Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, December 7, 2011

UMNO-BN Ibarat Cacing Kepanasan?


KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

UMNO GAGAL

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan Umno dan Barisan Nasional kini adalah seumpama cacing yang kepanasan apabila segala hamburan fitnah dan nista keji kepada Pakatan Rakyat di dalam Perhimpunan agung Umno yang baru lalu tidak di terima dan di tolak oleh rakyat. Rakyat merasa cukup jelik dan mual apabila Umno berterusan mendendangkan politik perkauman sempit dan polemik terhadap agama Islam.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat ungkapan-ungkapan bahawa Umno adalah pejuang agama Islam sebenar adalah untuk mencari undi politik semata-mata kerana Umno sendiri tidak meletakkan dasar memartabatkan hukum Islam di dalam perlembagaan parti mereka. Kini Umno hanya berdiam diri seperti lelaki dayus apabila pemimpin MCA berterusan mempertikaikan hukum Islam/hudud. Tetapi sekiranya pemimpin PAS memberikan tazkirah dan kuliah agama bagi memahamkan masyarakat kepada Islam yang sebenar, bermacam halangan dan kekangan termasuk tangkapan di buat kerana dikatakan menyelewengkan ajaran Islam.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia amat bersimpati terhadap nasib bangsa Melayu apabila terus-terusan dikategorikan sebagai orang yang tidak boleh berdikari dan mempunyai sikap politik yang berlainan dengan Umno. Umno sering menyanyikan lagu songsang bahawa Umno adalah pejuang bangsa Melayu dan orang Melayu tidak boleh hidup tanpa Umno tetapi hakikat sebenarnya adalah Umno adalah ‘pengkhianat’ bangsa Melayu yang antaranya telah menghina institusi raja-raja Melayu, menggadaikan tanah rezab orang Melayu dan pelbagai lagi kezaliman Umno terhadap orang Melayu yang telah diketahui oleh rakyat. Oleh itu nasib orang Melayu akan menjadi ‘gelap gelita’ sekiranya Umno terus diberikan kuasa untuk memerintah negara.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga melihat kegagalan Umno di dalam mempertahankan kedaulatan negara apabila beberapa kepentingan negara telah diberimilik kepada negara asing secara mudah. Pulau Singapura, Pulau Batu Putih, Telaga minyak Blok L dan M serta beberapa kes yang membabitkan kehilangan harta negara terus dipertikaikan oleh rakyat. Selain itu pendedahan menggemparkan pemberian status kewarganegaraan secara mudah kepada pemastautin tetap dan pendatang asing terus mencalarkan imej Umno selaku pemerintah Malaysia. Umno sememangnya gagal untuk membela Agama Islam, gagal untuk membela bangsa dan terus gagal untuk membela kedaulatan negara.


Maka, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan semoga seluruh rakyat Malaysia dapat memerhatikan perkembangan politik pasca PRU ke 12 secara teliti. Rakyat sudah pasti dapat melihat kejayaan dan keberkesanan pemerintahan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Tiada sebarang kekacauan dan huru-hara yang berlaku, urustadbir negeri pemerintahan Pakatan Rakyat adalah yang paling efisien dan terbaik mengikut laporan Ketua Audit Negara, rakyat pelbagai keturunan, bangsa dan agama dapat hidup dengan penuh harmoni. Tetapi disebabkan kedengkian Umno dan Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat mengaut keuntungan disebabkan kekalahan mereka di negeri tersebut menyebabkan mereka menghamburkan cacian dan nista keji selain fitnah kepada PAS dan Pakatan Rakyat


Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta supaya rakyat Malaysia MENOLAK terus Umno dan Barisan Nasional didalam pilihanraya umum yang akan datang. Katakan TIDAK kepada politik perkauman sempit. Katakan TIDAK kepada Umno dan Barisan Nasional. Katakan YA kepada Perubahan. Katakan YA kepada Pakatan Rakyat.

MOHD SANY BIN HAMZAN

PENGARAH PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

06 Disember 2011

0 comments: