Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, July 1, 2011

Memanglah BERSIH Untungkan Pembangkang!


Bukan masalah BERSIH untungkan Pembangkang..
Tapi BERSIH rugikan UMNO!

Pada SPR ni.. as long as tak rugikan UMNO.. tarahal!
Tapi bila sampai tahap rugikan UMNO..
hah! Kena amik tindakan segera!

So kesimpulannya..
berdasarkan situasi semasa..

yang SPR kecoh ni sebab BERSIH akan untungkan pembangkang tapi dalam masa yang sama rugikan UMNO!
so, ingat...
SPR kecoh sebab UMNO rugi!

Kalau UMNO tak rugi, pembangkang untung pun tak paaaa!!

Turun 9 Julai!

budakbalun 01072011

Pakatan gesa Wan Ahmad tarik balik kenyataan atau letak jawatan SPR

July 01, 2011

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Pakatan Rakyat mahu Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menarik balik kenyataan atau meletakkan jawatan sebagai timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran dakwaannya bahawa Himpunan Bersih 2.0 diperalatkan oleh mereka bagi membolehkan perikatan itu menawan Putrajaya.

Sehubungan itu menurut Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, kenyataan yang dikeluarkan Wan Ahmad semalam secara tidak langsung menunjukkan “kesetiaan” SPR kepada Umno.

Tegas beliau, Wan Ahmad sepatutnya meletakkan jawatan kerana dakwaan beliau telah menjejaskan kredibiliti SPR.

“Sehubungan dengan itu, PKR dengan ini menuntut supaya Timbalan Pengerusi SPR itu menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR.

“Saya juga mencabar beliau supaya masuk dalam gelanggang politik Umno dan menyertai pilihan raya umum ke-13,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Wan Ahmad pada forum Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR? mendakwa Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai.-malaysianinsider

0 comments: