Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, June 14, 2010

Mahathir.. Selamanya ikut logik!


Memang teman akui Mahathir ni genius..
Sangat berani dan terror gile bab nak spekulasi..
terutama dalam memesongkan pemikiran orang melayu!

Dalam hal-hal Islam pun dia memang suka ikut logik!

Apa perlunya PAS mempolitikkan isu judi sukan sedangkan ianya sememangnya dari dulu terkandung jelas dalam perjuangan PAS!
Apa jua yang haram dalam Islam PASTINYA akan dibangkang oleh PAS tak kira siapa pun yang cuba menegakkannya!

Kalau PKR sendiri sokong judi pun akan turut di lempang oleh PAS kerana judi ini diarahkan haram oleh Allah SWT bukan rakyat!

Ada benda yang boleh difikirkan semula tetapi ada benda jugak yang jelas dan tak perlu diperbincangkan!
sunsnake 14062010

PAS protes judi sukan kerana politik, bukannya Islam

June 14, 2010

KUALA TERENGGANU, 14 Jun — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bantahan banyak pihak terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan lebih bersifat politik semata-mata.

Katanya langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.

“Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi.

“Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam dan orang Islam jangan berjudilah.

Kalau mereka didapati berjudi tangkaplah mereka,” katanya ketika ditanya mengenai lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia selepas berucap pada program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di sini hari ini.

Berita Penuh

0 comments: