Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, April 28, 2010

Kami terima kekalahan ini tapi...

Sememangnya Pakatan Rakyat menerima kekalahan ini dan sedari dulu lagi setiap kekalahan diterima dengan hati terbuka dan diambil segala kepincangan dan kelemahan persediaan. Namun yang sering tidak dapat menerima kekalahan adalah UMNO-Barisan Nasional!

Lihatlah, setiap kali mereka kalah pilihanraya, ada sahaja arahan-arahan dan peraturan baru dikeluarkan oleh parti komponen mereka Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Setelah tewas di PRK Kuala Terengganu, BN melalui SPR mengarahkan agar jumlah penyokong-penyokong parti dihadkan dihari penamaan calon! Setelah tewas lagi di Permatang Pauh, SPR sekali lagi mengeluarkan arahan pondok panas diharamkan! (walaupun telah mengeluarkan arahan lebih awal daripada itu), kalah lagi di Bukit Gantang, SPR keluar arahan pulak larangan penyokong di hari pembuangan undi! Nah! siapa sebenarnya yang tak dapat menerima kekalahan?

Kali ini UMNO-BN menang, apa yang diungkit oleh Pakatan Rakyat adalah perjalanan keseluruhan proses pilihanraya itu sendiri! Aduan berkenaan pembelian undi yang nyata, rasuah pilihanraya yang jelas dilakukan oleh Pengerusi BN sendiri malahan berlaku ugutan dan kekacauan di hari pembuangan undi sangat jelas dihadapan ribuan manusia yang datang ke Hulu Selangor di hari tersebut! Apakah segala aduan dan ungkitan ini akan diambil endah oleh SPR mahupun Polis? Pastinya tidak kerana ianya melibatkan kepentingan UMNO-Barisan Nasional!

Kekalahan bukanlah perkara asing bagi parti-parti pembangkang diMalaysia tetapi keadilan dalam melaksanakan proses pilihanraya itu adalah hak setiap individu mahupun setiap parti-parti politik yang bertanding. Konsep demokrasi benar-benar tercalar dan tercabar hinggakan SPR sendiri secara jelas sangat memihak kepada UMNO-Barisan Nasional, tanpa segan silu dan bermaruah.

Didalam situasi ini, segala rungutan dan aduan daripada parti-parti pembangkang di Parlimen Malaysia hanya akan dibakulsampahkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sesuai dengan lagaknya seperti salah sebuah parti komponen Barisan Nasional!

sunsnake 28042010

'Dah kalah terima sajalah'

JOHOR BAHRU 27 April - "Kalau dah kalah, terima sajalah, jangan buat andaian-andaian begitu."

Demikian reaksi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan kononnya Barisan Nasional (BN) membeli undi untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor kelmarin.

Beliau turut menyifatkan tuduhan itu sebagai tindakan untuk memburukkan nama baik BN.

"Pokoknya kita (BN) dah menang. Bagi saya pilihan raya kecil itu telah berjalan dengan baik dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) telah menjalankan kerja mereka dengan baik.

berita penuh

0 comments: