Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, December 14, 2010

Kecoh! DAP Penang Hina Islam!


Apa perlunya Kerajaan PR Penang bagi bayaran khas ni?
Ini menghina Islam!!
Berpuluh Tahun MCA dan Gerakan dari Barisan Nasional memerintah Penang..
Tak pernah dibuatnya mereka bagi bayaran sempena Maal Hijrah ni!
Lagipun UMNO Penang pun tak pernah nasihat ataupun minta Kerajaan Gerakan/MCA masa tuh untuk buat benda-benda khianat nehh!!

Inilah bukti terbaru betapa hinanya Islam dimata Lim Guan Eng!!

Khianat punya Lim Guan Enggg!!!

Pemuda UMNO!!! PERKASA!!! PEKIDA!!!! KIMMA!!
Jom berdemo di Komtar sekarang!!!

errr.. Reezal dan Armand jangan buat-buat tak nampak lak!
Tak nak syak duit ni duit judi ke?
wakakakaka!

sunsnake 14122010

Guan Eng: Guru KAFA Pulau Pinang diberi bayaran khas Maal Hijrah

December 14, 2010

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah RM100 kepada kesemua 1,376 guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di negeri itu, yang akan dibayar minggu ini sempena perayaan Maal Hijrah.

Bayaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan itu, Lim juga menjelaskan bahawa bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.

Berita Penuh

3 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam, semoga sumbangan ni berterusan dan tidak bermotifkan politik. Kot Penang bagi sekian, gomen Pusat pun nak lawan bagi up sekian-sekian...he he!

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal...sebuah negara Islam!

budakbalun said...

Moh kembara.
W.salam..
Betul.. mahu tidak mahu hati kecil teman pun terasa ianya seakan bermotif politik!
Tapi kalau kita fikir macam tu.. segala apa yang kerajaan negeri mahupun pusat bagi pastinya bermotif politik..
Kerana dengan politiklah kita dapat kuasa!

tungkaran hati..
Jazakallah atas niat dan harapan tuan..begitulah hendaknya..
Cumanya teman masih lagi hairan kenapa baru kini UMNO melihat PAS dengan pandangan begitu?
Knapa sebelum ini sebelum kewujudan PKR dan terjalin persahabatan PAS dengan DAP, UMNO langsung tak pernah terfikir mahu menyokong usaha PAS menubuhkan negara Islam!

Agak semacam ada hidden agenda disitu..

Wallahua'lam