Wah! hebat betul Pengurusan Team ni..
Star macam Ali Karimi pun kena buang sebab tak puasa!
Kalaulah pengurusan Kilang-kilang kat malaysia ni macam ni..
Habis.. mau beratus ribu pekerja kena buang sepanjang Ramadhan nih!!
wakakakak!
sunsnake 16082010
Ali Karimi disingkir kerana tidak puasa
TEHRAN 16 Ogos - Bintang bola sepak Iran, Ali Karimi, yang digelar “Maradona Asia”, disingkir dari kelabnya kerana tidak berpuasa, kata kelab itu semalam.
Dalam laman webnya, Steel Azin FC berkata, kelab itu “terpaksa menyingkir salah seorang pemainnya, Ali Karimi, kerana degil dan tidak berpuasa pada bulan Ramadan.”
Karimi, bekas Pemain Terbaik Asia 2004, pernah mencerca pegawai persekutuan bola sepak Iran dan pegawai penyelia pasukan di Tehran itu bertelagah dengan Karimi berhubung isu tersebut.
Namun, Karimi menafikan dia melakukan sebarang kesalahan.
``Saya seorang Islam dan mempercayai persoalan agama,’’ kata Karimi kepada agensi berita ISNA, yang turut menafikan mencerca pegawai bola sepak Iran.
Penyingkirannya dibuat selepas dia mengkritik gaya pengurusan kelab dan bekas pegawai Pengawal Revolusi Iran, Mostafa Ajorlou dalam temu bual di laman webnya.
Sementara itu, pengerusi kelab, Hossein Hedayati memberitahu ISNA, beliau tidak perasan terhadap keputusan tersebut juga terhadap penyingkiran Karimi.
Karimi, 31, pernah beraksi di Bundesliga, menjaringkan empat gol dalam 50 penampilan bersama Bayern Munich. - AFP
0 comments:
Post a Comment