Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, March 29, 2011

PAS Balaci DAP, UMNO Balaci MCA?


Hmmm..
Mohon komen daripada kesemua pencacai yang kerap menjenguk ke blog budakbalun ni..
Apa kata kome?

PAS Kelantan tetap dengan tindakan mereka mengharamkan penjualan loteri di Kelantan melalui kuasa mengawal premis yang ada pada kerajaan negeri!
Walaupun ada desakan yang agak kuat daripada DAP,MCA dan Gerakan.

Dalam masa yang sama, dengan angkuhnya, cina MCA Terengganu mengumumkan tiada pengharaman loteri di Terengganu yang diperintah oleh UMNO!

Adehhh!!
Buta perut takde akai ka??

sunsnake 29032011

PAS kekal haramkan jualan tiket loteri


Pengharaman penjualan tiket judi loteri seperti 'big sweep' di Kelantan akan diteruskan selepas tindakan itu didakwa tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penasihat undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu.

Katanya, keputusan dibuat selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan sebaik diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.
Berita Penuh

Exco: Tiada pengharaman loteri di Terengganu

Terengganu tidak mempunyai premis perjudian bukan kerana larangan oleh pihak berkuasa tetapi tidak ada permohonan mengendalikan perniagaan itu, kata anggota exco Terengganu Toh Chin Yaw.

toh chin yaw"Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, hanya ada segelintir orang yang berkata mereka mahu mengendalikan premis berkenaan, tetapi ia hanya cakap-cakap. Tidak ada orang yang memohon secara rasmi,” kata Toh, menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, semalam.

Judi dan juga undang-undang tegas berhubung penjualan alkohol dikuatkuasakan oleh majlis tempatan selepas PAS menguasai kerajaan negeri pada 1999. Semua premis perjudian diarahkan ditutup.

Berita Penuh

10 comments:

Anonymous said...

salam
contoh:keberanian dan ketegasan begini lah yang diharapkan. Tiada hal lah sebenarnya jika benar-benar inginkan kenikmatan perjuangan.Pedulikan saja songeh DAP tu.Sebenarnya Islam di Malaysia ni ada cara nak diperelokkan. Bagi aku itu baru dinamakan kita bersaudara he hehe..kenyet2 mata apa salahnya? Penyakit bersongeh2 tak tentu hujung pangkal biarlah dibuang jauh2.Yang utama kaedah mau betul dan tidak memudaratkan sesiapa dengan hati yang ikhas. Itu pendapat aku...yang merasa politik kome tu ketinggalan, streotaip macam yang gagal2 tu..padahal dinegara sendiri tak ada banyak onar2 pun. anon

budakbalun said...

Anon 1:13am

W.salam..
teman sanggup tengok songeh DAP daripada songeh UMNO yang tak berkesudahan neh!

DAP jelas bukan Islam dan sangat perlu berhati-hati dengan mereka..

UMNO jelas Islam tetapi sangat-sangat-sangat perlu berhati-hati dengan mereka!

amalhaj said...

yer ker umNO tuh belaci mca? teman ingat mca tu jadi belaci umNO... isk.. isk.. kurang faham teman.. hahahahahahahaha ketawa ler lagi

budakbalun said...

hahahha...

Anonymous said...

Kamu merealisasikan apa yang diingatkan oleh Nabi Mohammad SAW tentang umat Islam akhir zaman buih2 disegi jumlahnya.Tit tit tit pecah walau cantik warna warninya hehehe. Nostagia:Dulu kecik suka main buih sabun!Tidak lain inilah rupenyer.

Apa bendenya dan falsafah nye awak cuba bawa?
Jika air minum dicawan awak tu ternampak ada serangga kecil jatuh apa awak buat??
**
Bagi aku orang bukan dan tak pernah ngaku Islam ibarat serangga tu lah.

Dalam kontek Malaysia, dari soal sesama saudara dalam erti bangsa/agama bersikap macam awak tu hanyalah gambaran hati kotor dan angkuh semata kalaupun tidak riyak. Apa pun aku tabik bila kau kata umno tu jelas islam. Harap2 umno begitu digeruni oleh pencacai macam kamu hehehe.Kamu tentu lagi gelak besar.

Bab siapa belaci siapa..jelas PR belaci DAP..jika bab strategi la. Kalau bab kebodohan perjuangan PAS dan PKR menang dari DAP. Ini lawak terkini

Entah! apa yang awak mau pun aku tak tau.Kadangkala sedih juga melihat keadaan dimana kita selalu melakukan banyak sembahyang hajat/istakarah berjemaah minta petunjuk Allah; jalan apa yang hendak kita lalui dan juga kejayaannya. Benarkah kita mohon pertunjuk2 itu atau hanya sekadar ingin memenuhi impian kita semata2.

**Kasi tenggelam seluruhnya dan buang eh! Minum ler airnya. Awak takut kotor dan racunyer? Bedal lah kamu bagi sipenakut dengan bayang2 sendiri.

anon

Anonymous said...

Hehehe Bro Balun,

Anon sorang nie konfirm PENCACAI/PARIAH umNGOK paling UNGGUL, Kalau ada anugerah umNGOK kena bagi kat dia la, PENCACAI PALING SETIA. MACAM ANJING DAN TUANYA la gamaknya.

Dah terang lagi nyata PAS ambil pendirian bertegas pada JUDI nie, nak juga dia kata PAKATAN TUNGGANGAN DAP.

Berbelit-belit ayatnya nak menghalalkan benda yang terang dah haram.

Tahniah umNGOK berjaya menjadikan nko PENCACAI PALING ULUNG WAHAI ANON 10:31.

-wakleman

Anonymous said...

salam
tak kesah lah, aku memang pencacai ikut rasa aku jer
aku tak berbelit pun. Mungkin ayat aku tak ummp ala robot tu
yang ok tetap ok yang buruk tetap buruk : PR belaci DAP!

Aku ikhlas puji PAS dapat tengok dan rintis jalan nak hapus mana2 premis judi secara perundangan yang ada.Terasa membangun lak dengan kuasa milik PAS ni . Banyak lagi boleh buat kalau berani dan cerdik. Bukan hanya setakat sembahyang hajat , tunjuk betapa kehebatan alim/warak apa je lah:lepas tu tunggu petunjuk Allah melakukanya untuk kamu..untuk kamu bukan untuk orang Islam. Bunyik macam kasar jer. Tetapi itulah ayam yang sedap dimakan tu tabiatnya riuh di kampong2 bila bertelor..tapi aku tak dengar lak riuh kat kilang ternak ayam telor/daging.lawak jer.

Isu anuar aku anggap bukan masalah UMNO. Ia masalah diri dia sendiri.Terpulang kecerdikan PAS nak menyeretnya atau tidak dalam politik PR dan Negara malah Budaya Islam disini. Tepok dada tanya selera! Apa PAS buat? Mana kecerdikan dan keunggulan PAS dalam hal ini.Mungkin isu ini menunjukkan kehebatan dan petunjuk perpaduan didalam parti PAS. Menolak dari tanggungjawab sama ker dengan usaha berjuang untuk keadilan/kebenaran.Bercakap sahaja same ker dengan mengamalkan. Berjuang demi keadilan/kebenaran secara bercakap sahaja kosong dan menunjukkan(maaf) kebodohan.

Aku guna perkataan ..bodoh.. bukan nak hina sesiapa atau cari pasal . Perkataan tu selalu buat kita terhenti dan fikir apa perkataan lain yang lebih sesuai diguna.Kerana kebodohan aku>malas nak berfikir > aku terus sahaja gunakanya.Aku sedar semua akan mengatakan kebodohan itu ake ake ake
anon

budakbalun said...

Anon 10:36 PM..

Kamu ni memang stylo!

Puji PAs melangit... lepas tu hentam balik sebab berkawan dengan PKR dan DAP..

hehehhe..
Teman still pegang pada pendapat
UMNO tak layak nak sembang pasal Islam lelebih..
Renung lah diri UMNO tu dulu wehhh!

Terpulanglah kamu nak sedor ke idak..
ada teman kesah?

ada banyak lagi rakyat Malaysia yang perlu PR sedarkan..

kamu nak sedor.. sedor..
tak nak sedor..

pi main jauh-jauh..

Apa nak kata lagi dah?

Anonymous said...

Aku main maki2 dan lucah2 tau cederakan awak ke?.macam orang lain gak, awak yang suruh komen aku komen ler..guna blogspot ni ada punat nak kasi blog awak ni untuk pelawat istimewa awak..guna lah.Ini panggil orang ke blog dan halau2 lak.Tak baik perangai tu.Kalau awak jadi pemimpin..hobi awak kumpul kroni giler!!malah bakal diktator agong hehehe

hehehhe..
Teman still pegang pada pendapat
UMNO tak layak nak sembang pasal Islam lelebih..
Renung lah diri UMNO tu dulu wehhh!

ake ake apalak awak ni..Ahklak dalam Islam tu tak kata macam kau kata..mana aku nak ikut! walau satu patah perkataan pun OK.awak tentu OK.
Kalau dari orang fasik pun kena periksa bukan buang.Awak tengok konsep belajar lah walau sampai ke negeri cina.Praktikal berjuang..cari dan dapatkan sebanyaknya analisalah segala makumat..begitupun tentang DAP dan PR. Awak tak serius dengan apa yang awak kata lah!

nanti lah aku kena g dulu

Anonymous said...

sambung.
Bab sedor tak sedor,
betul lah siapa leh paksa orang dengan pendapat tak seberapa dari kita.
Awak kalau nik aziz/hadi awang tak kata itu dan ini tentu kau tak boleh sedar punya. Bila UYQardawi berpendapat tak sama macam PAS tentu kau pening. Itu dianjurkan kaau nak belajar kena 7 guru hehehe siapa-siapa lah guru kita itu.Lagi banyak sumbernya lagi bagus. yang penting ada banyak kerencaman pengetahuan maka akan lebih kita hampir kepada yang benar.Jangan streotaip jer walaupun nak belajar.

k
aku nak minum ni.
meh lah makan cokodok.