Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, May 15, 2012

Unit Amal PAS Pengkhianat Melayu!!!



"Hello bro.. boleh minta tolong sikit... Jumaat malam ini minggu , Dato' Seri Anwar akan turun kita punya area.. boleh kasi tolong kaa?? Itu Tentera merah?" sahabat teman berbangsa India call

"Ya Anand... tentera merah?? apa tu??" teman soal balik buat-buat tak faham..

"Itu Amal laa.. apaa? Unit Amal itu uniform merah punyaa... berani punya team!" terang sahabat teman..


"Okeh! nanti saya tanya sama itu Pengarah Amal Hulu Selangor.... apa2 saya kasi call balik sama you.. ok?"

'Wokkey! terima kasih bro!"


itulah sedikit perbualan teman dapat call daripada sahabat PKR..

hmmmmm.. termenung gak teman... mereka lebih yakin minta bantuan Unit Amal untuk kawal keselamatan..

hehehehe...



budakbalun 15052012

Bersih 3.0: Wong hantar bunga untuk Unit Amal



KUALA LUMPUR, 15 Mei: Unit Amal PAS menerima dua jambangan bunga hiasan daripada peserta Bersih 3.0 berbangsa Cina sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang mereka pada perhimpunan tersebut.

Wong Kow Kong, 58, menghantar sendiri bunga tersebut ke Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, semalam dan diterima seorang Unit Amal yang bertugas di pejabat.

Bunga tersebut dikepilkan dengan sekeping kad bertulis " Kepada semua ahli Unit Amal yang bertugas pada hari 428 Bersih 3.0 2012", "Terima kasih banyak-banyak",  Salute to all of you,  When injustice become law, membantah adalah tanggungjawab kita", dan "hidup hidup hidup rakyat".

Wong ketika dihubungi hari ini berkata, beliau dan keluarga sangat berterima kasih terhadap anggota Unit Amal yang bertugas menjaga keamanan pada perhimpunan tersebut.

Beliau berharap pemberian bunga tersebut dapat menggembirakan hati anggota-anggota Unit Amal atau turut digelar 'Tentera Merah'.

"Saya nak ucap terima kasih kepada Unit Amal sebab banyak tolong peserta-peserta pada Bersih 3.0.

"Bunga itu satunya daripada saya dan keluarga dan satu lagi daripada kawan saya. Saya harap mereka suka bila terima bunga itu," katanya yang merupakan seorang tukang jahit dan mempunyai kedai jahit di Damansara.

Menurut Wong, sewaktu perhimpunan tersebut, beliau berada di Jalan Tun Perak dan melihat sendiri bagaimana Unit Amal bertugas menjaga peserta-peserta.

Malah katanya, beliau yang turut menyertai perhimpunan Anti ISA dan Bersih 2.0 sangat senang dengan kewujudan Unit Amal di lokasi perhimpunan.

"Saya memang sudah biasa dengan Unit Amal. Setiap kali perhimpunan, saya tengok dengan mata kepala sendiri mereka bersusah payah bertugas," katanya.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa Unit Amal bertindak ganas sewaktu perhimpunan.

"Kalau saya tengok Unit Amal ganas, saya tak akan bagi mereka bunga," katanya sambil ketawa.

Seramai 4,000 anggota Unit Amal dari Semenanjung Malaysia bertugas pada perhimpunan 28 April lalu.

3 comments:

Anonymous said...

Unit Amal,sebak terasa setiap kali terlihat keikhlasan yang terpampang di wajah kalian sewaktu menjalankan setiap tugasan...ALLAH,Rahmati dan berkatikanlah segala amal yang mereka lakukan...Amin

Anonymous said...

khianat kat melayu unmnoo bolih memang digalakan.
asal jangan khianat seperti haram jadah.

Mdsaf Kyo said...

tak tahan dengan tajuk la...