Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, October 4, 2010

Alhamdulillah.. Ijtima' Telah Berjaya Dilaksana!


Assalammualaikum..
Alhamdulillah.. Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan telah pun selesai dan dari segi penganjurannya teman beranggapan sangat baik walaupun tidak 100% sempurna!

Kerjasama daripada peserta juga sangat berdisiplin dan menepati waktu. Hampir tiada 'delay' dalam pelaksanan aktiviti-aktiviti dan boleh dikatakan sangat lancar dari mula hingga ke Resolusi Ijtima'.

Dari segi penadahan ilmu, segala yang dicurahkan oleh pimpinan PAS baik dari Pimpinan pusat,negeri dan juga Dewan Pemuda dan Muslimat sangat-sangat bermakna dan telah berjaya membukakan kembali peti Tabiyyah yang agak suram sebelum ini.

InsyaAllah, amanat-amanat istimewa daripada pimpinan PAS seperti Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man, Tuan Guru Dato' Yahya Othman, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan juga Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membuka minda dan menimbulkan semangat buat anak-anak muda PAS menggerakkan Tarbiyah yang sememangnya 'jantung' dalam gerakan Islam di dunia!

"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini dan bukan kita yang mengakhirinya..."

InsyaAllah.. teman akan update Coretan Bergambar sepanjang perjalanan 'ilmu' kami disana!
Tunggu!!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

sunsnake 04102010

0 comments: