Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, November 10, 2010

Bagusnya UMNO Berkawan Dengan MCA!

Judi?? Sokonnggggg!! Hidup Melayu!!!

Hebat!
Hanya itu sahaja yang mampu teman ucapkan dalam hati..

UMNO sangat-sangat marah kepada PAS kerana sanggup bersahabat politik dengan DAP.
Sangat-sangat marah!
Hinggakan tergamak seorang yang ber'level' Ustaz memaki hamun Tuan Guru Nik Aziz di Galas tempoh hari kerana sangat marah PAS berkawan dengan DAP!

Hakikatnya, siapa yang me'lacur'kan Islam demi kepentingan politik?

Masih ingatkah kita dengan kelulusan judi bolasepak oleh pemimpin UMNO?
Jika tidak dengan tentangan hebat daripada rakyat Malaysia yang bencikan judi (pastinya 90% daripada mereka bukan UMNO) sudah tentu kini judi bolasepak sedang dengan jayanya dimainkan oleh rakyat Malaysia!

Akuilah hakikat bahawa UMNO ini sebenarnya telah tewas dengan permainan politik perkauman. UMNO mengaku dan bangga dengan melantik diri mereka sebagai kononnya satu-satunya parti yang mampu mempertahankan melayu!
Walhal merekalah sebenarnya selama ini berselindung di sebalik kebanggaan mereka dan dalam masa yang sama me'lacur'kan Islam untuk kepentingan politik sempit!

Aduyaiii...
Macam mana la nak bagi pakcik makcik kat felda faham benda-benda nih!!!

sunsnake 10112010

Komponen BN MCA timbang beli Tanjong, terokai bisnes judi

November 10, 2010
KUALA LUMPUR, 10 Nov — MCA dikatakan menyertai usaha membida bisnes perjudian Tanjong Plc yang bernilai sekitar RM2.5 bilion, syarikat yang turut menjadi tumpuan keluarga Cheng bersama ahli perniagaan Filipina Roberto ‘Bobby’ Ongpin Jr dan beberapa firma ekuiti swasta antarabangsa.

Usaha parti komponen Barisan Nasional (BN) itu menjadi perhatian susulan langkahnya menjual pegangan dalam sayap pelaburan Huaren Holdings Sdn Bhd, yang melepaskan 42.4 peratus pegangannya dalam Star Publications (M) Bhd, yang menerbitkan The Star, pada nilai RM1.28 bilion baru-baru ini.

Dengan penjualan itu syarikat tersebut dijangka akan menggunakan dana tersebut untuk membeli Tanjong dengan kombinasi pembiayaan.

The Malaysian Insider difahamkan MCA telah dinasihatkan untuk membida mendapatkan unit perjudian memandangkan operasi itu menawarkan pulangan baik, sebagaimana disumbangkan oleh perniagaan akhbar harian The Star.

“MCA sedang dalam usaha memburu Tanjong,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan, pemegang utama saham Tanjong T. Ananda Krishnan akan memutuskan seawal hari ini sama ada mahu memutuskan penjualan syarikatnya.

Berita Penuh

2 comments:

cicit ngah layor said...

Aper yg pekembor buat semuernyer betoi,org lain salah.Kalau dikritik,hukuman akan menyusul nanti.Hab hiburan pelancong dah nak moler,lepaih tu ddiaderkan pulak hab perjudian.Jadi ler Malaysia ni hab berbagai2 jenih yg meghosakkan akhlak anak muder yg telah pon ghosak.Jangan ditegor...

budakbalun said...

betui tu yeop!
Kang kalau kita tegor skit..
dikatenye kita ni pengkhianat!!

Bajang ke benor puak2 pekembor nih!!