Wednesday, February 23, 2011
Apabila Politik Kampus Pun Ditakuti UMNO...
Mahasiswa Pun Mahu Di'bonsai'kan?
Inilah jadinya apabila berpolitik menggunakan akal fikiran semata-mata..
Tidak mahu menggunakan keadilan kemanusiaan apatahlagi keadilan Islam..
Anak-anak muda ini bukan mat rempit di jalanan..
Bukan juga bohjan dan bohsia di kompleks beli belah..
Bukan juga peleseran di lorong belakang mati!
Tetapi mereka adalah golongan anak muda berpelajaran..
Mereka golongan mahasiswa yang terpelajar..
Mereka adalah golongan anak muda terpilih...
Bukan semua anak muda dapat diterima masuk ke Universiti Awam..
Bukan semua jugak anak muda layak ke sana..
Mana mungkin apabila anak muda ini diperbodohkan..
Mereka hanya tunduk melayu!
Mana mungkin apabila anak muda ini dipertololkan..
Mereka hanya diam membisu...
Mana mungkin apabila mereka diperbangangkan..
mereka hanya senyap menganggukkan kepala!!!
Darah muda mereka cepat menggelegak!
Darah muda mereka pantas menyambar setiap inci saraf tubuh!
Darah muda mereka tegar menyelinap jasad dan nyawa!
Darah muda mereka tuntas merobek-robek segenap otak dan minda!
Maka...
Sangat hinalah golongan tua yang memikirkan..
Anak muda ini boleh diperbodohkan..
Sangat hinalah golongan tua yang memikirkan..
Anak muda ini boleh dipertololkan..
Sangat hinalah golongan tua yang memikirkan..
Anak muda ini boleh diperbangangkan...
Kerana apa?
Mungkin kerana golongan tua yang bergelar Timbalan Naib canselor ini..
Sewaktu mudanya dia menongkah arus!
Dialah mungkin satu-satunya anak muda diwaktu itu yang menjadi...
Anak muda yang rela diperbodohkan..
Anak muda yang rela dipertololkan..
Anak muda yang rela diperbangangkan!
Manakan boleh dia mengubah anak muda itu menjadi sepertinya?
sunsnake@budakbalun 23022011
Siswa berang: Kemenangan pro-M dibatalkan
Lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.
Menurut jurucakap pelajar berkenaan, Ahmad Shukri Kamaruddin, semua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan. "Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin" kata Ahmad Shukri.
Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.
Berita Penuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment