Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, September 22, 2011

Khas Untuk Pencacai UMNO!


Tauuuu..
Memang pencacai takkan faham benda-benda ni..
Saja nak ulang..

Mana la tahu kot-kot dapat hidayah di hujung-hujung nafas!

Ameen!

Lagipun.. puak-puak pencacai ni bukan suka baca tulisan panjang-panjang..
Sebab tu apa yang dibaca dek pembaca berita kat TV tu pencacai terima sebulat hati dan sebulat suara!
Lain kalau gambor-gambor lucah dan hina lagi jijik yang selalu dibuat dek jefreydamien tuh!
Bukan main suka pencacai!!
wakakaka!

budakbalun 22092011

PERDANA MENTERI MALAYSIA.

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan.
KELANTAN
...
Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993.
DI NEGERI KELANTAN.

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26).
Bertarikh 8 Jun 1994.

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD.

7 comments:

Anonymous said...

So kelantan la ni amalkan Islam atau tidak?

tungkaran hati.blogspot said...

Percepatkanlah perlaksanaan hukum Hudud dinegeri-negeri PR sebelum PRU13....Insyaallah PR akan dapat menawan Putrajaya!
Tolonglah jangan beri alasan yang bukan-bukan untuk tidak melaksanakan Hudud!

ofekenofee said...

to anon 2:42pm,

soalnya apa itu ISLAM mengikut faham kamu?

sekadar undang2nya shj ka?

atau meliputi segenap kehidupan?

PUSAT ada kuasa yang menyeluruh melebihi had kuasa kerajaan negeri, kenapa x mau laksana Islam.
Kenapa mau tunggu PAS?

atau UMNO memang x mau Islam?

Bukankah Mahathir dah isyhtihar Malaysia Negara Islam

Dah terang lagi bersuluh judi itu HARAM, kena luluskan, kenapa kutip hasil dan x diasingkan akaun?

Siapa bagi kebenaran menarah gunung untuk buat kasino, sedang baginda raja2 pernah berwasiat jgn serah gunung, bukit dan pulau kpd sesiapa pun.

hujah 4(1)& (2) nampak sangat longgar,semata2 pada logik akal.

ALLAH ciptakan manusia, Dialah yang lebih mengetahui setiap kelemahan makhlukNya.

HUDUD itu undang2 dari Allah, nilailah dari sudut roh, bukan dari logik akal semata2.

Kalau 'hudud PAS' itu cacat, mahukah UMNO draf dan bentangkan hudud 'yang sebenar'?

Anonymous said...

Tapi korang kena baca betul2 apa yang Mahathir cakap, undang-undang PAS..Dia tak hina undang-undang Hudud..Dia tak boleh terima undang2 PAS yang tak adil, tapi kalau undang2 tu adil, dia terima..Maybe PAS Kelantan perlu pinda sebahagian enakmen yang menimbulkan pertikaian itu seperti rogol dan orang bukan Islam tak kena..

budakbalun said...

Anon 3:37 PM

ini bukan hudud PAS..
ini Hudud Allah SWT..

PAS cuma draftkan jadi Enakmen..
bulat2 PAS ambil drpd Al-Quran dan Hadis..
Serta Qias dan ijma' ulama'..

Istilah Hudud PAS hanya ciptaan manusia....

Kalau UMNO sudi nak draf enakmen Hudud ni pun akan jadi sama..

persoalannya.. mahukan UMNO?

Anonymous said...

Salam Budakbalun..seperti yang saya tulis di atas, Mahathir berpendapat, hukum yang didraftkan di Kelantan ialah bukan Hudud yang sebenar seperti yang dikehendaki oleh Islam kerana terdapat persoalan yang terdapat pada kes zina (rogol kena ada 4 saksi) dan murtad..Saya memang sokong hudud tetapi persoalan yang dibangkit oleh Mahatathir perlu juga diambil perhatian..Hukum tetap hukum tapi cara perlaksanaan nya kenalah betul dan adil terutama kes rogol dan murtad yang mana hukumnya tiada dalam Quran, cuma ada dalam hadis dan caranya banyak dibahaskan oleh Ulama, just kita ambil mana yang terbaik dan sesuai dengan Malaysia..

TQ

budakbalun said...

w.salam
Anon..

seperti jugak saya tulis diaatas..
kalau UMNO tak setuju dengan Enakmen Syariah yang PAS draf..
UMNO draf la pulak..

kita tengok macam mane?

p/s: tapi UMNO jangan minta Rahim Tamby Chik yang drafkannnn!!!
wakakakaka!

p/s: kalau dah tak setuju tu.. macam2 ayat la keluar.. ceh!