Friday, February 25, 2011
Apabila Tiba Hidayah Allah, siapa mampu menahan? (Kisah Benar)
Teman terkejut apabila ada seorang sahabat teman tiba-tiba menghulurkan wang yang agak besar jumlahnya untuk di imfa'kan kepada misi petugas PAS Bukit Beruntung ke PRK Merlimau..
Sahabat teman ini bukanlah seorang peminat politik jauh sekali sebagai penyokong mahupun pendokong mana-mana parti..
Tapi jauh disudut hatinya teman yakin, dia cenderung kepada perjuangan PAS..
Kalau diikutkan bukanlah background dirinya seorang agamawan mahupun ulama'wan..
Terasa sebak teman memikirkan betapa hebatnya kuasa Allah SWT menggerakkan hatinya untuk menyumbang kepada perjuangan Islam walaupun dalam keadaan dirinya serba kekurangan dari segi ilmu..
Yakinlah,
"Apabila datang pertolongan daripada Allah, kamu akan melihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong" Surah An-Nasr, Ayat 1 dan 2)
Sebagai pejuang Islam yang menggunakan PAS sebagai wadah perjuangan, janganlah sesekali kita rasa sedih dan terkilan sekiranya masih ada golongan melayu yang mengaku Islam tetapi tidak mahu condong kepada perjuangan PAS.
Sesungguhnya mereka masih lagi samar-samar dan belum dibuka oleh Allah SWT hati-hati mereka kepada perkara Islam yang sebenar, mereka masih lagi merasakan bahawa Melayu itu lebih utama daripada Islam hatta mereka masih memandang lagi golongan bukan Islam sebagai ancaman mutlak kepada Islam!
Bukankah musuh didalam selimut itu lebih bahaya daripada musuh dihadapan?
Maksud teman, musuh Islam yang berada didalam kumpulan Islam itu lebih bahaya daripada yahudi yang sememangnya kita sentiasa bersedia menghadapinya!
Ayuh Pejuang-pejuang Islam di dalam PAS!
Gerakkan langkahmu..
Jangan sedih sekiranya seruanmu ditolak!
Jangan putus asa sekiranya seruanmu dihina!
Jangan malu sekiranya kamu dapati kamu keseorangan!
Kerana hakikatnya kamu bukan bersendirian..
Seluruh penduduk langit bersamamu..
Selagi seruanmu adalah Al-Quran..
Selagi seruanmu adalah ajaran Muhammad SAW..
Selagi itu semua menjadi pegangan seruanmu...
Rempuhilah segala-galanya!
sunsnake 25022011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Alhamdulilah...
Harga Getah dan Kelapa Sawit agak baik walaupun harga barang2 keperluan tidak berapa molek !
Teman tumpang lalu....
Perkara seperti ini..adalah RAHSIA gerakan Islam..elok jgn sedikit pun diwarwarkan..kera2jaan FIRAUN nih..sangat sensitif..hal2 RM RM RM..nanti kalau kena SIAT SIAT..macam Teo B Hock..pulak jadinya kpd penerima dan pemberi...
"Apabila datang pertolongan daripada Allah, kamu akan melihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong" Surah An-Nasr
Benarlah firman Allah yang maha hebat kerajaanNya..
Post a Comment