Thursday, March 22, 2012
Wanita UMNO Selangor hebat! Syabas!
Dah punya lah terang..
Dah punyalah nyata..
Dah punyalah details...
Dah punyalah tak boleh selindung...
Betapa tak amanahnya Ketua Wanita UMNO Malaysia nih!
Betapa kayanya dia,suami dan anak beranak disebabkan oleh projek NFC nih!
Dan betapa slumbernye dia pertahan jugak walaupun dah habis terselak kain!
Dan paling malang...
Wanita UMNO Selangor ni masih buta perut takde akai dok sokong lagi!
Woit!
Sudah-sudahlah tu makcik oiiiii!
Sudahlah tu kak oiii!
Sudahlah tu puteri oiii!
Jom selamatkan Malaysia!
budakbalun 22032012
'PM seru Wanita bersama Shahrizat'
Wanita Umno Selangor menolak gesaan supaya ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada pergerakan itu kerana ia bertentangan dengan seruan Datuk Seri Najib Razak yang mahu mereka berdiri teguh belakangnya.
Ketuanya Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah mendedahkan, seruan itu dibuat oleh presiden Umno ketika mengadakan pertemuan bersama exco Wanita Umno Malaysia di Putrajaya Jumaat lalu.
"Jumaat lalu, exco wanita ke pejabat perdana menteri. Pada pertemuan itu perdana menteri meminta agar Shahrizat terus menerajui Wanita Umno kerana beliau (Shahrizat) seorang yang disenangi dalam jentera parti.
"Malah pelbagai pendekatan yang telah dia lakukan bersama Wanita Umno seperti menubuhkan Skuad Sayang dan sebagainya," kata Raja Ropiaah pada sidang media di Hotel Bluewave, di Shah Alam hari ini.-Mkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
baca ni pulak
http://wasukalu.blogspot.com/2012/03/kak-fidah-help.html
Post a Comment