Sunday, November 7, 2010
Patut La Nak Sangat Rampas Perak!
Wakakakaka!
Tak sangka pulak ada kes sebegini..
Sama-sama kita saksikan kesudahannya..
kalau senyappp je..
hmmm.. ye lah tu.. tu kroni MB Haram...
aduhhh!!! ingatkan nak bela melayu!!
rupanya nak collect duit lawat gua!
Gua Batu caves pun free rasanya kalau nak lawat!
sunsnake 07112010
Kena bayar masuk Gua Kandu
IPOH – Pelancong tempatan dan penduduk Kampung Jahang, Gopeng melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah syarikat yang mengenakan bayaran untuk memasuki Gua Kandu bagi aktiviti rekreasi.
Ketua Biro Penerangan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia Daerah Kinta, Mior Azman Aminuddin Mior Aris berkata, permasalahan yang dialami pelancong dan penduduk setempat telah dipanjangkan kepada pihak berkenaan termasuk membuat laporan polis serta aduan kepada Exco bertanggungjawab.
Menurutnya, kadar bayaran yang dikenakan kepada pengunjung Gua Kandu dipercayai baru diwujudkan kerana tiada sebarang bayaran dikenakan sebelum ini.
“Persoalannya, bagaimana syarikat berkenaan boleh mengenakan bayaran kepada pengunjung sedangkan tanah itu adalah milik Kerajaan Negeri setelah Pejabat Tanah Kampar mengesahkan status hak milik.
“Menurut maklumat, apabila penduduk kampung menegur pemilik syarikat berkenaan untuk tidak mengenakan bayaran, beliau menggunakan nama Menteri Besar kononnya kawan baik, menyebabkan penduduk akur dengan penjelasannya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Berita Penuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
pakai songkok tu aku mcm kenai.haha. mcm budak sekolah dok bergaduh ja gayanya.
apa kena mengena dengan tajuk Patut la nak sangat rampas perak?.
Dalam sistem demokrasi, PIHAK yang mendapat lebih suara / sokongan (Kerusi) di Dewan Undangan negeri BERHAK menubuhkan kerajaan negeri. PIHAK yang kehilangan kerusi hingga tiada lagi majoriti harus melepaskan kuasa. Dalam hal ni BN tak rampas kerana dah dapat sokongan lebih, cuma Nizar saja yang bahlol tak faham kerana dah sedap dengan kuasa kongsi sama dia punya alik beladik... Faham?
Tapi sayangnya puak Pakatan mana reti....
Pasai majoriti ker ,tak ghampaih ker,itu keghojer komer.Tapi tak ader pulak teman dengor akan hai majoriti ni dibawak kedalam dewan.Tg teman dengor hai majoriti ni dicakapkan depan tok imam dalam mesjid jer.Lantak komer ler.. Ini, bab ngutip duit dipintu Guer Kandu ni aper pulak ceghiternyer?Sampaikan namer menteghi besor disebut2,aper hai?Tak kan org beghani nyebut namernyer kalau bukan betoi2 kwn dier.Menteghi Besor kener jawab ni,jangan diam jer..Kalaudiam jer..lamer2 esok saper2 nak masok ke Telok Nipah,ader pulak org mintak duit.Nanti kalau org tanyer,sipengutip duit akan kater ini kampong menteghi besor..aper nak cakap.Sekali lagi,Menteghi Besor kener cakap pasai bender ni sampai org paham,jgn diam jer..+
anon 10:33am
Yang rakyat marah sebab BN rampas melalui rampas ADUN PR dulu..
lepas tu baru rampas cara kerusi Dun..
aduyaiii..
kalau ikut hukum majoriti kerusi dewan.. itu hal lain..
yang dipersoalkan integriti BN yang gunakan cara sial mencuri adun PR.
Dan sangat obvious cara rampasan diri adun tu dengan cara rasuah!
cicit ngah layor,
lepas ni sapa nak masuk kg balun.. teman charge RM30!!!
kalau orang tanya teman akan sound..
teman sedara Jamal Behrang wehh!!!
wakakakaa!
Post a Comment