Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, January 2, 2012

Babi? Masjid? Johor? UMNO?


hmmm...
Ada orang buang anatomi babi di dalam kawasan masjid di negeri Johor yang kerajaan UMNOnya semakin goyang dan memerlukan isu bagi menarik kembali sokongan orang melayu yang kian pudar!

full stop!

errr.. aku tak tuduh UMNO haaa... jangan salah faham lakss!
budakbalun 02012012

Kes 'babi': 4 ditahan, 13 disiasat


Polis menahan empat lelaki semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan tengkorak dan daging yang dipercayai khinzir di luar pagar Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, di Johor Baharu, Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka yang berumur 15 hingga 33 tahun itu ditahan awal pagi semalam di sekitar bandar raya ini oleh pasukan khas bagi menyiasat kes itu, yang diketuai Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim.

"Polis dalam menjalankan siasatan kes berkenaan telah merakamkan percakapan 13 individu setakat ini. Polis juga ingin mengesan seorang lelaki berumur 40an bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Baharu, hari ini.-Mkini

0 comments: