Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 8, 2012

Baling Selipar Talak Untung Maaa!

Kalau yang dibaling tu selipar jepun nie.. kompom kena!! wakakaka!


Simpati teman pada Imam yang kena penjara sebab baling selipar kat hakim (walaupun tak kena!)
Ironinya... hukumannya sama pulak macam kena kat Khir Toyo atas kesalahan rasuah!

Rasuah juta-juta = baling selipar ke hakim?

Baiklah kena hukum sebab rasuah juta-juta!
Masuk penjara setahun lepas tu keluar dah jadi jutawan!
anak bini yang tinggal di luar penjara pun makan tak habis!

Yang kena penjara sebab baling selipar nie?
Keluar sok silap-silap laaagi melarat!
Anak bini yang ditinggal entahlah... apa lah nasib!

moga Allah SWT bantu...

budakbalun 08032012

Imam baling selipar dipenjara setahun

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang penjawat awam, Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan lelaki itu membaling selipar ke arah panel hakim.

Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin (kanan) ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.

Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.-mkini

0 comments: