Teman dah lama follow Mat Kilau ni.
Sejak teman belum kenal apa itu blog pun!!
setelah lama teman admire dia dalam alam cyber..
akhirnya teman dapat bertemu mata dan berbual dengan CMK ni..
Sewaktu beberapa jam sebelum band carburetor dunk kena penyepak di Stadium MPPJ..
Protes minyak dulu beb!
Dapat la berborak dalam 1/2 jam dengan dia..
Masa tu tengah siapkan posting "Balasundram,Bala buat Najib?"
Macam tu lebih kurang...
Hmm.. makin berkecamuk PKR nih!
sunsnake 07112010
Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini. Satu keputusan yang cukup berat dalam sejarah hidup CMK sebenarnya.
Sselepas lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan Keadilan, akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri. Selama ini apa saja yang berlaku kepada Anwar dan Keadilan pasti CMK akan pertahankan bermati-matian, sama seperti penyokong "tegar" PKR yang lain.
Namun, sejak akhir-akhir ini CMK merasakan bagai satu kesalahan besar jika CMK gagal menegur dan mengembalikan semula maruah parti yang kini mula tercalar gara-gara pemilihan 2010 yang sedang berjalan sekarang ini.
Budaya jahiliah kini menyelinap masuk secara meluas ke dalam parti dan ia menyebabkan hala tuju perjuangan PKR sedikit tersasar sebenarnya. Biar pun perkara ini tidak mahu diakui namun itulah hakikatnya. Kuasa sudah mula duduk didepan dan perjuangan rakyat mula goyah sekarang ini.
Berita Penuh
3 comments:
Salam Tuan..
Cerita ni lagi best..
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/11/keadilan-yang-hilang-dari-keadilan.html
w.salam..
wokey tuan permatang pauh..
teman gi roger..
zassss!
Kadang-kadang dalam dunia politik kepartian sesuatu yang kita tidak sangka pun akan berlaku.Hari ini kawan mungkin esok lusa jadi lawan. Cuma yang tertentu sahaja yang tahu dan berpegang pada prinsip perjuangan. Tapi kalau dah kepala agak melencung maka setiap orang mempunyai harga diri dan prinsip. Teguran perlu dibuat, muzakarah perlu diadakan. Ambil kata sepakat jemaah adalah penentu muafakat .Jangan tersendiri dalam memberi kata putus....kelak hilang berkat dan longgar ikatan jemaah...walahualam.
Post a Comment