Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, August 25, 2010

Macam Ni Punya Kes Pun Ada...

Kalau dah duit teman banyak ni.. mana muat bawah bantal dow!


Kesian gak kat mamat cina nie..
Ingatkan simpan kat dalam bank selamat..
Idak jugak!
Lepas ni baik dia simpan bawah bantal!!!
Kompom selamat! kecuali rumah terbakar habis..

Mana la tau kalau ada perompak masuk..
Rasanya bagi perompak/pencuri era millenium ni..
takde la sampai bawah bantal kot dia selongkar!
kalau perompak zaman 60an dulu lain laaa..
memang itu la port favourite! wakakakaka!
sunsnake 25082010

Peti simpanan dipecah: Saman pelanggan ditolak
Ogos 25, 10 3:23pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman menuntut ganti rugi seorang pelanggan peti simpanan keselamatan Public Bank Berhad yang dipecah masuk dalam kecurian di sebuah cawangannya di Seri Kembangan, Selangor pada cuti Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali empat tahun lalu. Hakim Datuk Balia Yusoff Wahi dalam penghakimannya setelah mendapati defenden tidak melakukan sebarang kecuaian seperti yang didakwa oleh plaintif menolak saman itu dan memerintahkan Wong Lee Hal, 46, membayar kos guaman kepada Public Bank Berhad. Balia berkata dakwaan bahawa bank gagal melindungi cawangannya daripada dipecah masuk pada 24 Okt 2006 tidak dapat dibuktikan kerana mengikut keterangan pembantu pengurus cawangan bank itu, beliau telah mengaktifkan sistem penggera sebelum beliau meninggalkan bank.

Berita Penuh

0 comments: