Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, March 15, 2011

First Lady - Persoalannya Mengapa baru Sekarang?


Mungkin benar hujah Nazri Aziz ni yang terbukti setia mempertahankan sesiapa sahaja yang duduk di kerusi PM iaitu tuannya.

Suatu masa dahulu dia bermatian-matian mempertahankan Dr. Mahathir sewaktu diasak oleh pembangkang terutamanya semasa era reformasi.

Dan kini seperti fitrah dirinya, dia bermati-matian pula mempertahankan Rosmah mansor yang juga suami kepada tuannya Najib.

Teman malas nak mempersoalkan hujahnya yang mengatakan 'jawatan' First Lady of Malaysia ini sebenar-benarnya milik Rosmah..
yang teman nak peringatkan kepada semua adalah mengapa baru sekarang 'jawatan' ini meriah digunakan oleh Rosmah?

Seingat teman laaa..
Tak pernah pulak dengar Siti Hasmah bini Che Det gila nak jadi First Lady walaupun boleh guna 'jawatan' tu... Boleh guna kalau ikut hujah si Nazri laaa..

Hmmm... Berbeza sungguh!

sunsnake 15032011

Wanita pertama rujuk isteri PM, kata Nazri


Panggilan Wanita Pertama dalam konteks Malaysia merujuk kepada isteri Perdana Menteri, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, panggilan itu adalah satu gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman yang biasa. "Ini adalah amalan lama dalam politik antarabangsa. Sebagai contoh di United Kingdom, Ratu Elizabeth bukan dianggap Wanita Pertama kerana beliau digelar sebagai Ratu. Wanita Pertama ialah isteri kepada Ketau Eksekutif iaitu isteri Perdana Menteri. Begitulah juga seperti yang berlaku di negara Jepun," katanya.

Berita Penuh

0 comments: