Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, November 20, 2009

Simpati buat Mangsa kem 1Malaysia..

Teman harap selepas ini tiada lagi pembodek-pembodek Najib yang durjana nak buat khemah 1Malaysia kat mana-mana pun!

Cukuplah apa yang terjadi..
Tak dapat teman bayangkan pilunya hati ibubapa kana-kanak malang ini pabila
melihat slip keputusan UPSR anaknya yang cemerlang itu!

Bagaimanapun, teman harap keluarganya tabah dan teruskan dengan usaha saman ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Semoga juga mahkamah tidak di'lacurkan' dalam kes ini..
Maklumlah.. Mahkamah di Perak la ni dah sasau!

sunsnake 20.11.2009

Murid mangsa tragedi jambatan runtuh dapat 4A


K. Vasudevan dan isterinya, R. Kanakam bersama dua lagi anak perempuannya melihat keputusan peperiksaan UPSR mendiang anak mereka, V. DivyaShree yang mendapat 4A 3B di Changkat Golf, Gopeng, Perak, semalam.


IPOH 19 Nov. - Sukar untuk menggambarkan perasaan ibu bapa apabila melihat slip keputusan 4A 3B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sedangkan anak yang menduduki peperiksaan itu sudah tiada lagi.

Begitulah hakikat yang dihadapi keluarga mendiang V. Divyashree, 12, pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng yang lemas dalam insiden jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, 26 Oktober lalu.

Bapanya, K. Vasudevan, 43, berkata, kejayaan tersebut kurang bermakna kerana anaknya sendiri tidak dapat meraikan hasil kerja keras untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pelajaran.

"Sewaktu percubaan UPSR, Divyashree dapat 5A 2B. Walaupun pencapaian sebenar merosot tetapi saya tahu dia sangat gembira dengan keputusan ini.

"Sejak kecil dia memang budak yang pandai. Banyak subjek dia dapat markah 100 peratus malah bercita-cita untuk menjadi doktor pakar tulang apabila besar nanti," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Changkat Golf, Gopeng dekat sini hari ini.

Divyashree merupakan satu daripada tiga pelajar yang lemas dalam insiden jambatan gantung runtuh semasa mengikuti Kem 1Malaysia di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang.




0 comments: