Sesi pemilihan pimpinan PKR melabuhkan tirainya hari ini dengan menyaksikan 1001 macam hal suka dan duka. Pastinya Dato' Zaid Ibrahim menjadi 'public figure' terampuh kali ini dengan menyaksikan kenyataan beliau tidak mahu bertanding sebelum pemilihan namun menerima pencalonannya sebagai calon disaat-saat akhir sebelum pemilihan dan sekonyong-konyongnya menarik diri sebagai calon di pertengahan pemilihan dan seterusnya keluar daripada PKR di akhir-akhir pemilihan!
Tidak dinafikan tindakan Zaid ini menyebabkan ramai ahli-ahli PKR kembali memikirkan rasional PKR ini ditubuhkan tetapi sangat ceteklah pemikiran sesiapa yang menyangkakan PKR akan berkubur akibat tindakan Zaid ini.
PKR ditubuhkan atas dasar perjuangan rakyat Malaysia menentang kezaliman ke atas batang tubuh DS Anwar Ibrahim didalam era reformasi 98 dan kesinambungan perjuangan anak muda yang bencikan kezaliman UMNO-BN. Sebahagian para pendokong perjuangan tersebut menyertai PAS sebagai wadah perjuangan dan sebahagian lagi menubuhkan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia dan akhirnya dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat.
Bukan sedikit darah dan airmata yang tumpah didalam perjuangan menentang kezaliman UMNO-BN ini dan bukan sesen-dua modal yang dicurahkan.
Sewajibnya PKR menjadikan segala permasalahan disepanjang sesi pemilihan kali ini sebagai suatu panduan yang ampuh dan jitu dalam menangani masa akan datang dan yang paling penting, hormatilah rakan-rakan parti lain didalam Pakatan Rakyat ini dan santunilah mereka dan ahli-ahlinya. Seringkalilah bertanya dan meminta nasihat. Tidak rugi merendahkan diri sebelum meloncat dengan lebih tinggi.
Fahamilah bahawa rakyat Malaysia kini sudah tidak mempunya pilihan selain menolak UMNO-BN jauh-jauh. Tetapi mereka masih lagi melihat dan memikirkan adakah Pakatan Rakyat mampu menggantikan UMNO-BN? Mampukah Pakatan Rakyat menjadi ganti yang lebih baik daripada UMNO-BN atau bakal menjadi lebih teruk lagi?
Ayuh! Persiapkan jentera kita menuju PRU 13!
sunsnake 21112010
Pemilihan ‘sejarah’ PKR tutup tirai, tapi soalannya sasaran tercapai
November 21, 2010
KUALA LUMPUR, 21 Nov — “(Ia) jumlah tertinggi berbanding lain-lain parti dalam negara,” kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesej Twitter menjawab soalan seorang pengikutnya yang bertanya mengapa peratusan keluar mengundi terlalu sedikit iaitu sekitar lapan peratus. Peratusan keluar mengundi setakat minggu ketiga iaitu seminggu selepas Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada terus bersaing jawatan timbalan presiden adalah 8.4 peratus. Sebelum itu kadarnya sekitar lapan peratus, demikian menurut Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.
Persoalan mengenai aspek itu berterusan ketika PKR sudah berada di penghujung untuk mengakhiri pemilihan pusat, yang menggunakan sistem pemilihan langsung yang dilihat bersejarah dalam arena politik negara ini.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment