Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, October 31, 2010

Muhyiddin jadi Santa Claus!!! Pling!! Pling!!

Dulu teman pernah kabo..
Menteri-menteri UMNO ni..
bila mai musim kempen pilihanraya.. memang kompom ada magic!
Contoh Muhyiddin ni..
Gi Galas.. Pling!!! Ada projek rumah flat!
Gi Batu Sapi.. Pling!! Ada projek masjid baru!

Apa sebelum-sebelum ni orang Islam kat batu Sapi takde masjid ke?
Apsal sekarang baru nampak?
mendiang Yb dulu tak buat keje ka?

Lagi satu..
nampaknya Muhyiddin sangat-sangat berbangga dengan kuasanya..
Macam dah nak jadi takabbur pulak!
Ingat! Sifat Takabbur tu hanya milik Allah SWT!

Kelak buruk padahnya!

memang la PR tak dapat nak tunaikan janji sepenuhnya sebab belum dapat kuasa penuh!
cuba bagi kuasa penuh?? lebih dari itu boleh dapat!
Malahan tanpa ketirisan pun!!

Tak caye?? bagi la try tukaq kerajaan pusat sekali tengok!!!!

sunsnake 31102010

TPM umum masjid baru RM5 juta di Batu Sapi
Okt 30, 10 2:24pm


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM5 juta untuk membina sebuah masjid baru di kawasan Batu Sapi.

Beliau berkata berkata masjid berkenaan adalah untuk memberi keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadat.

"Oleh kerana di sini terdapat ribuan umat Islam maka kita luluskanlah. Inilah berkat kita ada kuasa dan kemampuan," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di Sandakan.

Projek PPR berkenaan melibatkan pembinaan 500 unit rumah dengan kos setiap blok dianggarkan antara RM80,000 dan RM100,000 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

Rumah yang mempunyai kemudahan tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur, ruang tamu serta dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air adalah untuk penduduk setinggan di kawasan itu dengan penghuni dikenakan sewa sebanyak RM124 sebulan.

Menurut Muhyiddin kesediaan kerajaan memberi peruntukan untuk membina masjid, rumah, sekolah dan memberi bantuan kepada rumah-rumah ibadat lain seperti gereja, tokong dan kuil adalah kerana kerajaan BN ada kuasa dan kemampuan.

Berita Penuh

0 comments: