Serius..
Teman sedih sangat dengan apa yang menimpa keluarga M.Krishnan ni..
Bab tuduhan dadah tu satu hal laa..
Tapi mati dalam tahanan polis ni sesuatu yang tak masuk akal!
Sekali lagi nyawa tahanan dibuktikan seolah-olah tak bernilai pulak!
Tak kira apa bangsa sekalipun..
Baik India..baik Cina.. baik Melayu... baik orang asli sekalipun!
Nyawa adalah sesuatu yang sangat berharga!
Cukuplah-cukuplah nama-nama seperti Kugan, Beng Hock dan berdozen nama lagi mereka yang mati dalam tahanan Polis dan SPRM..
Kini ada lagi! Dimana perikemanusiaan?
Kisah mati dalam tahanan ni macam takde kesudahan..
Dan yakinlah!
Akan ada golongan bangsa lain yang akan menyatakan tak perlu disiasat..
Seperti mana PERKASA buat kenyataan dalam kes beng Hock...
Persoalannya.. Inikah 1Malaysia??
sunsnake 11012011
Saksi kes kematian tahanan polis buat laporan
Seorang saksi yang mendakwa melihat seorang lelaki dipukul sehingga mati ketika dalam tahanan polis, hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan. Dengan diiringi peguam daripada Lawyers for Liberty, N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri, saksi berkenaan, A Sargunan tampil di balai polis Dang Wangi membuat laporan, petang tadi. Namun, kejadian itu penuh drama apabila rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa, M Krishnan juga berkumpul di balai polis itu yang terletak di tengah-tengah ibu negara. Lebih 20 daripada mereka membawa kain rentang yang tertera “ Keadilan untuk Krishnan” tetapi diarahkan bersurai oleh anggota polis yang sama ramainya.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment