Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, November 21, 2009

Kubur digali semula! Fuhhh!


jangan main-main syeikh!
Gali kubur balik tu..
Gali jangan tak gali..

Kita cari sampai dapat siapa malaun yang humban mendiang ni ke bawah!
Harap-harap keadilan dapat tertegak..
SPRM ni bukan setakat teman, anak teman yang tadika pun heran dengan kebebalan tindakan SPRM ni??

Ni untuk kali ni, SPRM siap boleh upah Pakar Forensik dari British tuh!!
Punya nak tegakkan benang basah...

SPR-pasang lawyer lawan Speaker Pakatan Rakyat Kedah
SPRM - pasang doktor nak lawan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor!

hehehehe.. nampak sangat siapa 'dalang'nya..
Siapa tak nampak memang 'puaka'!!! wakakakak!

siapa agaknya yang mula-mula nak upah Horatio,Duquesna,Eric,Wolfe dari CSI Miami ye? kompom bleh tahu punya siapa punca!! wakakak!
silap-silap habis team CSI Miami ni ke ISA dek Najib!!!

sunsnake 21.11.2009

Mayat Teoh digali semula hari ini

Mayat Teoh Beng Hock digali semula hari ini dalam satu upacara yang diadakan di Taman Peringatan Nirvana di Semenyih, Selangor.

Selepas upacara itu dijalankan, pekerja berhati-hati menggali kubur Teoh selama kira-kira sejam sebelum keranda dibawa naik pada kira-kira jam 9.40 pagi.

Keranda tersebut kemudiannya dibawa keluar dari tanah perkubuhan itu pada kira-kira jam 11.15 pagi selepas selesai upacara sembahyang dan proses disinfeksi.dilakukan.

Kesemua itu dilakukan di sebalik kain pengadang besar di sekeliling kubur Teoh.

Sebelum itu, polis menutup kawasan sekitar 30 meter dari situ dengan memasang pita kuning.

Hanya segelintir sahaja yang dibenar menyaksikan keranda Teoh digali semula, termasuk dua adik beradik Teoh dan peguam keluarga tersebut, Gobind Singh.

Turut hadir ialah pakar patologi Thai, Dr Porntip Rajanasunand yang mana keterangannya di inkues kematian Teoh telah membawa kepada kubur Teoh digali semula untuk dilakukan bedah siasat kedua.

Dr Porntip, yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor, mendakwa dalam keterangannya itu bahawa berdasarkan foto dan laporan bedah siasat pertama, beliau mendapati ada kemungkinan 80 peratus punca kematian Teoh adalah homisid, dan 20 peratus bunuh diri.

Gobind berkata mayat Teoh 'dalam keadaan baik' dan mengucap terima kasih kepada Taman Peringatan Nirvana dan polis kerana bantuan mereka.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiada seorang wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir pagi ini.

"Mereka sepatutnya menghantar wakil. Saya tidak nampak seorang pun, tetapi ia terpulang kepada budi bicara mereka," tambahnya.

Mayat Teoh dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dilakukan bedah siasat kedua.

Keluarganya tidak menghadiri upacara mayat Teoh digali semula tetapi menunggu ketibaan manyatnya di Hospital Sungai Buloh.

Isterinya, Soh Cher Wei juga tidak hadir kerana pantang larang disebabkan dia sedang mengandung.

Bekas majikan Teoh - exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah - berkata dia merasa tenang mengenai kerja-kerja menggali semula mayat Teoh.

"Saya tenang kerana sebahagian besar rakyat Malaysia percaya bahawa Teoh adalah mangsa homisid dan dia tidak membunuh diri," katanya.

Bagaimanapun, beliau membidas SPRM kerana menggunakan khidmat pakar patologi dari Britain untuk meneliti bedah siasat kedua itu.

"Saya ingin tahu berapa banyak mereka bayar kepada pakar patologi British itu. It menunjukkan SPRM tidak yakin dengan pakar patologi tempatan," tambahnya.

SPRM sebelum ini mengumumkan bahawa suruhanjaya itu akan mendapatkan khidmat pakar patologi Britain, Dr Peter Vanezis, yang memberi kesimpulan yang berbeza dan kontroversi berhubung keputusan Puteri Diana.

Seperti juga Dr Porntip, Vanezis hanya boleh memerhati bedah siasat kedua dilakukan kerana undang-undang Malaysia hanya membenarkan doktor tempatan melakukannya.

Bedah siasat kedua itu akan dilakukan oleh Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh. Beliau turut hadir ketika mayat Teoh digali semula, begitu juga dengan Dr Khairul Aznam dan Dr Prashant Samberker yang melakukan bedah siasat pertama dan membuat kesimpulan bahawa Teoh membunuh diri.

Perkhidmatan Dr Porntip adalah percuma kerana beliau merupakan kakitangan awam dan berada di sini atas urusan kerajaan dengan kerajaan.

Beliau adalah ketua pengarah Institusi Forensik Sains Pusat, yang terletak di bawah bidangkuasa Kementerian Kehakiman Thailand.

Kira-kira 50 petugas media, ramai daripada berpakaian hitam sebagai tanda menghormat upacara hari ini, hadir membuat liputan. Kira-kira 30 anggota polis turut berada di tempat itu.



Dari tingkat berapa pulak nak kena humban ni??


Harap SPRM Johor dapat cari bangunan yang paling tinggi kat Johor tu untuk lambung
sampah-sampah ni...
Kalau boleh buang sekali kepala sampah kat Putrajaya tuh!

Jangan tak humban pulak ye?
Di Selangor boleh?? RM2000 punya hal leh humban tingkat 14?
Ini kes sampah-sampah ini kurang-kurang tingkat 45!!
Ke MB Johor dah pesan suh buat tak tau?
Atau Hamid botak a.k.a pencen tu dah sound awal-awal?
hmmm.. makin melingkup SPRM Malaysia nih!

sunsnake 21.11.2009

6 pemuda Umno Kota Tinggi ditahan disyaki rasuah
Nov 20, 09 10:22pm
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi, Johor hari ini atas dakwaan rasuah.

Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.

Dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.

Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.

Difahamkan kesemua suspek kini disoal siasat di ibu pejabat SPRM negeri.

Pengarah SPRM negeri Simi Abdul Ghani enggan memberi komen berhubung tangkapan itu.

Ketua Umno bahagian Kota Tinggi Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata biarlah SPRM menyiasat perkara itu. - Bernama

UMNO-Untuk Agama?? Abah ehh!


Itulah yang berlaku bila Islam cuma sebut dibibir.. bukan turut disebut dihati..
Untuk Agama,Bangsa dan negara!!

Woii UMNO, Agama apo?? Agamo Abah eh?

Moga Allah jauhkan keturunan dan keluarga kita daripada spesis penjahanam bangsa ini!

sunsnake 21.11.2009

Siasat program Dana Bakti Remaja


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/danabaktiremaja.jpg
KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya menyiasat Program Dana Bakti Remaja yang dilaksanakan di negeri ini.

Ini kerana, program tersebut didakwa mempunyai unsur-unsur penyelewengan serta rasuah melibat pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya kira peruntukkan RM23 juta untuk program Dana Bakti Remaja itu menyalahi etika dan salah satu bentuk rasuah kerana duit kerajaan digunakan untuk kepentingan parti politik dan program politik tertentu sahaja,” tegasnya dalam satu sidang mediadi Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dekat sini, baru-baru ini.

(Gambar atas - Komander Program Dana Bakti Remaja Terengganu, Mohtadin Arim, memeluk seorang puteri umno pada hari akhir program tersebut bagi DUN Bukit Besi 5 November lalu. Itulah mungkin antara kandungan kursus yang diajar oleh Umno menerusi program Dana Bakti Remaja)


Beliau mendakwa program tersebut menyalahi etika serta merupakan satu bentuk rasuah kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, peruntukkan RM23 juta tersebut digunakan 100 peratus bagi ‘servival’ parti Umno dalam meningkatkan sokongan golongan belia remaja terhadap BN.

“Oleh kerana itu, kita (PAS) minta dana ini disiasat dari segi pemberian dan sasaran. Saya difahamkan ketika program ini dibuat peserta diminta menyanyikan lagu Umno.

“Jika berlaku kesalahan di kalangan peserta itu juga didenda dengan menyanyikan lagu Umno berulang kali.(klik lihat Video Klip)

“Ini bukan satu bentuk program yang sepatutnya guna duit kerajaan. Saya minta pihak SPRM dan pihak-pihak yang prihatin membuat penyiasatan. Ini benda besar duit rakyat RM23 juta dan bukan benda kecil,” tegasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/dinadamdanabaktiremaja.jpgManakala, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman yakin memberian serta penyalahgunaan duit rakyat melalui program Dana Bakti Remaja itu tidak menjamin sokongan rakyat terhadap Umno-BN.

Katanya, meski pun tujuan program tersebut bagi menarik pemuda dan pemudi menyokong Umno-BN tetapi rakyat bijak menilai.(Gambar kanan - Dato' Din Adam, ADUN Bukit Besi berucap dimajlis perasmian 3 November lalu)

“Kita (PAS) tahu dana remaja ini digunakan untuk menarik pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi hanya untuk kepentingan politik Umno sahaja dalam pilihan raya akan datang.

“Mereka (Umno) menggunakan duit ehsan khususnya untuk menarik golongan muda menyokong mereka (BN).

“Umno guna peluang (Dana Bakti Remaja) itu untuk daftar pengundi muda supaya memihak kepada mereka (BN),” ujarnya.

Namun begitu, katanya tidak semesti pemuda dan pemudi yang menyertai program tersebut akan memihak 100 peratus kepada Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.

“Bagi kita (PAS) daftar sebagai pengundi itu tidak semestinya orang (Pemuda) itu akan jadi Umno.

“Cuma itu (dana) menjadi satu tarikan atau ‘umpan’ dengan menggunakan duit kerajaan. Pemuda ini akan daftar dengan Umno dan ambil duit Umno.

“Tetapi semasa mengundi, kita (PAS) yakin mereka (Pemuda-pemudi) akan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka tidak mengundi BN,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa dukacita kerana isu program Dana Bakti Remaja pernah dibuat laporan kepada pihak SPRM yang waktu itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi tidak ada tindakan positif.

Bertuahnya PLUS.. Jual cendol pun ada time rugi


Mengalir ayormata teman bila terbaca betapa untungnya PLUS (baca-Barisan Nasional) setiap tahun!
Lagipun bini teman pernah keroje dengan PLUS sebagai tollgate girl dekat 6 tahun!
Selama itu tak pernah pun dia dengor ada PLUS bagi bonus pada pekerja sampai 6 bulan?
Paling-paling hebat pun 2 bulan..
Ikut kuota pulak tuh! chait!
Hari-hari kutip duit masuk poket Samy Vellu ka? Kompom!\

Yang kesiannya, tollgate girl/boy la..
gaji dah la naik paling hebat RM50 setahun!
OT bagai nak mampus pun rate OT rendah giler!
Kerja dari subuh santak ke tengah malam..
Yang kaya? Lu pikir la sendiri!!
sunsnake 21.11.2009

PLUS Catat Untung Sebelum Cukai Sebanyak RM1.187 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan

KUALA LUMPUR: PLUS Expressways Bhd merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 7.3 peratus atau RM1.187 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2009 berbanding RM1.106 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.

Kumpulan itu berkata peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dan pelunasan yang lebih tinggi ke atas asetaset konsesi, pendapatan kewangan yang rendah dan kos kewangan yang lebih tinggi susulan terbitan sekuriti Islam tambahan dengan jumlah terbitan paling tinggi sepanjang tempoh itu.

Perolehannya juga melonjak 6.94 peratus kepada RM2.325 bilion berbanding RM2.174 bilion sebelumnya.

Ia sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuhan trafik yang kukuh sebanyak 7.8 peratus di PLUS, 6.4 peratus di Elite, 9.2 peratus di Linkedua dan 2.8 peratus di Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim, berikutan perjalanan tempatan yang meningkat terutama semasa musim Hari Raya yang lepas.

"Walaupun ekononi lembab dalam beberapa suku, pertumbuhan trafik ayng kukuh sehingga September tahun ini, terutama PLUS, melebihi jangkaan kami," kata Pengarah Urusannya, Noorizah Abd Hamid hari ini.

"Berdasarkan sejarah, jumlah trafik akan lebih tinggi pada suku akhir tahun, berikutan cuti persekolahan yang panjang dan cuti perayaan. Oleh itu, kumpulan menjangkakan prestasi kewangan yang lebih baik untuk tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kumpulan itu juga merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 23.7 peratus sebanyak RM421.939 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2009 berbanding RM341.075 juta dalam suku sebelumnya.

Perolehan meningkat 13.67 peratus kepada RM815.177 juta berbanding RM717.153 juta sebelumnya.

Jumlah pinjaman PLUS ialah sebanyak RM10.9 bilion pada 30 Sept, 2009. BERNAMA

Friday, November 20, 2009

Tidak!!! Tak Mahu Mike Tyson!!!

Teman yakin berita-berita macam ni sebenarnya 'rubbish'!
Tak usah percaya walau sekupang pun berita Mat Tyson ni nak masuk PR!
Dan jangan gila la Pakatan Rakyat terutama PAS atau PKR terima dia ni..
DAP ok..

Kalau PAS @ PKR nak terima boleh.
Jangan bagi sebarang jawatan..
Jangan bagi dia bertanding atas tiket parti..

Biar dia buktikan keikhlasan dulu..

Masa Zaid Ibrahim masuk PKR dulu pun teman nak gak cadangkan..
Jangan bagi apa-apa jawatan kat mamat tuh..
dia terlalu-lalu asing.. Kena syak wasangka gak!
Kelak banyak sangat spesis Jamal Posmen Behrang, Osman Jailu Changkat Jering dan Badrol 'bodo' Port Klang!

sunsnake 20.11.2009



Muhd Taib serah tugas pada timbalan

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah mengamanahkan tugasnya sebagai ketua Umno bahagian Kelana Jaya kepada timbalannya, Datuk Yahya Bujang.

Beliau menyerahkan tugas tersebut kepada Yahya semenjak dipilih memegang jawatan ketua bahagian tersebut tahun lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Yahya berkata beliau diamanahkan menjalankan tugas-tugas Muhammad mulai Mei tahun lalu.

"Dia selalu ke luar negara, jadi dia amanahkan kepada saya untuk menjalankan tugas-tugas tersebut, termasuk menghadiri mesyuarat perhubungan negeri," kata Yahaya.

Beliau bagaimanapun menolak desas-desus mengenai kemungkinan Muhammad (kanan) akan keluar Umno.

Desas-desus itu tercetus ekoran kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di konvesyen PKR Selangor Ahad lalu bahawa Muhammad mengakui perubahan yang dilakukan di negeri itu oleh pemimpin Pakatan, ketika mereka bertemu minggu lalu.

Khalid juga mendakwa, dalam pertemuan itu, Muhammad juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar.".

"Saya kenal sangat Tan Sri Muhammad. Dia tu bekas bos saya, saya tak fikirlah dia akan keluar umno. Sangat susah untuk percaya dia akan buat begitu.

berita penuh

Kota Siputeh - UMNO tak nak tapi berlagak!


Teman ada member sorang yang begitu amat takjub riak angkuh sombong dengan gila Liverpoolnye!
Dalam keadaan Liverpool tengah teruk ni pun dia boleh sembang 'tinggi' lagi!
Yang teman dan 2-3 orang sahabat lain yang dok sokong MU,Chelsea & Arsenal ni dok layan jela ke'bongkak'an member sorang teman nie..
Sesekali kena 'bomb' ramai-ramai lari jugak member sorang teman ni..

Dah kalah, team tengah teruk pun nak cakap besaq lagi wooo!!
hehehehehe.. gila bola.. macam ni laaa..

sunsnake 20.11.2009

Umno harap tiada p'raya kecil di Kota Siputeh
Abdul Rahim Sabri
Nov 20, 09
5:05pm
Umno Kedah berharap tidak ada pilihan raya kecil bagi DUN Kota Siputeh tetapi parti itu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Bagaimanapun, Umno yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar ekoran terdapat petanda pengundi akan kembali menyokong parti itu, kata Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah.

Katanya, berdasarkan maklumbalas, sekiranya 40 peratus pengundi menyokong pembangkang tahun lalu, kembali menyokong BN, maka kerusi Kota Siputeh akan dapat dikekalkan.

"Rakyat melihat pemimpin yang di atas, tengok apa yang Datuk Seri Najib Tun Razak (perdana menteri) lakukan.

"Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh orang nombor satu, saya yakin sokongan rakyat akan kembali kepada BN. BN ada keyakinan untuk kembali meningkatkan majoriti di Kota Siputeh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas peluang BN untuk mengekalkan kerusinya di Kota Siputeh berdasarkan majoriti yang diperolehinya tahun lalu sangat berkurangan (495), berbanding dengan majoriti 1,573 undi pada 2004.

berita penuh