Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, March 4, 2011

Refree Restling ke Yang Jaga Keselamatan di Merlimau & Kerdau ye?


Teman suatu masa dulu cukup ketagih layan wrestling WWF..
La ni dah jadi WWE sebab berlaga dengan NGO Pencinta haiwan..

Paling tension bila terjadi kekalahan wrestler idola teman disebabkan kebangangan refree..
Lambat kira 1..2...3 lah..
Sibuk halang wrestler lain daripada naik ke gelanggang sampai miss out wrestler jahat main tipu hentak dengan kerusi! atau ada member lain datang tolong!
Ada yang dengan refree sekali kena hentak!

wakakakaka!

Pada teman refree ni serupa tukang kira 1..2..3 je..
nak kata takde tak boleh..
nak kata ade pun serupa bangang!

Jarang-jarang la ada refree wrestling yang leh jadi hero dengan menegakkan keadilan di dalam 'ring'..

hmmm..
opsss..!! apa yang teman tulis diatas takde kena mengena dengan Polis Malaysia tau!
wakakakakaka!
adehhhh!
sunsnake 04032011

Calon, pimpinan PAS terima ugutan

JASIN, 4 Mac: Calon PAS, Yuhaizad Abdullah di Dun Merlimau dan beberapa pimpinan PAS menerima khidmat pesanan ringkas (sms) ugutan daripada individu yang tidak dikenali, dipercayai daripada Umno BN.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat Setiausaha Pehubungan PAS Melaka, Haurun Mohamed yang turut menerima sms yang sama.

Penghantar sms berkenaan menamakan dirinya sebagai Geng Jebat Derhaka dan menghantar sms berbunyi , "Geng Jebat Derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR yang menjadi pentas memecah belahkan Melayu. Sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di Chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirla ke ceramah2 PR pd mlm ini dan seterusnya. awas keselamatan kenderaan anda tidak dijamin”

Berita Penuh

Kerdau: BN mahu cetuskan ketegangan

TEMERLOH, 4 Mac: Barisan Nasional (BN) didakwa semakin agresif melakukan provokasi sehingga sanggup ‘menyerang’ ke bilik gerakan PAS dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kerdau.

Terbaru, kira-kira jam 3.30 pagi tadi, lebih 50 petugas Umno menghampiri markas PRK PAS di Kampung Desa Murni dengan menunjukkan kemarahan, mengeluarkan kata-kata ugutan dan memasang bendera BN melindungi bendera PAS yang telah sedia dinaikkan.

Berita Penuh

Kereta Anwar dikepung dan dibaling batu

TEMERLOH, 4 Mac: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengecam tindakan ganas yang didakwa dilakukan petugas Umno BN dengan mengepung dan membaling batu ke arah kereta yang dinaiki Datuk seri Anwar Ibrahim semalam.

Menceritakan kejadian itu, Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, berkata, kira-kira 30 orang pemuda, memegang sepanduk dan bendera BN menyekat kereta Anwar di Jengka 22 sambil menjeritkan perkataan lucah kepada ketua umum parti itu.
Berita Penuh

0 comments: