Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, May 1, 2010

Hebatnya Pak Polisi ya mas?

 

Polis Didesak Jelas Peraturan Guna Senjata Api

KUALA LUMPUR 30 Apr - Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen mendesak pihak polis memberikan penjelasan lengkap mengenai penggunaan senjata api dalam kes yang melibatkan orang awam serta langkah yang diambil bagi memastikan penggunaan senjata api oleh pihak polis tidak disalahgunakan.
Beliau mengulas kejadian tembak yang menyebabkan kematian seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrashid Amzah yang melibatkan empat anggota polis sambil menyifatkan kejadian itu sebagai tragis, sedih dan tidak boleh dimaafkan.
"Terlalu banyak kejadian yang menyebabkan kecederaan dan kematian oleh polis dan kes yang melibatkan penggunaan senjata api oleh pihak polis telah menjadi terlalu sering," katanya dalam satu kenyataan.
Leong mengingatkan insiden polis menembak orang awam yang menghadiri ceramah di Batu Buruk, Terengganu pada 2007 manakala pada Oktober 2009, seorang suri rumah, Noriza Salleh yang menjadi penumpang sebuah kereta di Kepong ditembak sebanyak lima kali oleh pihak polis.
"November tahun yang sama, polis mendakwa menembak lima orang yang disyaki perompak bersenjata dan seminggu kemudian polis menembak mati seorang lelaki yang dilaporkan mengamuk di Hutan Sanji, Perlis.
"Senjata api seharusnya hanya digunakan jika ada keyakinan yang cukupi bahawa polis dan pihak berkuasa dalam bahaya. Laporan media mendedahkan bahawa terdapat 39 kematian daripada kejadian tembak oleh polis pada 2009 dan 44 kes pada 2008," jelas beliau lagi.
Leong menambah di negara luar seperti United Kingdom hanya ada satu kes menyebabkan kematian di hujung senjata polis pada 2006.
"Jelas bahawa polis boleh mempertahankan diri semasa melawan penjenayah bersenjata dan merbahaya tetapi ketika wanita dan remaja di dalam kereta ditembak, timbul persoalan apakah polis Malaysia telah bertindak hanya untuk membuktikan kebolehan senjata mereka," tanya Leong.

sumber - Suara Keadilan

0 comments: