Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, May 27, 2010

Mugilan, 'Sumpahan' kaum India yang dizalimi MIC

Penulis melihat krisis yang berlaku dalam MIC ni seolah-olah berulangnya krisis Mahathir-Anwar yang membawa kepada gerakan Reformasi oleh Anwar di era penghujung 90-an dahulu. Cuma kali ini ianya tidak melibatkan sebarang jawatan di Kabinet Malaysia dan ianya berlaku didalam parti MIC yang bukanlah parti terbesar di Malaysia walaupun paling dominan dikalangan bangsa India.

Samy Vellu-Mugilan, dua nama yang secara tiba-tiba mengambil tempat dalam perbualan politik rakyat Malaysia bermula sebelum PRK Hulu Selangor lagi. V. Mugilan yang ketika itu masih menjawat jawatan Timbalan Ketua Ketua Pemuda MIC telah secara tiba-tiba membangkitkan kemurkaan Samy Vellu apabila membuat kenyataan sedia menerima tanggungjawab sebagai calon BN pro UMNO apabila UMNO secara jelas menolak cadangan MIC agar Palanivel dikekalkan sebagai calon. Nah! disinilah sebenarnya bermula 'perang' antara Samy Vellu dan Mugilan ini.

Belumpun sebulan PRK Hulu Selangor berlalu, perang antara dua tokoh ini kembali bersemarak malahan lebih hebat apabila Mugilan secara terbuka meminta Samy Vellu meletakkan jawatan! Dan seperti yang dijangka oleh rakyat Malaysia, dia akhirnya dipecat oleh Samy Vellu dengan menggunakan 'kuasa veto' perbincangan Presiden & Timbalan Presiden MIC. Maka akhirnya peperangan secara rasminya bermula!

V.Mugilan memulakan gendang perang dengan sangat bergaya apabila melancarkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang pada penulis agak menarik dan 'tricky'. Anwar Ibrahim sendiri tidak bertindak melancarkan apa-apa gerakan secara rasmi 'direct' menolak Mahathir Mohamad tetapi anak muda India ini menyerang secara terus batang tubuh Presiden MIC! Sangat hebat dan berani!

Bolehlah kita katakan bahawa ini juga adalah agenda reformasi yang mahu dilaksanakan oleh Mugilan dan para penyokongnya. Jika Gerakan Reformasi pimpinan Anwar Ibrahim mendapat sambutan jutaan rakyat Malaysia berbilang kaum dan merupakan suatu fenomena yang tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia terutama warga Lembah Klang, mungkinkah laungan Mugilan ini akan disambut oleh rakyat berbangsa India di negara ini?

Didalam suasana semasa yang menyaksikan betapa politik perkauman semakin dijauhi oleh rakyat Malaysia, penulis merasakan betapa MIC ini telah sampai di penghujung hayatnya. Sepertimana parti Gerakan yang kini 'Hidup Segan Mati Tak mahu', situasi MIC sangat kritikal ditambah pula Parti Islam SeMalaysia(PAS) telah berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang sebahagian besar ahli-ahlinya adalah berbangsa India! PAS setakat ini telah berjaya memecah tembok sempit perkauman dengan menawarkan cara politik yang lebih adil,harmoni dan lebih dinamik berbanding politik sempit UMNO,MCA dan MIC itu sendiri!

Pengalaman penulis berbual dengan beberapa orang ahli DHPP sewaktu majlis perasmian dewan tersebut, jelas mereka sebenarnya telah bertekad untuk membuang MIC jauh-jauh kerana terlalu kecewa dengan pengkhianatan pimpinan parti tersebut terhadap bangsa India di negara ini sekian lama! Dan mereka melihat PAS lebih jujur dan terbuka dalam membuat perancangan dan memastikan hak dan privasi orang India dan agama Hindu di Malaysia. PAS yang membawa mesej Islam dan perundangannya lebih meyakinkan mereka berbanding perjuangan bangsa yang dianjurkan oleh MIC pada mereka!

Pengalaman penulis sewaktu membuat aktiviti ziarah di ladang-ladang didalam kawasan Hulu Selangor juga membuktikan bahawa MIC yang menjadi parti dominan kaum India sejak lepas merdeka benar-benar gagal dan mengkhianati bangsa mereka sendiri. Kesusahan dan kedaifan masyarakat India diluar bandar kadang-kala diluar imaginasi penulis! Tambahan pula kemewahan dan kekayaan pemimpin-pemimpin MIC pula sangat melampau terutama Presidennya sendiri yang kekayaan beliau 'diluar imaginasi' masyarakat daif kaum India di Ladang Escott Hulu Bernam! Sikap dan sifat pimpinan MIC dan Barisan Nasional yang hanya menjadikan rakyat sebagai 'dewa replika' hanya apabila musim Pilihanraya benar-benar telah dapat dibaca dan kini semakin ramai rakyat Malaysia yang memahami dan 'immune' dengan taktik busuk dan basi UMNO-Barisan Nasional ini.

MIC, sepertimana majoriti rakyat berbangsa Tionghua di Malaysia menolak dengan total Gerakan dan semakin menjauhi MCA, pastinya sedang berhadapan dengan sumpahan rakyat berbangsa India dan kini Mugilan menjadi 'makhluk' yang akan menjadikan impian kaum India melihat MIC terhapus menjadi realiti!

sunsnake 27052010

0 comments: