahh!!

La ni dah pun bergelar mantan SU Agung PIC!

Siap Samy Vellu lantik on the spot SU Agung baru!!

errr... Samy Vellu ni Presiden parti ke Presiden Syarikat Berhad???
sunsnake 30052010

Samy pecat Murugessan sebagai SU Agung MIC
Mei 30, 10 4:06pm

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu telah memecat S Murugessan sebagai setiausaha agung part itu.
Jawatan tersebut kini diisi oleh pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk T Rajugopalu.Jumaat lalu, Murugessan (foto) telah menyatakan tidak puas hati dengan tindakan pemecatan empat pemimpin parti itu oleh Samy Vellu. Sebaliknya, kata beliau, mereka harus diberi peluang untuk mempertahankan diri di jawatankuasa disiplin parti. Beliau merujuk kepada pemecatan dua ahli jawatankuasa pusat MIC, KP Samy dan G Kumar Amaan, bersama dengan timbalan ketua Pemuda, V Mugilan dan pemimpin veteran dari bahagian Petalign Jaya, V Subramaniam.

Lawak Jepun pecah perut!!

Dah la teman penat giler hari ni..
Sepanjang hari sibuk!!

Balik-balik layan surfing internet terjumpa video klip ni..
memang kelakar!!
release la skit tension teman..

Kreatif giler orang Jepun nih!! Dalam hal lawak pun kreatif!

Saturday, May 29, 2010

Ada yang kena pecat sat lagi nieee..


Satu-satu orang berjawatan kena pecat dalam MIC dek Samy Vellu nih!
Sudahnya dengan Setiausaha Agung pun kena pecat lepas nih!!

ayoyo!!!
sunsnake 29052010

Setiausaha Agung MIC pertikai tindakan Samy pecat ahli CWC

28/05/2010 6:49pm

PETALING JAYA 28 Mei — Setiausaha Agung MIC S. Murugesan hari ini tampil secara terbuka mempertikaikan tindakan Datuk Seri S. Samy Vellu yang menggunakan kuasanya sebagai presiden untuk memecat empat ahli termasuk dua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti baru-baru ini.

Beliau berkata, selain rasa tanggungjawab terhadap ahli-ahli MIC, tindakannya itu adalah bertujuan memastikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti tidak digugat.

Katanya, tindakan pemecatan yang dibuat sepatutnya bukan pilihan pertama presiden sebaliknya ahli parti perlu diberi peluang untuk mempertahankan diri di hadapan Jawatankuasa Disiplin parti.

"Saya sebagai setiausaha parti mempunyai tanggungjawab kepada keseluruhan ahli-ahli MIC dan juga untuk memastikan bahawa prinsip-prinsip demokrasi dalam parti itu diperkukuhkan dan tidak digugat.

Berita Penuh

Perghh!! Sampai laman rumah pun jadikkk!


teman ingat dah cukup hebat dah demo teman dan kawan-kawan di Bukit Sentosa semalam..
Rupanya yang kat Bachok ni lagi havoc syeikhh!!
Memang 'chicky' gak buat demo depan umah Awang Adek kat kampung dia nih!!

Lepas ni kita gi rumah Najib di kampung plakkk!!

jangan gi rumah Rosmah di Kampungnye udakk.. Memang puako!!!!
Kata makcik di kampung tu lahhhh!! wakakakaka!

sunsnake 29052010

Bertempat di Masjid Mahmudi, Bachok, hampir 2,000 orang berhimpun selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan mereka.

Bantahan di Bachok hari ini dianjurkan oleh Kempen Anti Judi (KEJI) dan disokong sebahagian besarnya oleh ahli PAS.

Bachok merupakaan kubu kuat PAS yang diduduki oleh Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.

Perhimpunan besar-besaran ini juga agak simbolik kerana ia diadakan di kampung halaman Awang Adek yang kementeriannya bertanggung-jawab dengan pemberian lesen judi itu.

Rais Yatim sindir siapa sebenarnya?




"Zaman sebagai pucuk pimpinan sudah berakhir. Ikan sentiasa busuk dan rosak dahulu di kepala, bukan di badan atau ekornya,"

itulah nasihat Rais Yatim kepada Samy Vellu hari ini..

Pehhh... sialap-silap ke UMNO sendiri perginya ayat nih!!

sunsnake 29052010

'Samy, renungilah nasihat saya'

PUTRAJAYA 27 Mei - Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang berpengalaman bekerja di bawah kepimpinan lima Perdana Menteri mempunyai nasihat yang diharap beliau dapat direnung dengan hati yang ikhlas dan luhur oleh Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Sahabat saya Datuk Seri S. Samy Vellu perlu tahu zaman sebagai pengikut sudah sampai.

"Zaman sebagai pucuk pimpinan sudah berakhir. Ikan sentiasa busuk dan rosak dahulu di kepala, bukan di badan atau ekornya," kata beliau dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sehubungan itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menyelar tindak tanduk anak Presiden MIC itu, Vell Paari yang menuduh UMNO melakukan 'pembunuhan politik' untuk memecahbelahkan MIC.

-Melayau