Kalau bab nak tangkap pemimpin Pakatan Rakyat,
ngalahkan roket dia punya cepat!
Belum Najib Tun Razak berdehem dulu..
Ketua Polis Negara dah berbunyik dulu!
Dan seperti biasa..
Ibarat Burung kakak Tua..
kena la ulang apa yang Tuannya sebut!
Ngalahkan Ketua UMNO Bahagian dah kadang-kadang komen Ketua-ketua Polisi neh!
Moga Polis bertindak lebih pantas dalam kes-kes yang macam ni..
wehh!! Satu KL Polis boleh tutup maaa..
Takkan kes macam ni Polis jadi siput kot???
adehhh!!!
budakbalun 19082011
Mangsa: Harapan saya, orang simbah asid dikenakan hukuman berat
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Selain mahu kembali normal seperti sediakala, mangsa disimbah asid mahu pihak berkuasa segera menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ke atas nasib dialaminya dan dikenakan hukuman berat.
Mohd Rafie Abdul Latiff (gambar), 27, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera.
“Saya tiada harapan apa-apa, apa yang saya mahukan orang yang lakukan perkara ini kepada saya ditahan dan dikenakan tindakan yang berat.
“Tapi saya tahu undang-undang yang ada terlalu ringan, jadi saya harap undang-undang ini boleh dipinda agar hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah,” katanya kepada The Malaysian Insider.
3 comments:
Masih berharap kat polis ke?Lebih baik repot kat badan amal PAS...
Unit amal tak bergaji besor mcm pegawai polis!
dan takde kuasa mcam pegawai polis..
apa daaaa...
Salam buat tuan.
Hidup ini saling bergantung. Hari ini mungkin orang memerlukan pertolongan kita , esok pula mungkin giliran kita memerlukan pertolongan orang.
Maka kenapa kita perlu saling menyindir antara satu sama lain. Yang penting beri kepercayaan masing-masing dengan hati yang jujur. Kalau kata sudah berlapik maka hati juga mudah terbawa jauh.
Jadilah masyarakat yang prihatin dan bertangungjawab terhadap perkara yang berlaku. Begitu juga pihak polis semoga aduan yang disampaikan adalah dari klien kita yang inginkan janji kidmat kita yang penuh mesra dan pantas....walahualam.
Post a Comment