Reputasi UMNO memang diketahui umum tercalar sangat teruk dengan isu kelulusan judi bolasepak ini. Didalam keadaan prestasi bolasepak Malaysia yang lagi teruk daripada Tanzania ini, sememangnya langkah kerajaan tidak bersangkut-paut langsung dengan usaha meningkatkan mutu bolasepak negara.
Sekalipun Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO telah mengumumkan menarik balik sebarang kelulusan lesen judi bolasepak, tindakan kerajaan Malaysia gagal memahami dosa dan kesalahan judi ini benar-benar menyebabkan rakyat Malaysia terutama golongan atas pagar 'berfikir semula' sokongan mereka kepada UMNO. Malahan ahli-ahli UMNO sendiri ramai yang mendesak agar kerajaan mengkaji semula tindakan tersebut.
Didalam suasana yang kelam-kabut inilah sekonyong-konyongnya UMNO mula bercakap mengenai perlunya kumpulan ulama' didalam UMNO. Entah bagaimana mereka mendapat ilham tidaklah diketahui tetapi jelas ini adalah suatu tindakan seolah-olah cuba melenyapkan persepsi rakyat yang mula meragui akan keperihatinan UMNO terhadap hukum-hakam Islam.
Untuk mengatakan UMNO memainkan isu ulama' ini untuk memadamkan reputasi PAS sebagai Parti yang bertunjang Islam adalah mustahil kerana dasar perlembagaan UMNO sendiri meletakkan bangsa Melayu sebagai asas perjuangannya! Manakan mungkin Islam mampu didaulatkan melalui perjuangan kebangsaan? Hakikatnya sejak merdeka sehingga sekarang UMNO jelas gagal mendaulatkan Islam malahan telah 'berjaya' menghancurkan sahsiah umat Islam di Malaysia yang bermajoritikan bangsa melayu.
Pada pendapat penulis, usaha UMNO dengan mengusahakan kemasukan kononnya 40 orang ulama' sebagai bukti UMNO serius mahukan Islam adalah suatu retorik yang sangat sia-sia! Manakan mungkin ulama'-ulama' muda ini mampu mereformasikan 'Islam' UMNO sedangkan sekian banyak golongan agama yang akhirnya menjadi 'tukun tiruan' didalam organisasi UMNO.
Nama-nama seperti Firdaus di Pulau Pinang, Masyitah di Kedah dan Najmuddin Elias di Perak adalah antara nama-nama besar golongan agama yang terbukti hanya digunakan oleh UMNO dalam usaha meng'halal'kan apa-apa tindakannya menentang arus hukum-hakam Islam.
Kesimpulannya, usaha UMNO membawa berpuluh agamawan ini adalah suatu usaha yang pastinya akan sia-sia kerana Islam adalah agama kebenaran. Kepura-puraan dalam Islam adalah suatu yang tidak mungkin akan secocok-cocok dengan kemenangan dan adalah mustahil Islam akan berjaya didaulatkan didalam UMNO.
Seringkali UMNO menuduh PAS menggunakan Islam sebagai alat tetapi hakikatnya kini UMNO melihat kebenaran Islam yang dibawa oleh PAS sebagai senjata yang mampu menghancurkan asabiyah mereka!
sunsnake@budakbalun 27062010
Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno
|
KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian. Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan. "Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan. "Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi. Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis. - Harakahdaily |
0 comments:
Post a Comment