Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, November 20, 2009

Santokh Singh koma...



Sememangnya sejarah bolasepak malaysia amat menarik jika disingkap!
kekentalan semangat pemain-pemain era dahulu amat hebat dan menakjubkan!
Santokh Singh antara pemain Lagenda Bolasepak Malaysia dan Selangor yang amat dikenali oleh peminat-peminat bolasepak tanahair.

Semoga cepat sembuh dan berbakti Uncle Singh!


Santokh Singh kini koma di HKL
Nov 20, 09 7:27pm
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Santokh Singh masih koma sejak pengsan di kediamannya empat hari lepas.

Santokh, 57, kini mendapat rawatan pakar di Unit Rawatan Rapi Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan berada dalam keadaan stabil.

Isteri kepada pemain yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972 itu, Taljit Kaur berkata suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit sebelum pengsan pada kira-kira pukul 11 pagi di kediamannya di Setapak, Isnin lalu.

"Sebelum ini saya lihat beliau begitu sihat malah sempat mengendalikan program kejurulatihan sehari sebelum itu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Taljit berkata sehingga kini doktor belum dapat mengenal pasti penyakit yang dihadapi suaminya namun doktor hanya maklumkan Santokh mengalami jangkitan virus.

Sementara itu, setiausaha agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Amin yang mengunjungi Santokh berkata pengorbanan pemain di posisi pertahanan Malaysia pada era kegemilangannya pada tahun 1970-an tidak ternilai dan berharap semua peminat bola sepak tempatan mendoakan agar Santokh segera sembuh.

Yang turut hadir melawat beliau ialah bendahari FAS, S Siva Sundram dan bekas rakan sepasukan yang pernah bersama beliau dalam skuad Selangor.

"Beliau bukan hanya legenda bolasepak bagi pasukan Selangor malah boleh dikatakan sebagai legenda bolasepak Malaysia yang telah banyak menyumbang jasa kepada negara.

"Bagi membantu Santokh, FAS akan berusaha untuk memberi semua kemudahan yang diperlukan oleh beliau dan keluarga sebagai tanda penghargaan bagi dirinya," katanya. BERNAMA

Wakil rakyat BN sentiasa bersuara! Kecuali seorang...

Wakil rakyat BN sentiasa bersuara

ALOR SETAR 19 Nov. - Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bukan sahaja bersuara malah malah lantang mengkritik kerajaan negeri setiap kali Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bersidang.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, perkara dibangkitkan meliputi kepincangan dalam kerajaan negeri seperti isu sampah, bekalan air, zakat, Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan sebagainya.

Beliau berkata, kelantangan wakil rakyat BN yang majoritinya daripada UMNO termasuk pada sidang Dewan ketika ini yang dijangka berakhir Ahad ini.

"Contohnya dalam sidang terbaru, 10 wakil rakyat kita telah membangkitkan pelbagai isu, itu belum lagi yang bakal bangun untuk meminta penjelasan daripada kerajaan negeri pada sidang yang akan bersambung Ahad ini.

"Siapa kata kita tidak bersuara," kata beliau yang mewakili kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas luahan tidak puas hati seorang pengadu dikenali Tan Melaka dalam Forum Utusan Malaysia hari ini yang mempersoalkan mengapa perasaan tidak senang rakyat terhadap kerajaan negeri tidak disuarakan oleh wakil-wakil rakyat BN dalam DUN Kedah atau menerusi akhbar.


Bekas ADUN Kota Siputeh buat rayuan

17/11/2009 3:45pm

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif yang disingkirkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, hari ini memfailkan notis rayuan untuk merayu berhubung keputusan tersebut ke Mahkamah Rayuan.

Abu Hassan daripada Barisan Nasional (BN) memfailkan notis rayuan melalui peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pukul 1.35 petang.

Semalam, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengishtiharkan berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh ekoran Abu Hassan tidak menghadiri dua persidangan dewan DUN secara berturut-turut.

Beliau memutuskan demikian ketika membenarkan permohonan semakan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN.

Abdul Isa memohon mahkamah mengistiharkan Abu Hassan bukan lagi seorang ADUN ekoran kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos lalu dan kerusi tersebut adalah kosong.

Abdul Isa juga memohon perintah supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil yang baru.

Beliau memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober lalu selepas SPR putuskan kerusi Kota Siputeh, Kedah, kosong dan Abu Hassan masih seorang ADUN. - Utusan


Alahaiii!! sendiri mau pikir leee..

sunsnake 20.11.2009

Simpati buat Mangsa kem 1Malaysia..

Teman harap selepas ini tiada lagi pembodek-pembodek Najib yang durjana nak buat khemah 1Malaysia kat mana-mana pun!

Cukuplah apa yang terjadi..
Tak dapat teman bayangkan pilunya hati ibubapa kana-kanak malang ini pabila
melihat slip keputusan UPSR anaknya yang cemerlang itu!

Bagaimanapun, teman harap keluarganya tabah dan teruskan dengan usaha saman ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Semoga juga mahkamah tidak di'lacurkan' dalam kes ini..
Maklumlah.. Mahkamah di Perak la ni dah sasau!

sunsnake 20.11.2009

Murid mangsa tragedi jambatan runtuh dapat 4A


K. Vasudevan dan isterinya, R. Kanakam bersama dua lagi anak perempuannya melihat keputusan peperiksaan UPSR mendiang anak mereka, V. DivyaShree yang mendapat 4A 3B di Changkat Golf, Gopeng, Perak, semalam.


IPOH 19 Nov. - Sukar untuk menggambarkan perasaan ibu bapa apabila melihat slip keputusan 4A 3B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sedangkan anak yang menduduki peperiksaan itu sudah tiada lagi.

Begitulah hakikat yang dihadapi keluarga mendiang V. Divyashree, 12, pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng yang lemas dalam insiden jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, 26 Oktober lalu.

Bapanya, K. Vasudevan, 43, berkata, kejayaan tersebut kurang bermakna kerana anaknya sendiri tidak dapat meraikan hasil kerja keras untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pelajaran.

"Sewaktu percubaan UPSR, Divyashree dapat 5A 2B. Walaupun pencapaian sebenar merosot tetapi saya tahu dia sangat gembira dengan keputusan ini.

"Sejak kecil dia memang budak yang pandai. Banyak subjek dia dapat markah 100 peratus malah bercita-cita untuk menjadi doktor pakar tulang apabila besar nanti," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Changkat Golf, Gopeng dekat sini hari ini.

Divyashree merupakan satu daripada tiga pelajar yang lemas dalam insiden jambatan gantung runtuh semasa mengikuti Kem 1Malaysia di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang.




Cerita berantai


Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama
seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Wakakaka... .penat aku nak tulih lagi nie....

Mekah - Islam Agama Yang Benar!

Kerdilnya kita penduduk bumi ini...