Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, June 24, 2010

Beza pemimpin PR dan pemimpin BN! -Obvious Giler!




Kalau makcik-pakcik UMNO kat penang tak nampak lagi tak tau laa..
Kadang-kadang teman pelik dengan fanatik UMNO ni..

Biarlah hidup susah... biarlah hidup merempat!
Biarlah hak diri sendiri dirampas dek pemimpin yang korup!
Asalkan UMNO dijulang! UMNO ditatang!

Teman pernah jumpa satu family ni susah sangat!
Hidup susah.. suami tak kerja.. anak 6-7 orang..
Isteri je yang kerja.. itupun 3 shift!

Suami buat kerja-kerja sendiri ni.. selalunya gi mancing!
Memang susah.. ada kereta iswara sedan 1st model..
punya la daif kereta ni.. pintu belakang 2-2 tak boleh bukak! dah jammed!
Dah macam kereta Satria pulak teman tengok bila anak-anak nak masuk kereta..
Kena tarik seat depan.. condongkan.. berbaris sorang-sorang masuk kereta..

Ye lah nak buat macam mana.. takdir Allah SWT semua tu..

Tapi punya la sokong UMNO!!!
sampai sanggup tinggal anak-bini mengikut calon UMNO masa PRU12 dulu!
Ingatkan lepas PRU kaya-raya la.. dok macam tu gak balik!

Allahuakbar... sampai bila la melayu UMNO nak terus jadi macam ni..

sunsnake 24062010

Tol Jambatan PP Naik Walau Catat Keuntungan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempertikai tindakan kerajaan membebankan rakyat Pulau Pinang dengan kenaikan tol namun dalam masa yang sama mengurang kadar tol sehingga 30 peratus untuk rakyat Singapura menyeberang ke Johor.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, warga Pulau Pinang selayaknya menerima penurunan kadar tol kerana ia mencatatkan keuntungan bahkan telah memulangkan kos pembinaan kepada kerajaan Pusat.

Sebaliknya jambatan kedua antara Singapura dan Johor terus-menerus mencatatkan kerugian, dan akan mengambil masa yang lama untuk mengembalikan modal pembinaan.

“Saya pelik di Malaysia, bila lebuh raya untung, kita naikkan harga, bila lebuh raya rugi kita turunkan harga,” kata Guan Eng.

“Kenapa penurunan harga tol tidak boleh dilakukan dijambatan Pulau Pinang ? sedangkan ia melibatkan manfaat pada rakyat Malaysia tetapi penurunan harga di tol jambatan kedua Malaysia Singgapura akan member manfaat pada rakyat Johor dan juga Singgapura ?,” katanya lagi.

Guan Eng berkata Pakatan Rakyat tidak membantah penurunan harga tol di jambatan kedua Johor-Singapura, tetapi menggesa kerajaan untuk lebih prihatin kepada beban pengangkutan yang ditanggung rakyat sehari-hari. - TVSelangor

2 comments:

Anonymous said...

uik...dalam BH hari kata Guan Eng puji tindakan menteri menurunkan harga tol..ahahahahaha tak tau lak yg ni BH tk sebut pun.. ehehe

budakbalun said...

itulah antara sebabnya fanatik UMNO ni buta tuli! tak cukup maklumat! mental block!! wakakaka!