Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 25, 2010

Abis?? Takkan Nak Tunggu Sama macam Myanmar?

Untunglah jugak Suu Kyi! Kurang-kurang mata dia tak lebam!


Menteri-menteri UMNO ni..
Kalau nak naikkan harga minyak.. harga barang..
Kompom akan di'compare' nya harga dengan negara luar!

Kalau minyak.. kompom akan compare dengan Singapore!

Dalam isu Anwar ni pun nak disamanya dengan Myanmar!

Takkan nak tunggu Anwar ni kena sebijik macam Suu Kyi baru nak akui?

Setidak-tidaknya..
Anwar dan Pembangkang langsung tak dapat access pada media Malaysia!
Itu pun pada teman dah nak jadi Myanmar dah!

Setidak-tidaknya Suu Kyi dapat bantuan daripada media dunia!

Pada teman.. banyak persamaan Anwar dan Suu Kyi nih..
Antaranya.. sama-sama dapat simpati daripada dunia!

UMNO nak menipu rakyat Malaysia boleh laa..
especially golongan berkarat UMNO..
Tapi UMNO tak boleh tipu satu dunia!!

Contoh apabila 50 orang Ahli Parlimen Australia sokong Anwar dalam isu liwat..
Sibuk UMNO memekik jangan campur tangan urusan Malaysia..
Pada teman.. itulah bukti kehebatan Anwar di medan Antarabangsa..
teman yakin.. 50 Ahli Parlimen Australia tu lagi bijak daripada beratus Ahli Parlimen UMNO!
tengok kualiti integriti negara laaa!!
Mat Taib yang otai di Malaysia pun sangkut di Australia kan?

Kat Malaysia ni..
Mamat Indon pun bebas keluar masuk takyah passport! wakakaka!
sunsnake 25112010

‘Anwar jangan sama dirinya Suu Kyi’

KUBANG PASU 24 Nov. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menyamakan dirinya dengan pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana di negara ini beliau bebas untuk pergi ke mana-mana sahaja tanpa sebarang sekatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Anwar tidak sepatutnya mengelirukan orang ramai dengan mengatakan bahawa nasibnya sama dengan Suu Kyi.

“Macam mana Anwar kata dia macam Suu Kyi sedangkan dia bebas ke sana-sini adakan ceramah politik. Orang ramai boleh nilai perkara ini sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah.

Anwar baru-baru ini dilaporkan mengadakan ceramah di luar negara dan mendakwa negara ini tidak mengamalkan demokrasi serta menyamakan dirinya seperti Suu Kyi.

Berita Penuh

0 comments: