Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, May 5, 2010

Sampai mati takkan ada Menteri UMNO macam ni!


Hebat!
itulah ayat yang mampu teman ucapkan sebaik terbaca berita ni..
sesuatu yang silap-silap sampai mati takkan ada menteri UMNO yang mampu buat!

Maunya idak! Bukan senang menteri-menteri UMNO tu nak capai jawatan menteri wehh!!
Kena suap beribu mulut ahli-ahli UMNO baik dari Ketua Cawangan sampaila Ketua Bahagian!
nak menang pemilihan agung UMNO!!

So, mana boleh ada perkataan 'letak jawatan' dalam kamus hidup diaorang!!

Yang dah terbukti bersalah dan dihukum pun boleh bertanding balik dalam pilihanraya!
Tanpa rasa bersalah pun!
Walaupun sepatutnya hukuman kesalahan rasuah tu dijatuhkan oleh mahkamah!
Tapi parti UMNO tu sendiri yang jatuhkan hukuman??
Perasuah sendiri menghukum perasuah? mana boleh jalannnn!

Kalau betul rasuah pun boleh adjust maaa!!!

hmm.. betul la busuk sampai ke usus!
sunsnake 05052010


Bekas Menteri Industri Itali meletakkan jawatan dalam kabinet

05/05/2010 3:20am

ROME 5 Mei - Bekas Menteri Industri Itali, Claudio Scajola, yang meletakkan jawatannya dalam kabinet semalam, berkata dia memerlukan masa untuk membela dirinya berhubung tuduhan bahawa seorang ahli perniagaan yang kini disiasat atas dakwaan melakukan rasuah menanggung pembelian sebuah pangsapuri mewahnya di bandar ini.

Scajola menafikan melakukan kesalahan tetapi mengatakan dia tidak mampu meneruskan tugasnya sebagai Menteri ketika dia perlu berdepan dengan tuduhan berkenaan.

“Sebagai seorang Menteri, saya tidak boleh menginap dalam sebuah rumah yang dibayar orang lain.

“Ini adalah sebab utama yang memaksa saya meletakkan jawatan sebagai Menteri bagi meyakinkan bahawa saya tidak terbabit dalam tuduhan dan saya pasti, ia akan dibuktikan,” katanya pada satu sidang media.

berita penuh




2 comments:

ali said...

Ha Ha Ha. Den ingat apo la td. Gempak maa tajuk ekau.

sunsnake@budakbalun said...

hehehehe.. kasi terkejut sikit sama kawan2.. wakakaka!