Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, December 3, 2010

Isu Syabas - Kerajaan Selangor Tak Tau Dek Untung!



Apa la Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor neh!
Bukan main lama UMNO mengetuai Kerajaan Selangor Darul Ehsan neh!
Sejak hari pertama Kemerdekaan lagi!

Rakyat Selangor hidup aman damai..
Bebas bergembira...
Sehinggalah Air Selangor diswastakan oleh Tun Dr Mahathir dalam era penswastaan lama dulu!

Kerajaan UMNO Selangor telah berjaya menswastakan air sehinggalah kita dapat lihat apa yang dapat dikecapi oleh Syabas kini!

Kemajuan Syabas itu adalah kemajuan melayu!
Kejayaan Syabas itu adalah kejayaan melayu!
Kehebatan Syabas itu adalah kehebatan melayu!

Jika jatuh Syabas... Jatuhlah melayu!
Jika tumbang Syabas... Tumbanglah melayu!!

Benar tak kata teman nih?
Tak benar?? mustahil!!
Jika tidak benar..
Masakan Kerajaan UMNO Selangor dahulu tergamak buat perjanjian yang langsung tak menguntungkan melayu?
Jika fitnah..
Masakan Kerajaan UMNO Selangor dulu sanggup mengkhianati melayu? Ketuanan Melayu?

Masakan Mat Taib sanggup mengkhianati melayu!
Masakan Abu Hasan Omar sanggup meneruskan pengkhianatan Mat taib itu?
Mustahil Khir Toyo tidak tahu akan perjanjian air dengan Syabas itu suatu jenis pengkhianatan kepada bangsa melayu!
Mustahil!!
UMNO ini adalah satu-satunya parti yang mampu menegakkan Ketuanan Melayu setegak-tegaknya!

Takkan sepanjang-panjang Mat Taib memerintah sampai la MB UMNO yang terakhir Khir Toyo tidak ada satupun MB Selangor yang dapat mengesan akan pengkhianatan ini?
Jika ianya suatu pengkhianatan lah..
Mana mungkin UMNO mengkhianati Melayu? Mustahil!
Hanya UMNO sahaja yang mampu memerintah dan memastikan melayu terus terbela!

Bagaimana tidak sampai 3 tahun Khalid ni jadi MB, terus terbongkar?
Mengapa tidak sampai 3 tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor..
Kerusi Pengerusi Syabas jadi panas!!
Kenapa hanya kini setelah berpuluh tahun mengaut keuntungan hasil perjanjian 'Amanah' dengan Kerajaan UMNO Selangor.. akhirnya kini baru segala sibuk?
akhirnya kini baru ada gerakan mahu mengubah perjanjian dengan Syabas?

hmmm... Lagi mahal rakyat kena bayar ke Syabas..
Semakin hebat "Ketuanan Melayu" pada UMNO Selangor agaknya....

sunsnake 03122010

Penswastaan air: Mengfaraidkan harta awam

4 comments:

ong ong kedek kedek said...

Salam ukhwah,
"Semakin hebat "Ketuanan Melayu" pada UMNO Selangor agaknya...."

Ayat makan dalam Yob he3

budakbalun said...

w.salam..
hehehe.. teman lagi lama dah makan dalam wehhh!!
berapa lah duk selangor nehhh!!
dok bayar bil air tiap2 bulan bukan main mahe! tapi ayor keroh!

La ni keroh jugak sesekali..
tapi murah dah skit...
heheheh

waksab said...

Salam,
Aku orang selangor dan dilahirkan di selangor..selama aku hidup aku tetap kena bayar bil air walaupun duduk kampung dulu..tapi kini ibu di kampung dan aku di pinggir bandar ni tak bayar bil air dah kerana kerajaan Selangor dah tolong bayarkan..tapi Syabas nak rampas balik kesenangan rakyat Marhaein macam kami sedangkan gaji Pengerusi Syabas berpuluh ribu sebulan..eh..bukan ratus riban dengar khabarnya..Meh..kita turun...

http://waksab.blogspot.com

budakbalun said...

waksab...
kerajaan makin zalim maknanya menuju kehancuran la tuh!!
Sama2 kita usaha!