Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, October 6, 2011

Sayonara Kampung Baru!!! Hidup Melayu!! Hidup GLC!

Meleleh air liur tokey-tokey GLC tengok gambar neh!
Air liur Raja Nong Chik pun meleleh jugak!



KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TITIWANGSA

KAMPUNG BARU KINI HANYA TINGGAL SEJARAH

(6 Oktober 2011)

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa kesal kerana Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 akhirnya diluluskan juga semalam dengan hanya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sahaja yang bangun mempertahankan RUU ini dari diluluskan sementara majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional bersetuju ianya diluluskan.


Tarikh 5 Oktober 2011 serta Persidangan Parlimen kali ini mencatat sejarah hitam buat bangsa Melayu bahawa Kampung Baru yang menjadi warisan Orang Melayu Kuala Lumpur dan menjadi entiti penting kepada Orang Melayu akhirnya diperbadankan. Beratus tahun lamanya tanah eksklusif milik Orang Melayu itu tidak terusik, namun pada tarikh 5 Oktober 2011 ia telah berpindah tangan. Apakah lagi kebanggaan yang tinggal pada Orang Melayu di Kuala Lumpur ini? Sidang Parlimen ini juga menjadi saksi bahawa siapakah yang benar-benar berjuang demi bangsanya dan siapakah yang hanya ‘beretorik’ yang pada hakikatnya mereka tidak peduli terhadap apa yang terjadi kepada bangsanya sendiri. Dimana puak-puak yang selalu berkokok kononnya mereka ultra Melayu dan pejuang sejati bangsa Melayu? Tidak kelihatan untuk bangun mempertahankan isu ini sehingga akhir sidang Parlimen semalam.


DPPKT juga merasa terkejut dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa kerajaan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membangunkan Kampung Baru. GLC tersebut adalah Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad. Dalam keadaan Parlimen baru meluluskan Rang Undang-Undang ini, Menteri Wilayah Persekutuan tanpa sabar terus mahu mengadakan perjanjian dengan GLC tersebut. Nampaknya kerajaan telah melantik beberapa GLC dan persefahaman telah dibuat sebelum Rang Undang-Undang ini diluluskan lagi. Amat malang kerana pemilik Kampung Baru belum dimaklumkan lagi, harta mereka telah diagih-agihkan dengan tujuan ‘pembangunan’.


Nampaknya sedikit masa lagi Kampung Baru akan menjadi sibuk dengan projek pembangunan dan pemiliknya pula menikmati ‘pembangunan’ yang mereka ‘selama ini idam-idamkan’. Biarlah kampung sendiri tergadai asalkan Orang Melayu menang sorak dan pastinya yang mendapat laba dan habuan lumayan adalah segelintir elit golongan yang berkepentingan. DPPKT mengharapkan agar penduduk Kampung Baru jadikan perisitiwa 5 Oktober 2011 sebagai peristiwa penting dalam sejarah moden negara serta tidak lagi memberi kepercayaan kepada BN sebagai hukuman paling adil dalam PRU ke 13!


Disediakan oleh;


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

2 comments:

Yong said...

Berita yang amat sedih. Tapi mengapa sikit sangat bilangan MP PR yang ada di dewan? Adakah MP PR juga pengkhianat?

Anonymous said...

Kalau semua MP pakatan ada sekalipun takkan boleh menang undi belah bahagi sebab majoriti masih MP Bee End. Tapi tahniah MP Pakatan masih berjuang sedaya upaya walaupun bukan dari Bangsa Melayu masih tetap mahu mempertahankan Kg. Baru seperti MP Batu dan MP Subang yang turut berucap dan mempertahankan Kg. Baru.

Yang sedihnya MP umNGOK yang beriya-iya mahukan Perbadanan ini dilaksanakan. kenapa Menteri tak dedahkan kandungan Referundum Penduduk Kg. Baru. Kata Menteri 90% bersetuju tetapi dari berapa bilangan penduduk KG. Baru. Dengar cerita hanya 30% sahaja yang dipulangkan kembali macamana kata majoriti penduduk Kg. Baru bersetuju.

Tahniah UMngok HILANG LA SATU-SATUNYA HAK MUTLAK ORANG MELAYU DI KUALA LUMPUR. KEPADA ORANG KG. BARU KAYA LA SEKEJAP LEPAS TU MEREMPAT LA BALI. MACAM PENEROKA FELDA LABU.

-wakleman