Degil betul la puak-puak neh!
Sebut perkataan "Debat' ni sama fobia pada UMNO dengan perkataan 'Hudud'!
Tak pernah lagi teman dengor Presiden UMNO berani berdebat!
Sejak UMNO dipimpin dek Mahathir..
Sampai la ni UMNO dipimpin oleh Rosmah!
Tak pernah lagi!!
Kalau debat Obama tu biasa dahh..
Kalau Ronal Reagan pun teman pernah tengok..
George Bush biasa..
Bill CLinton lagi rajin berdebat!
Najib?
wakakakakakak!!
Cakap sorang-sorang depan pencacai berani laaaa!!
budakbalun 19102011
Akademi Pak Sako sedia anjur debat Bajet 2012 Najib-Anwar
October 19, 2011
KUALA LUMPUR, 19 Okt — Akademi Pak Sako bersedia untuk menjadi penganjur Debat Bajet 2012 antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 November ini.
Anwar mempelawa Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar berdebat dengan beliau ekoran kenyataannya memperlekehkan belanjawan alternatif dikemukakan Pakatan Rakyat awal bulan ini.
Najib membentangkan belanjawan kerajaan pusat pada 7 Oktober lalu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Akademi Pak Sako berkata, surat jemputan rasmi akan dihantar kepada Najib dan Anwar Jumaat ini.
Kenyataan itu menambah, debat dirancang untuk diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, di sini. - Minsider
1 comments:
good post! Thanks for the info.
Drive Your Traffic Here
Post a Comment