Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 9, 2011

Harimau kata Tak Makan Daging?

Betu kata bapak aku tuh!

Betul kata bapak dia!

Wakakakaka!
Teman tiap kali mamat menteri sorang ni bukak mulut je mesti tak boleh tahan!
Dia ingat rakyat malaysia ni masih macam tahun 60an ke?
Ingat ni zaman pop yeh yeh ke?
Atau dia ingat rakyat Malaysia masih bercawat duk dalam gua?

1Malaysia tahu macam mana UMNO-BN manipulasi segala jentera kerajaan yang ada..
Membuat ugutan melalui pelbagai jenis agensi kerajaan yang ada..
Hatta pengalaman teman di ladang-ladang milik syarikat swasta pun tak lepas daripada menerima ugutan UMN-BN ni..
Banyak sangat la bukti-buktinya dan tak perlulah pencacai UMNO nak bertanya bukti..
Pi cari sendiri laaa!!

errr.. PR takkan senyap je?
Bila nak demo Bersih 2?
Ke nak tunggu kena tipu hidup-hidup di PRu13 neh?

sunsnake 09032011

Proses pilihan raya di Malaysia adil, kata Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain.

Menolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini. "Selama hari ini tidak ada sebarang masalah dalam pengendalian proses pilihan raya di negara ini. Tidak timbul isu adil tidak adil.

Malah pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi. "Ini jelas menunjukkan perjalanan pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan baik. Tetapi kita faham pembangkang, bila mereka menang, mereka kata betul, tetapi bila kalah, mereka kata tidak adil, itulah perangai mereka," katanya.

Berita Penuh

2 comments:

mijiemobile said...

kalaulah yang ni anak pemimpin pas atau pkr nescaya hancur lebuk lah rtm dan tv3 menghantamnya....

Anonymous said...

Hehehe bro,

Budak botak atas tu memang la pompuan genit-genit berkejar nak plok cium, Naik HUMMER tu bro.

Kita nie nak bayar hutang kereta proton wira pun selalu semput.

Untuk jadi anak Menteri nie kan, tak payah belaja susah dah kaya raya.

-wakleman