Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, November 20, 2011

Apabila Nyawa Tentera Lagi Murah Daripada Nyawa Menteri!

Yang ni teman respect! Syabas KJ!


Patutlah ramai bekas askar masuk PAS..
Di Hulu Selangor ni pun ramai ahli-ahli malahan pimpinan berasal daripada askar..
Di dalam negeri Selangor pun ramai..
Belum tengok negeri-negeri lain lagi..

Yang asal Polis tak berapa nak ramai..

mengapa ye?
budakbalun 20112011

Bekas perajurit dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah

Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

3 man jungle patrol teamSeorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya. - Mkini

2 comments:

ahlee said...

murahnya nyawa orang kelantae...
MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI


RADIO PILIHAN THE FLYING KICK


Sunday, November 20, 2011
NIK AZIZ BEKALKAN AIR BERKUMAN KEPADA RAKYAT KELANTAN!!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 10:00 AM | |

Perlukah disalahkan kepada Nik Abdul Aziz yang memang tidak tahu apa-apa?

Sudah tentu boleh kerana itulah akidah yang diimani oleh setiap orang pencinta dan pentaksub PAS!

Perhatikan sahaja tingkah laku dan pendapat mereka apabila sesuatu isu itu melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional... contoh terbaik adalah Program Fidlot di Gemas!

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan:
Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.

Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam buat tuan.

Maaflah lama Pakcu tak mengunjungi blog tuan dan terasa juga nak tinggal celoteh bila baca komen ahlee diatas.

Bak nyawa ni siapa pun tak tahu panjang pendeknya tapi ajal dan maut sudah ditetap. Kalau berjalan dilurah berduri maka kaki perlu berlapik...baru selamat sikit.

Begitu juga air Kelantan tu..kajian doktor mungkin benar mungkin salah tapi kalau tak jejas apa-apa itu tandanya orang Kelantan kuat anti-bodi. Kalau minum air berkarat dan kuning pun tak apa itu tanda BUMI berkat....

Minum sajalah....LABU....