Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, September 21, 2010

Hebatnya UMNO Perjuang Hak Melayu!


Hmm..
Kelantan ni setahu teman dekat-dekat nak 95% melayu!
Exco-exco pun rasanya semua melayu..

Kalaupun fahaman politik berbeza..
Patutnya kalau dah kata perjuang melayu..
yang dah sah hak melayu tu.. laksanakanlah..
tak kira melayu parti apa..

Tak pernah dengar pulak hak melayu UMNO dinafikan oleh Kerajaan PAS..
Melainkan hak 'rasuah' melayu UMNO yang dulunya..
kini dihentikan oleh PAS..
contoh macam isu pasir di Selangor la.

hmmm.. UMNO perjuangkan melayu?
idak jugakkk!!
Perjuangkan Islam... laaaagi jauhhh!

sunsnake 21092010

Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan

KOTA BHARU, 21 Sept: Sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991, sejumlah 118 projek pembangunan telah dibekukan kerajaan pusat di negeri Kelantan.

Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini.

Pendedahan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darulnaim, pagi ini.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut telah membantutkan pembangunan negeri dan dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.

“Kita berharaplah kerajaan pusat dapat menyegerakan penggunaan tanah yang diambil ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti.


Berita Penuh

2 comments:

Anonymous said...

Salam:
maaf lari tajuk...

Ingat hari khamis !
Ada kejadian yang mendebarkan.
Berdoa untuk kesejahteraannya....


"blogenstarz"

budakbalun said...

w.salam..
InsyaAllah..

Trimas...