Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, February 24, 2012

Jangan Jadi Jahil Muraqab! Gi Ngaji!


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

ISU BAI’AH : PEMUDA PAS TAWAR KHIDMAT PENERANGAN KEPADA TUN DR MAHATHIR

01 Rabi’u al-Akhir 1433 bersamaan 23 Febuari 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat terkejut dengan apa yang telah dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir di dalam satu kenyataannya bertarikh 22 Febuari 2012. Menurut apa yang dilaporkan di dalam Berita Harian, beliau cuba membidas kenyataan Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang yang meminta setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai isu ba’iah hanya menampakkan kejahilan beliau di dalam agama. Bai’ah adalah satu perjanjian di antara dua pihak yang menuntut kepada kesetiaan. Bai’ah yang dilakukan di dalam PAS bukan seperti mana ikrar atau sumpah yang diucapkan oleh ahli UMNO dalam memberi kesetiaan dan ketaatan kepada pemimpinnya.

Adapun kenyataan beliau mengenai seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah ta’ala dan mengiktiraf Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai pesuruh Allah dan tidak perlu berbai’ah kepada pemimpin yang hanya orang biasa sangat-sangat berlawanan dengan ajaran Islam.

Ketundukkan dan penyerahan diri kepada Allah dan mengiktiraf Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai perantara bagi risalahNya adalah satu penyerahan jiwa dan ketundukkan yang total tanpa diikat dengan syarat. Dewan Pemuda PAS merasa tindakan Tun Dr Mahathir dalam menyamakan konsep bai’ah [janji setia] kepada pimpinan mengikut perspektif Islam dengan penyerahan diri kepada Allah dan rasul Nya adalah satu contoh yang salah.

Firman Allah di dalam surah al-Nisaak ayat 59 berbunyi :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu…”

Ayat tersebut jelas memberitahu kita bahawasanya “taat setia” kepada pemimpin itu mestilah didasari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul. Inilah sebenarnya konsep bai’ah yang terdapat di dalam Islam. Hal ini diikat pula dengan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu” [Riwayat Muslim]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah meninggalkan kita garis panduan atau had sempadan dalam memberi ketaatan kepada hamba Allah yang lain. Termasuklah di dalamnya pemimpin. Kesimpulannya bai’ah itu adalah satu ketaatan bersyarat dan sekiranya syarat-syarat tersebut ternafi maka terbatallah bai’ah. Demikian juga di dalam PAS, kita mempunyai janji untuk taat setia dan menjadikan landasan Islam sebagai syaratnya.

Dewan Pemuda PAS juga melihat kenyataan Tun Dr Mahathir yang menafikan hak pemimpin di dalam Islam untuk dibai’ah apabila beliau menyebut, "tidak ada perlu baiah kepada sesiapa...bukan pun Nabi, jadi nak baiah buat apa?". Kenyataan seperti ini hanya memperlihatkan betapa beliau adalah seorang yang jahil di dalam sejarah Islam yang mana telah berlaku banyak peristiwa bai’ah semasa era khulafa selepas kewafatan Rasulullah.

Dewan Pemuda PAS ingin bertanya kepada Tun Dr Mahathir, sekiranya bai’ah yang jelas sejarahnya dan hukumnya di dalam Islam itu dinafikan oleh beliau mengapa beliau tidak menafikan sekali ikrar ahli UMNO dalam memberikan taat setia kepada pimpinannya ? Mengapa perlu diberikan ikrar taat setia kepada UMNO sedangkan sering kita dapati pimpinan UMNO banyak buat salah dari sudut moral dan agama ?

Pemuda PAS sedia menawarkan kepada Tun Dr Mahathir sesi pengajian untuk memberikan kefahaman mengenai isu bai’ah ini.

Disediakan oleh,

Dr Raja Ahmad al-Hiss

Naib Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

6 comments:

Anonymous said...

aku pun setuju, aku nak join jugak nak mengajar mahathir baca alif, ba, tha lepas mengenal huruf boleh ajar muqqadam pulak

Amuraria said...

BARUA MAMAK KUTTY TONGKANG NI LA KATA AL QURAN KENA KAJI BALIK ! LAHANAT ZAMAN KINI !

PenganutPAS said...

Nak Bai'ah apa kejadahnya kalau PAS sendiri tu pun dah sesat bersekongkol dengan pihak yang memperjuangkan Pluralisma Agama.

Abu Syaukah said...

Abih tu UMNO lagi la sesat skongkol ngan lagi banyak parti bukan Islam....terang2 pulak tu kutuk hudud...dah lama dahhh...

Anonymous said...

sudah ler...memang dasar fuckatan ni menghalalkan dasar khalwat dengan bini orang...takyah ler nak sembang hudud kalau asyik kemaruk lubang cipap bini orang je....hudud di kelantan pun nik najis dah senyap...ape cerita ajk hudud pun xtau...lagi nk sembang pasal ISLAM...

budakbalun said...

hehehe..
Macam mana la arab jahiliyah boleh tinggalkan keturunan kat Malaysia nie.. Dah lah jahil muraqab pulak!

Berhujah takde harapan nak menang..
mula lah nak mencarut..
nak bertumbuk!

Mcm kay Penang Demo anti Lynas...
Nadir bumi tu pun tak tau apa benda eh terus nak belasah orang yang demo tuh!
hehehehe

sudah2lah Anon..
Perkenalkan diri pun takut...
nak khalwat dengan bini teman konon?? chaittt!
pigiraaa..
Standard pencacai UMNO..
cakap belakang pokok,bangunan,dinding berani laaa
macam anjing.. ramai2 berani la..
sorang2? kecuttt!

sudalahhhh.. 1Malaysia tahu pencacai UMNO ni jenis macam mana..
mana ada yang berani...
ada masyukkkk.. baru la menyibuk di dalam cyber nie...