Thursday, November 5, 2009
Situasi semasa politik Malaysia!
MCA
Dah macam jatuh hukum wajib bubar!
Presiden dah kena reject dengan ahli-ahli
Timbalan yang dulu dah kena pecat!
Lantik timbalan yang baru,
baru 19 hari jadi timbalan dah ROS kata timbalan dulu tu sah!
Dah jadi ada 2 timbalan pulak!
PPP
Ntah apa status la ni?
err.. ada lagi ke parti ni?
MIC
Hanya Allah SWT dan Samy vellu je tahu apa nak jadi dengan parti ni
UMNO
Nampak macam dah OK..
Tambah-tambah dah menang PRK Bagan Pinang
Konon menang 1 tu dah kira menang Malaysia laaa..
walhal yang kalah lagi 8 sebelum tu nak campak mana?
PKR
semak balik ADUN dan MP yang dok masih ada lagi la ni..
kaji balik status 'keimanan' mereka..
status 'kewangan' mereka..
status 'educated' mereka..
jangan ada yang bankrupt macam Osman Changkat Jering
jangan ada yang bodoh macam Jamal Posmen Behrang
jangan ada yang 'otak kurang upaya' macam Yee Jelapang!
jangan ada yang completed 'bangang' macam Badrul Port Klang!
jangan ada yang tak tahu apa macam Radzi Lunas pak hang!
Dan dalam masa yang sama..
jangan masuk campur rumahtangga orang!
PAS
Yang dok kalut layan sangat orang luar ni apahal?
Yang dok heran sangat dengan tulisan Aziz Bari tu apahal?
Dia pi usrah ka? dia pi meeting harian ka?
dia pi meeting kawasan ka?
sebabkan dia punya statement semua jadi gelabah apsal?
apa yang baik dalam statement dia jadikan panduan
apa yang tak baik jadikan sempadan..
ini ada pimpinan yang tiba-tiba suka benar dok bercakap depan wartawan media UMNO!
aphal? dah boring layan wartawan harakah ka? teringin nak masuk Buletin Utama?
chaitt!!
Cukup-cukuplah.. ini bukan masanya nak jatuhkan siapa..
ini bukan masa nak 'korban'kan siapa..
ini semua cadangan orang luar..
tak semestinya kita kena ikut..
dan tak semestinya kita kena tolak..
kata cerdik.. jangan sampai tak boleh diikut..
kata bodoh.. jangan sampai tak boleh diajar.
DAP?
hmmm.. apa ye?
sunsnake 5.11.2009
Wednesday, November 4, 2009
Fuh! Seksenye demam wehh!!!
Salam,Fuhhh.. bukan main seksanya kena demam kali nie..
Memang tumpo sungguh-sungguh ni wehh!!
Rasa nak pecah kepala teman menanggung betapa pening dan dizzynye!
Sampeikan terpaksa teman solat sambil duduk!
abehh!! nak mengangkat kepala pun rasa macam bergegor rumah nih!
Rasa macam otak tak melekat dalam kepala, dok berpusin-pusin macam buah laici dalam sirap laici gelas besor!
Gi Klinik pulak,
awek klinik tu dok layan teman macam teman ni nak amik MC semata-mata je!
weii.. sorry aaa.. teman tahun ni amik MC boleh kira dengan jari sebelah tangan je tau!
Tahun lepas ye la kena campor dengan jari kaki baru dapat cukup! eheheheh!
Tahun ni teman dah insaf! abehh!!
Tahun lepas kawan-kawan semua dapat bonus full, teman dapat 3/4 je!!
adusshhh!! naya la macam ni!
Gitulah teman kalau demam, nak kena demam memang payah!
rasanya last teman demam 2-3 bulan dulu..
itupun demam-demam ayor je..
Ini demam yang siap dengan penin, muntah, cirit-birit, sakit perut, sakit hati
dan paling kesian sakit poket!
Bulan ni memang payah skit kewangan teman..
maklumlah.. bulan lepas dah lalui musim perayaan,
sebelum tu musim renew insuran kete dan kena buat majlis birthday anak sulong..
Perghhh!! memang slow la skit nak stabil.. hehehe..
kena baca ayat seribu dinar banyak2 nih!!
jangan lupa solat dhuha!
Moga Allah ringankan masalah dan luaskan rezeki! Amin!
sunsnake 4-11-2009
Bagus! Mulakan dengan Perdana Menteri Malaysia ke-6!
Pegawai Salah Laku, Seleweng Wang Awam Akan Dikenakan Tindakan - KSN KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pegawai awam yang secara terang melakukan kesalahan dalam pengurusan wang awam sepertimana yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Bagi Tahun 2008 akan dikenakan hukuman, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Mohd Sidek, yang mempengerusikan pasukan petugas bagi menentukan bentuk tindakan yang akan diambil ke atas pihak-pihak yang didapati cuai atau melanggar peraturan dan prosedur dalam pengurusan wang awam, berkata terdapat empat jenis tindakan yang boleh diambil dalam kes salah laku/penyelewengan dalam pengurusan wang awam iaitu:
* surcaj di bawah Akta Acara Kewangan 1957;
* tindakan tatatertib di bawah Perintah-perintah Am, Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai awam yang telah bersara tidak boleh dikenakan tindakan disiplin atau surcaj. Namun mereka boleh dikenakan tindakan sivil atau jenayah;
* pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan ke atas kes-kes salah laku seperti yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu supaya tindakan undang-undang seterusnya boleh diambil. Sehubungan ini pihak PDRM akan turut menganggotai pasukan petugas; dan
* tindakan sivil di mahkamah jika terdapat cukup bukti.
Ketua Setiausaha Negara berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu berikutan mesyuarat pertama Pasukan Petugas Mengkaji Laporan Ketua Audit Negara Bagi Tahun 2008 yang dipengerusikannya Isnin lepas (2 Nov 2009).
Mesyuarat dihadiri Peguam Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Audit Negara, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Mohd Sidek berkata mesyuarat itu antara lain bersetuju bahawa tindakan yang akan diambil akan berasaskan kepada fakta-fakta yang jelas dan akan turut mengambil kira peringatan Perdana Menteri iaitu tindakan tidak sepatutnya dikenakan dalam kes di mana seseorang pegawai membuat sesuatu keputusan dengan niat yang jujur, kesalahan-kesalahan yang tidak disengajakan atau berpunca daripada faktor-faktor di luar kawalannya.
"Prinsip asas yang akan diutamakan oleh pasukan petugas dalam mengambil tindakan ialah memastikan ia mampu menerapkan budaya tadbir urus yang baik dalam Perkhidmatan Awam sekali gus menjurus kepada prinsip budaya prestasi tinggi," katanya.
Mohd Sidek berkata pasukan petugas akan meneliti kes-kes secara berperingkat dengan mendahulukan kes-kes yang banyak berlaku dan tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan dan pekeliling-pekeliling Perbendaharaan seperti pembayaran telah dibuat tetapi barang tidak diterima, perkhidmatan tidak dilaksanakan dan perolehan barangan atau perkhidmatan tidak mengikut spesifikasi.
"Bagi kes-kes sebegini tindakan surcaj di bawah Akta Acara Kewangan 1957 dan tindakan tatatertib di bawah Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil terhadap mereka yang terlibat," katanya.
Mohd Sidek berkata tindakan ke atas kes-kes salah laku akan diambil secara berperingkat, iaitu sebaik sahaja siasatan ke atas satu-satu kes itu selesai.
Beliau juga berkata dalam menjalankan tugasnya pasukan petugas akan memberi fokus kepada prinsip asas iaitu tadbir urus pengurusan kewangan awam yang baik.
"Anggota-anggota Perkhidmatan Awam yang diberi tanggungjawab perlu mengamalkan budaya prestasi tinggi. Untuk ini mereka yang berprestasi cemerlang akan diberi ganjaran sewajarnya tetapi kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan penyalahgunaan kuasa, mediokrasi, kecuaian, pelanggaran peraturan dan prosedur pengurusan wang awam yang disengajakan sepertimana yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Bagi Tahun 2008," katanya.
Mohd Sidek juga berkata pasukan petugas itu, yang penubuhannya diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Okt lepas, akan bermesyuarat pada setiap minggu dan merancang untuk menyelesaikan tugasnya selewat-lewatnya pada bulan April 2010.
Salah jika minta bonus, minta komisen ok!

Silap timing la Incik Omar Osman minta bonus!! Masa gawat-gawat ni kroni pun miss-miss projek takkan tergamak PM nak luluskan bonus? Ko ni betul giler glamour la Incik Omar Osman!
Ingat ahli-ahli ko akan anggap ko umpama 'god' ke jika kerajaan dengor cakap kamu minta bonus nih? Chaitt!!! Piirraaaa mabuk!!!
Siap samakan kesusahan bumiputera dengan handicap golf lagik!!!
errr.. handicap tu apa ye? macam nama kereta omputih je?
Tanya Pak Maun, Ketua UMNO kampung Hulu Semambau, Hulu Perak!
Lagipun Pilihanraya Umum ke-13 lambat lagi.. So, There is no urgency to do that!
Nak kata ada YB mati pun takde dengor pun lagi.. kekalau ada nanti, cuba-cuba la suarakan balik permintaan bonus tuh!! itupun kalau yang mati tu YB PR laa.. kalau kawasan totok UMNO.. memang serupa tak payah laaaa... kah kah kah!
sunsnake 4.11.2009
Salah Di Segi Moral Untuk Meminta Bonus - Najib
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.
"Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.
Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.
"Di dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku di dalam perkhidmatan kerajaan.
"Bagaimana pun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan.
"Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka.
"Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi yang kedua terbaik, tingkatkan prestasi mereka.
"Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya, sambil menyatakan bahawa "ia seperti permainan golf, sedikit handicap, tetapi mereka perlu mengurangkan lebih masa, dari 24 kepada 18, 12 dan kemudiannya satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain.
"Ia juga sama dengan Bumiputera; dari masa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing.
"Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa. Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkannya perlahan-lahan.
Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa berucap di Forum Majlis makan Tengah Hari Perniagaan Bankers' Club.
Dua pakej rangsangan RM67 bilion kerajaan telah membantu menampan kesan kemelesetan ekonomi global.
Sehubungan itu, ekonomi negara ini dijangka mengecut hanya 3.0 peratus pada tahun ini, iaitu lebih rendah daripada unjuran lebih awal iaitu penguncupan sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini dijangka mengembang kira-kira 3.0 peratus pada tahun depan.
Kerajaan telah mengambil langkah berani untuk mengurangkan defisit Kerajaan Persekutuan pada tahun depan kepada 5.6 peratus berbanding 7.4 peratus tahun ini.
--BERNAMA
Liverpool - Benitez congak masa depan?
Masa depan saya kini menentang Lyon - Benitez
![]() |
| Rafael Benitez mengakui masa depannya bersama Liverpool banyak bergantung kepada perlawanan menentang Lyon dalam saingan bola sepak Liga Juara-Juara, esok. - AFP |
PARIS - Juara Eropah lima kali, Liverpool bakal berdepan penyingkiran awal dari Liga Juara-Juara andai gagal mengatasi masalah kecederaan untuk menundukkan Lyon di Perancis, hari ini.
Kedudukan ketika ini, sebaliknya cukup selesa buat Lyon, Sevilla dan Arsenal untuk meneruskan cabaran ke peringkat kalah mati.
Liverpool tidak boleh kalah lagi dalam baki tiga saingan Kumpulan E. Mengusutkan lagi keadaan, skuad Reds itu akan berkunjung ke Lyon pada ketika dua tonggak penting, Steven Gerrard dan Fernando Torres bergelut dengan masalah kecergasan.
Malah, ada laporan mendakwa terdapat sekurang-kurangnya ada 12 pemain Liverpool cedera dan mungkin terlepas perlawanan itu.
Jika Lyon menang dan Fiorentina mengalahkan kelab Hungary, Debrecen di Itali, Lyon akan kekal sebagai pendahulu Kumpulan E dengan 12 mata, diikuti Fiorentina sembilan. Liverpool dengan tiga mata hanya mampu pasrah dalam baki dua perlawanan.
Benitez ketika ditanya tentang masa depannya selepas kekalahan kepada Fulham, secara ringkas berkata: "Masa depan saya adalah menentang Lyon."
Bagaimanapun jurulatih dari Sepanyol itu jelas kelihatan amat terdesak ketika ini.
"Kami kena fikir tentang apa yang perlu kami lakukan sekarang. Kami berdepan terlalu banyak kecederaan dan saya akan menganalisis setakat mana pemain yang kami ada,'' ujarnya.
Lyon, yang mengejutkan Liverpool di Anfield sebaliknya bebas daripada kecederaan dan sedia membariskan skuad terbaik dalam usaha mencari satu lagi kemenangan.
Secara teorinya, mereka turun tanpa tekanan, malah seri juga sudah memadai untuk membawa pasukan itu melangkah ke pusingan seterusnya.
Selain Lyon, Sevilla merupakan satu lagi pasukan yang telah memenangi kesemua tiga perlawanan terdahulu apabila turun menentang Stuttgart hari ini.
Kelab Sepanyol itu sudahpun menumpaskan Stuttgart 3-1 ketika bertemu di Jerman, dua minggu lalu dan pertemuan ulangan di tempat sendiri dilihat memberi kelebihan kepada mereka.- AFP
Sebenornya ini je punca Liverpool drop sangat season nie.. sepatutnya dia dapatkan pengganti midfield yang setara dengan alonso nie.. sport rim ganas tapi enjin kancil 660 memang hampeh leeee!!!
Gerrard 'devastated' by Alonso exit
Steven Gerrard was "devastated'' when Xabi Alonso left Liverpool and believes the club's current troubles are evidence of the size of the hole Alonso has left in Rafael Benitez's engine room.

JonBuckle/Empics
Xabi Alonso points south towards Madrid, his next destination
Liverpool captain Gerrard, who is currently injured, forged a good understanding with Alonso in midfield and paid him perhaps the biggest compliment by suggesting Alonso's absence has been the "difference in us from last year".
Alonso moved on to Real Madrid in the summer, since when Liverpool have struggled for form in the Premier League and Champions League. It was a move which hit Gerrard hard.
"Devastated, yeah. Devastated. But there was nothing I could do about it,'' he told FourFourTwo magazine. "Xabi said a long time ago that he wanted another chapter in his career and finally he got it and his team-mates and the coaches couldn't stand in his way. We just have to say thanks and move forward without him.''
Tahniah YAKEB!
Memang sepatutnya ahli-ahli sukan negara kita dibantu sehabis baik oleh pihak yang berwajib terutamanya Kementerian Belia dan Sukan.
Bukan atlet sahaja, rakyat terbanyak pun WAJIB dibantu terutama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Jangan dok prihatin masalah sakit golongan artis ajaaa...
Selalu sangat kita dengor kes-kes rayuan sumbangan daripada ibubapa yang anak deme nak kena operate jantung atau hati.
Dan ada yang sampai hingga anak mereka mati, duit masih tak cukup!!
Malang betul kes macam ni berlaku di negara yang mengaku kaya dan mengutamakan rakyat nih!
Moga ianya tidak berulang lagi..
Wallahua'lam.
sunsnake 4.11.2009
Yakeb tampung kos perubatan Yahya Jusoh
KUALA LUMPUR - Yayasan Kebajikan Atlet (Yakeb) bersetuju untuk menampung sepenuhnya kos rawatan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Yahya Jusoh yang kini menderita akibat sakit saraf sejak tiga bulan lepas.
Pengerusi Eksekutif Yakeb, Datuk Dr Mumtaz Jaffar berkata, bekas pemain pertahanan yang digeruni pada tahun 1970-an itu akan mula mendapat rawatan di sebuah hospital pakar di Petaling Jaya hari ini.
"Esok kita akan bawa Yahya bertemu dengan doktor pakar bagi mengenal pasti jenis penyakit dan rawatan yang sesuai untuknya.
"Yakeb juga akan memantau perkembangan Yahya dari semasa ke semasa bagi memastikan bahawa beliau mendapat rawatan yang sebaiknya," kata Mumtaz kepada pemberita di sini, semalam.
Mumtaz berkata, Yakeb akan menganjurkan satu pertemuan antara Yahya dan kawan-kawannya bagi memberi semangat kepada beliau sebelum menjalani pembedahan nanti.
"Kita harap Yahya akan segera sembuh dan dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa," katanya.
Sementara itu, Yahya berkata, beliau amat berterima kasih dengan keprihatinan dan kesungguhan Yakeb dalam membantunya dan juga bekas-bekas atlet yang lain.
"Saya rasa terharu dengan keprihatinan Yakeb yang menghargai jasa dan sumbangan bekas-bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negara satu masa dahulu dan ini adalah satu penghormatan buat semua atlet," katanya. - Bernama
