Sunday, January 1, 2012
Anak-Anak Muda Malaysia!! Standby!!
Dan Akhirnya nanti dunia ini akan jadi milik anak muda!
Mungkinkah akan lahir Mohamed Bouazizi versi Malaysia??
Tahun Baru 2012 Tercemar
1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.
2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.
3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.
4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?
5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
makin hari makin gila..
makin hari makin takut grup2 umngok..
mereka hidup hanya untuk PRU...
mereka hidup hanya untuk merompak..
mereka mati dlm jel bila umngok tumbang di parlimen...
-----------------------------
salam budak balun....
chat box ngko dah jem tak perasan ke?
baru 17 orang budang unibersiti kena tahan...ingatkan 70 RIBU. Tak lah banyak penyokong budak2 muda ni...baik berhenti belajar jadi mahasiswa, tak habis duit mak bapak dan masuk politik 24 jam. Bagi peluang anak2 melayu yang lain yang ingin hendak masuk unversiti dan nak belajar dan nak jadi manusia yang berjaya dan pemimpin yang berkepala otak kelas 'A' bukan samseng jalanan. Menyusahkan orang nak bersantai dan bersenang senang dengan keluarga, kalau nak sangat berdemo...pegi ke stadium dan memekiklah dia orang sampai ke pagi...takde sape pun peduli..takde baca punya olang!
Jom lihat gambar2 sekitar demo pembebasan siang tadi
Aku tengok Pemuda PAS ni cakap macam SAMSENG je...tak nampak hemah seperti pengikut Nabi saw yang sebenar.
Apa pon check dulu la. Kumpul maklumat dari semua pihak, polis ka, SSM ka , bystander ka, saksi lain yang non-partisan ka, jin ka, batu ka...baru la RUMUS..bukan melompat tak tentu pasal. MACAM SIRAM MINYAK KE API JE....Setan betul la korang ni.
Adil la sikit..!
Buat pandangan macham KEPALA BUTOH TAK SUDAH je !
- aku : Budak Jalanan
Isu utama yang sedang dihadapi oleh mahasiswa UPSI ialah graduan UPSI tiada tempat untuk mengajar.
Cara penyelesaiannya ialah melakukan conversion ijazah Sarjana Muda Pendidikan kepada ijazah Sarjana Muda Sains/Kejuruteraan/Sains Komputer/Pentadbiran Perniagaan/Ekonomi dengan PGCE yang mempunyai nilai mata kredit untuk ijazah sarjana (perlu ditambah setahun atau setahun setengah lagi) supaya graduan UPSI lebih mempunyai nilai komersil.
Apabila ini dilakukan, peristiwa UPSI pasti tidak akan berlaku lagi
Anon 12:44 PM
Isu ini bukan baru bermula.. ianya sudah lama bermula..
Dimarakkan lagi apinya apabila TPM Muhyiddin keluar kenyataan graduan UPSI cari keje lain selain guru!
ianya menyebabkan mahasiswa2 UPSI bangun sederap menyatakan suara mereka!
Malangnya, kerajaan malaysia sambut dingin..
kemuncaknya?
Bendera wajah Najib diturunkan..
Kini kerajaan kembali menunjal2 dahi mereka atas perbuatan mereka yang kononnya tak kenang jasa?
woi woi!
jangan miss plot2 penting!
tapi idea Anon 12:44 PM tu sangat2 menarik dan wajar diperhalusi..
terbaekklah bro!
Citer psl Graduan USPI blm tentu jd guru neh memang dh lama..Sejak Istiadat Convokasyen tahun dua ribu lapan lg perkara neh diucapkan oleh Visi..
X kan x igt TV tiga suku pernah siar yg dua ribu dari tiga ribu graduan yg diijazahkan blm menerima tawaran penampatan Guru..Tau psl apa Tv tiga dok tayang?
Psl Anak Karam Sigh grad masa tuh..
Bila isu menyentuh anak staff mereka barulah tayang kluaq Tv,klu x,tobat lahum citer neh x keluar..
Skrg Muhyiddin dok ulang skrip sama suruh Lepasan UPSI jd Tok Imam,tok Bilal masjid dan tugas-tugas lain yg x sangkut paut dgn kursus yg diorang ambil..
Guru KEMAS siap ada program Diploma lg dgn UPSI..
Nampak dak yg UMNO dalang disebalik semua neh?
Post a Comment